Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum WBT
Sebenarnya hari ini saya terdetik juga nak komen tentang penyataan yang dibuat oleh TG Nik Aziz tentang isu 'pergi jahanamlah UMNO'. Aha...sure sahabat-sahabat di luar sana pun ada terbaca tentang ini kan.
Jadi sebelum kita pergi lebih jauh, marilah sama-sama kita rujuk pernyataan-pernyataan dan juga hadis di bawah ini.
Kata Al-Imam Sufyan al-Thauri (meninggal 161H):
“Aku tidak melihat paling kurangnya kezuhudan itu melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya” (al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 7/262).
Firman Allah : (maksudnya)
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas”. (Surah al-Baqarah: ayat 190)
Secara peribadinya saya kurang setuju dengan penyataan yang dibuat oleh TG Nik Aziz. Sebab apabila seseorang Muslim membawa msg Islam, dia perlu menyampaikan secara Islamic, supaya tidak timbul sebarang keraguan daripada orang yang mendengarnya. Islam tidak menyuruh kita mengutuk orang lain, atau mendoakan keburukan kepada orang lain (melalui percakapan). Contoh yang begitu jelas adalah cara Islam seperti yang dibawa oleh Nabi SAW dan juga para sahabat yang sangat ideal dan tulen untuk dicontohi.
Tetapi saya juga yakin, dalam masa yang sama, jika sahabat-sahabat ada melihat video di atas, TG Nik Aziz mempunyai sebab-sebabnya yang tersendiri mengapa perkataan tersebut keluar daripada mulutnya. Seorang ulama biasanya cukup berhati-hati dengan perkataan yang keluar dari mulutnya, begitu juga dengan TG Nik Aziz. Dengan ilmunya yang juga sangat hebat saya kira, pastinya beliau sudah consider beberapa perkara untuk tidak mahu menarik balik pernyataan beliau. Saya cuma berharap, untuk kemaslahatan semua, TG Nik Aziz dapat menceritakan sebabnya supaya jelas pada pemikiran orang ramai terhadap pernyataan yang telah dibuat dan tidak timbul sebarang salah faham. Ini adalah penting kerana kita bukan berjuang untuk diri sendiri, kita bukan berjuang untuk fahaman politik kita, tetapi kita berjuang untuk kemaslahatan seluruh umat Islam khususnya.
Dan seperkara lagi, khas untuk ustaz dalam video di atas. Saya memang terus terang tidak bersetuju dengan pernyataan yang ustaz buat. Tak tahulah kalau memang terkandung beberapa isu politik terhadap pernyataan-pernyataan ini untuk memburukkan TG Nik Aziz. Sebagai seorang Muslim (lagi-lagi andai sudah bergelar Ustaz), kita perlu ambil satu pendekatan menyeluruh yang terbaik untuk semua side. Bukan sahaja untuk side yang kita pilih, tetapi juga untuk kebaikan side yang berlawanan juga.
Suka saya nak tekankan di sini kemahiran kita untuk iqra keadaan sekeliling. UMNO dan PAS, isunya sangat sensitif. Kedua-duanya ada pro dan con. Rasanya tak perlu saya ceritakan di sini, kerana sahabat-sahabat pun sudah faham tentang keadaan yang berlaku. Cuma sepatutnya sebagai seorang 'Ustaz', bincanglah dulu dengan TG Nik Aziz mengapa dan kenapa beliau membuat pernyataan tersebut. Adakah kerana keadaan semasa ketika ini yang menekan beliau dan beliau perlu untuk ambil tindakan tersebut, sepertimana isu bom di Gaza (walaupun mungkin tidak seteruk itu). Andaikata kamu merasakan kamu betul, beritahu TG bahawa tindakan nya salah, beritahu hadisnya. Bukan terus membuat pernyataan 'TG Nik Aziz adalah TG yang paling celupar mulutnya'. Ini adalah seperti mahu memalukan seseorang itu, dan juga untuk mempertahankan fahaman kita sendiri, bukan untuk kemaslahatan bersama.
