Wednesday, August 26, 2009

Tanggal 25 Ogos

Bismillahirrahmanirrahim

Warkah buat ummi dan ayah,

Terima kasih ummi kerana telah berjuang separuh mati untuk melahirkanku,

Terima kasih ayah kerana telah bersusah payah mencari rezki untuk menyuapkan ku ketika aku masih kecil,

Terima kasih kerna telah menjagaku ketika mana aku tidak tahu langsung apa-apa mengenai dunia,

Terima kasih kerna telah mendidik dan membimbingku dengan kasih sayang yang ikhlas,

Terima kasih yang tidak terhingga di atas segala-galanya,

Tidak akan kusia-siakan pengorbanan dan usaha ummi dan ayah selama ini,

Walaupan tidak bisa untukku balasi segala pengorbanan itu,

Akan ku terus menerus mendoakan kesejahteraan ummi dan ayah di dunia mahupun di akhirat kelak,

Insya Allah,

Semoga sentiasa berada dalam Rahmat Allah SWT,

Ingatan sayang ikhlas dari Anakmu,

Wassalam Wbt

.......................

2 comments:

~musytaquljannah~ said...

selamat hari lahir...
p/s
smoga hidup sntiasa diberkti Allah n truskan perjuangan selgi termampu...
be a gud muslim...:)

'Ammar Abdullah said...

aha jzkAllah khairan ye dik ^^

bile balik sini?
semoga sntiase meneruskan perjuangan ye dik..