Thursday, July 26, 2007

Tentang Diri


Nama diberi ‘Ammar bin Abdullah. Lahir pada 25 Ogos 1986.


Dilahirkan di Kelantan tetapi daripada kecil sudah dibesarkan di Negeri Sembilan Darul Khusus. Tetapi tidak memiliki keupayaan untuk berbahasa loghat Kelantan mahupun Negeri Sembilan.


Merupakan anak kepada Abdullah bin Hj Abu Hassan dan juga Norizan binti Hj Harun. Ayah berasal daripada Negeri Sembilan dan Ummi berasal daripada Kelantan. Kedua-dua berkahwin di United Kingdom semasa sedang belajar di sana dan selamat melahirkan anak pertama di sana, iaitu kakak.


Anak kedua daripada tujuh beradik. Kakak sulung bernama Lubaina, sedang membuat twinning program (Indonesia dan Malaysia) dalam Medic dan kini sedang menjalani praktikal di Hospital Kangar, Perlis. Anak ketiga bernama Umair, kini juga sedang belajar di Korea dalam bidang Electronic Engineering. Keempat bernama Anas, kini sedang menuntut di University Malaya juga dalam bidang Medic. Kelima dan keenam, Muaz dan Zaid sedang belajar di sekolah menengah dan yang terakhir iaitu Sumayyah di sekolah rendah. Insya Allah kesemuanya berhasrat untuk menjadi anak-anak soleh dan solehah yang berjaya di dunia dan akhirat.


Saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah dan kemudian sekolah menengah di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah. Kemudian menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Pahang selama beberapa bulan sebelum berpindah ke INTEC. Setelah 3 bulan berada di INTEC, maka alhamdulillah menyambung pelajaran di Language Institute, Seoul National University di Seoul, Korea dalam Korean Language selama lebih kurang 1 tahun setengah. Kemudian memasuki Dongyang Technical College untuk Diploma in Electronic Engineering selama 2 tahun dan Korea University untuk Bachelor in Electrical, Electronic and Telecommunication Engineering selama 2 tahun. Selepas ini insya Allah saya berminat untuk menyambung Master dan PhD dalam bidang Digital / Analog Circuit atau Programming.


Mempunyai hobi bermain catur dan juga membuat projek-projek elektronik terutama berkaitan dengan programming dan circuit design. Berharap agar mempunyai research lab tersendiri pada masa hadapan dalam bidang ini. Insya Allah.


Telah juga diberi peluang oleh Allah SWT untuk menimba ilmu dalam bidang kepimpinan. Semasa di sekolah rendah telah menjawat jawatan Ketua Pengawas dan ketika di sekolah menengah telah memegang jawatan Ketua Murid Agung (nama lain untuk Ketua Pengawas di STJ). Di sini juga sekali lagi telah diberikan peluang kepada diri ini untuk mempelajari selok belok dunia kepimpinan dan telah diamanahkan jawatan Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK).


Dengan pengalaman dan ilmu yang dimiliki dan masih dicari, saya mengimpikan untuk melompat lebih jauh lagi pada masa-masa hadapan dan seterusnya memberikan keuntungan kepada dunia Islam dalam usaha untuk mengembalikan tamadun kegemilangan Islam pada suatu ketika dahulu. Jadi saya ingin menyeru dan mengajak sahabat-sahabat yang ada membaca blog ini, mari sama-sama perkuatkan diri, cari seberapa banyak ilmu dan pengalaman untuk kita sama-sama berjuang menegakkan Islam pada masa hadapan.


ALLAHUAKBAR !!


Quoted from one of my lecturer “Engineer can change the world”