Cuba sama-sama kita fahamkan, apa sebenarnya tindakan yang boleh membawa kebaikan untuk kemaslahatan umat Islam bersama. Bukan sekadar untuk fahaman kita sahaja. Dan ini sememangnya berkait rapat juga dengan isu ISA. Serius saya katakan, saya tidak faham apa yang hendak dibawa oleh PEWARIS terhadap isu ISA. Mengapa sebegitu hendak PRO terhadap isu ISA sedangkan kita tahu ISA ini secara jelasnya adalah tidak adil (kerana tidak terdapat sebarang perbicaraan untuk penangkapan yang dibuat). Ia hanyalah untuk memudahkan kerajaan mempertahankan kerusinya daripada dicabar oleh pihak pembangkang.
Siapa yang perlu ambik tindakan di sini? Jelas kalau kita tengok isu ISA ini adalah isu keadilan dalam ISLAM, jadi pihak mufti perlulah mengeluarkan FATWA terkini berkenaan dengan isu ini (sepertimana yang diperkatakan oleh DR Asri).
"Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa mengenai ISA. Ini kerana isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama. Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa. Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan."
Dan apabila pihak mufti telah mengeluarkan fatwa, maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk mematuhinya. Ini adalah prasyarat yang telah di perkatakan oleh Nabi SAW bahawa ulama-ulama adalah pengganti Baginda SAW. Andaikata kebaikan untuk diteruskan lebih banyak daripada keburukan, maka teruskan. Tetapi jika sebaliknya, maka pihak kerajaan perlu memainkan peranan untuk membatalkannya. Tiada gunanya menegakkan benang yang basah semata-mata untuk kepentingan sendiri.
Percayalah bahawa tidak bernama peraturan, tidak bernama undang-undang sesuatu yang tidak dipersetujui oleh rakyat.
Erm...bukan tujuan saya menulis ini kerana saya minat berpolitik. Bukan juga untuk memburukkan mana-mana side. Saya bukan orang PAS, juga bukan orang UMNO walaupun pernah mewakili Korea pergi Perhimpunan Agung Umno (PAU) dulu. Cuma terdetik, dimanakah silapnya. Apakah kerana kelemahan kita tidak mampu mengislamkan politik sehingga kita telah mempolitikkan Islam.
Marilah sama-sama kita berfikir semula sahabat-sahabat. Jangan kerana semangat Melayu, Islam tergadai. Usah juga kerana semangat Politik, Islam juga tergadai.
Di sini saya juga hendak minta idea-idea atau pendapat sahabat-sahabat mengenai pergolakkan yang sedang berlaku untuk sama-sama kita perbincangkan. Tidak perlu segan silu untuk menyatakan pendapat masing-masing. Semoga sama-sama dapat menyumbang kepada kemaslahatan dunia Islam khususnya di Malaysia.

4 comments:
kalau ust di atas tu mahu kita rujuk pd kisah sahabat, nabi dsb sbg contoh, apa kata dia lihat semula kisah2 seorang ulama besar juga iaitu Syeikh Qadi `Iyadh, pengarang Kitab As-syifa.
peribadi beliau lebih tegas dari TN Nik Aziz, tetapi masyarakat sekeliling dapat menerima beliau kerana ketegasan beliau dalam hal agama.
ada satu kisah, Syeikh Qadi `Iyadh ni tidur dalam satu masjid yang gelap. secara xsengaja, ada seorang jemaah terlanggar beliau. Syeikh Qadi Iyadh terus bangun dan memaki orang tersebut.
yang lebih wajar, cuba pembaca tengok video http://www.youtube.com/watch?v=l8IfV9pS5xc
lebih baik media menilai apa definisi kata2 TN Nik Aziz berkaitan sistem kerajaan pusat - krjn negeri drp terus memainkan polimik politik.
krjn pusat atau negeri bukan hak mana2 parti, ia adalah hak rakyat. kalau betul rakyat pilih BN atau PR sekalipun, perintahlah dengan adil. beri hak kpd krjn negeri tanpa menimbulkan apa2 isu.
agaknya pemimpin kita kekurangan karisma untuk mengekstrak apa isi penting dari perbahasan orang?
Nik Aziz terima saranan jaga hati orang UMNO
KOTA BAHARU 1 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menerima saranan Perdana Manteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjaga perasaan dan sensitiviti ahli UMNO dalam mengeluarkan kenyataannya sehingga menyinggung pihak tertentu.
"Katanya, beliau tidak berniat mengganggu perasaan hati mana-mana pihak, jika pihak terbabit tidak mengganggunya."
Beliau juga bersyukur kerana dapat menemui Najib di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini ketika Perdana Menteri dalam rangka lawatan kerja ke Kelantan walaupun pertemuan itu tidak dirancang.
“Walaupun perjumpaan ini secara mendadak, dan saya terpaksa membatalkan program lain tapi ia semacam jaminan memberi positif untuk bekerjasama antara kerajaan negeri dengan pusat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Najib hari ini yang meminta beliau menjaga perasaan orang UMNO dan tidak mengeluarkan perkataan yang boleh menyinggung mana-mana pihak jika ingin mewujudkan kerjasama yang baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
- BERNAMA
Bismillahirrahmanirrahim.
Komen dari ana yang dhoif ni..
TG adalah ulama' yang mempunyai banyak ilmu. Mungkin ada sebab kenapa TG berkata begitu. Sebelum ni banyak tuduhan dilemparkan pada beliau. Itupun beliau cukup sabar menghadapinya. Setiap manusia melakukan kesilapan. Sama2 kita koreksi diri.
Berkenaan dengan 'ustaz' tersebut. Tidak layak degelarkan 'ustaz'. 'Ustaz' sepatutnya mengingatkan dan menegur, bukan menuduh tanpa asbab. Jangan cepat melatah dengan melabel orang itu dan ini.
'Falyaqul khairan au liyasmut'
'Berkata baik atau senyap'
Jangan disebabkan lidah, diri akan binasa. Jangan sesekali berkata-kata tanpa bukti yang kukuh. Jangan cepat menghukum manusia tanpa meneliti perkara yang sepatutnya. Ditakuti azab Allah swt akan membelengu diri.
Untuk melakukan kebaikan, memang banyak rintangan. Apatah lagi menegakkan denuul Islam. Tiada kemanisan tanpa kepahitan. Tiada kebahagian tanpa ujian. Moga perjuangan yang dibawakan TG dan pimpinan ulama', diberkati dan diredhai Allah swt.
Selagi pimpinan kita tidak melanggar syara', contohilah keperibadian beliau dalam memperjuangan Islam. Allah Akbar!
Wallahu'alam
salam akh..bile ana bace tulisan enta..ana tahu enta seorg yg faham tentg isu politik ni..tdk tergerak ke hati utk masuk kedlm politik??? hayati ayat ni..
"kite ingin kan kuasa bukan kerana kite gile kuase.tapi kite inginkan kuasa dan merebut kuasa daripada org yang gile kuase.."
org selalu ckp,islam itu syumul..tetapi,bab politik mereka ketepikan.. kate inginkan daulah islamiah.. tapi membiarkan ulama'2 ni berjuang sendiri dlm hal pentadbiran..maaf akhi..sampai bile kite nak biarkan negara di tadbir oleh pemerintah yang tdk adil..sampai bile kite nak tunduk dan patuh pada mereka??
adkh kite ingin melihat saje..
adkh kite ingin memntapkan iman sendiri sahaja.. tanpa menghiraukan org diluar sane.. sampai bile kite nak ukur tahap keimanan kite????
dimana kayu ukurnye.????
ingt kembali zaman kegemilangn islam..kerana ape?? kerana mantapnya pemerintahan nabi..hinggakan bile nabi wafat, wujudnya khulafa' al rasyidin. bile belajar bab perjuangn..kite jadikan, hasan al banna sebagi tokoh..contohi semnagt ikhwanul muslimin.. tahukah sahabat2 ikhwanul muslimin adlh satu jemaah yg berjuang untuk islam melalu pentadbiran.. jadi, mengapa sampai tahap ini ,kite mengetepikan kepentingn politik, adkh org memndg org yg masuk dlm politik adlh org yang gile kuasa? tahukah sahabat2, para ulama' berjuang bersungguh2 utk bela nasib rakyat, utk wujudkan bi'ah solehah, hidup care islam yg sebenar.. sudah puas hati ke kite hanye jike kite dan keluarge kite saje hidup dlm susana islam..usrah, dakwah,kuliyah..tdk kasihan ke kite pada mereka yang sentiase bergelumang dgn dose diluar sane?? dimana sumbangan kite kepada mereka??
akhi..fikir2 kanlah.. waAllahua'lam..
Post a Comment