Saturday, August 29, 2009

Final Semester

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian,

Aha apa khabar semua? Erm minggu depan bermulalah sem terakhir ana di sini. Rasa macam tidak lah lama sangat berada di Korea ni sebenarnya. Kalau dikenang-kenangkan kembali terasa macam kenangan bersama sahabat-sahabat dari waktu pertama kami berada di sini bagaikan baru semalam terbina.

Untuk pengetahuan semua, ana dan Zatul merupakan antara pelajar terakhir dalam batch kami yang masuk ke INTEC dulu. Kiranya kami ada di sana hanya dalam beberapa minggu sahaja sebelum fly. Huhu tak banyak lah kenangan di INTEC. Cuma yang paling diingati ialah masa penyembelihan ayam bersama suami ustazah kami di INTEC dulu. Huhu ana ni sebenarnya takut kalau bercerita bab bab darah ni. Terasa menyelirap je darah tu naik ke kepala. Hehe tapi apa-apapun kenalah biasakan. Takkan nanti masa isteri nak bersalin ana duk luar je menunggu. Ish ish hehe.

Erm time bahasa dulu, ada seorang guru bahasa yang sangat ana hormat. Namanya Ham Chang Dok sonsengnim. Cikgu ni dia tak berkahwin lagi sampai sekarang, walaupun dia sebenarnya agak segak bergaya. Aha tak tahulah bila jodohnya akan sampai. Harap-harap tak lama lagi la kan. Boleh pergi sebelum balik ke Malaysia nanti. Huhu Erm seorang cikgu yang hebat tugasnya bukan sekadar mengajar, tetapi mendidik. (Good teacher teaches, great teacher inspires). Itulah yang dapat ana rasakan apa yang ada pada cikgu tersebut. Pernah suatu ketika kami tengah melawat pulau Jeju, ketika tu entah apa-apa berlaku menyebabkan ana rasa down la kot. Hehe tak ingat sangat. Tapi yang best nya sebab cikgu tu datang duk sebelah ana dalam bas. Kemudian dia kata, ana tak ingat sangat tapi lebih kurang macam ni lah, great leaders always deal with problem happened besides them, they would never avoid until they finish them. (translated to english)

Thank you teacher, you made my day. ^^

Ok selepas bahasa, kami pun masuk dongyang. Di situ ana mengenali seorang professor yang selalu suka menumbuk pelajar. Hehe nampak dasyat je kan. Tapi professor ni sebenar baik, cuma cara dia mungkin buat orang lain tak senang. Kadang-kadang masa dia bertanya soalan, semua orang dah bersedia sebab kalau tak berjaya jawab pasti satu tumbukan akan hinggap di belakang badan. Huk huk ^^; Professor ni ajar ana electronic experiment. Satu kata-kata nya yang ana memang ingat; "Setiap orang bermula dari satu titik yang sama, tetapi seiring dengan perjalanan waktu, setiap orang akan mendapat kejayaan yang berbeza bergantung kepada usaha masing-masing".

Tiada komen, ana rasa semua faham mungkin. Walaupun waktu awal-awal datang haritu, semua datang dengan keputusan SPM yang cemerlang, namun seiring dengan usaha kita, kejayaan yang kita perolehi adalah berbeza-beza. Dan ini adalah realiti kehidupan yang kita lihat berlaku di mana-mana sahaja. Hurm.

Ha kini tibalah final semester kami di sini. Ana pun hanya tinggal 5 credit hours untuk habiskan sebelum grad nanti. Kiranya kalau nak ambil apa-apa subject lain yang tak susah pun tak kisah. Huhu tapi hari tu ana baru je daftar 3 kelas major iaitu ASIC, Embedded system dan Database. Erm tujuannya adalah supaya ana tak susah nanti semasa nak memilih course apa untuk sambung MASTER. Dulu target ana untuk terjun ke bidang circuit design, tapi selepas berbincang dengan senior haritu, ana bercadang untuk bertukar masuk bidang embedded system atau apa-apa yang menghala ke advanced technology.

Okeh, kepada sahabat-sahabat final year sekalian, all the best. Semoga kita semua berjaya menamatkan pelajaran tepat pada waktunya dan sama-sama grad bulan 2 nanti.

Kepada yang extend sebab ABEEK, all the best juga untuk kalian. Jangan rasa kesunyian apabila kami tiada di sini ok ^^ Ramai lagi adik2 junior yang best2 kat sini.

Erm kepada adik2 junior, doakan kejayaan kami di dunia dan akhirat ok ^^

Wassalam

Wednesday, August 26, 2009

Tanggal 25 Ogos

Bismillahirrahmanirrahim

Warkah buat ummi dan ayah,

Terima kasih ummi kerana telah berjuang separuh mati untuk melahirkanku,

Terima kasih ayah kerana telah bersusah payah mencari rezki untuk menyuapkan ku ketika aku masih kecil,

Terima kasih kerna telah menjagaku ketika mana aku tidak tahu langsung apa-apa mengenai dunia,

Terima kasih kerna telah mendidik dan membimbingku dengan kasih sayang yang ikhlas,

Terima kasih yang tidak terhingga di atas segala-galanya,

Tidak akan kusia-siakan pengorbanan dan usaha ummi dan ayah selama ini,

Walaupan tidak bisa untukku balasi segala pengorbanan itu,

Akan ku terus menerus mendoakan kesejahteraan ummi dan ayah di dunia mahupun di akhirat kelak,

Insya Allah,

Semoga sentiasa berada dalam Rahmat Allah SWT,

Ingatan sayang ikhlas dari Anakmu,

Wassalam Wbt

.......................

Sunday, August 23, 2009

Ketegasan Aqidah, Keluasan Feqah

Bismillahirrahmanirrahim

Sekadar perkongsian bersama-sama sahabat di luar sana berkenaan dengan keluasan fiqah dalam Islam. Pidato ini telah disampaikan oleh Dr Asri (DRMAZA) dalam Pidato Perdana yang bertajuk 'Ketegasan Aqidah Keluasan Feqah'. Banyak kandungan-kandungan isi ceramah beliau yang sangat menarik dan boleh membuka minda dan pemikiran kita sebagai seorang Muslim. Diharapkan agar ilmu-ilmu yang didapati daripada ceramah ini akan bermanfaat kepada kita semua.

Selamat menonton...

Muqaddimah



Dr Maza dan Tun Dr Mahathir



Umat Islam, Perpecahan dan Politik



Perpecahan Umat Islam di Zaman Khalifah



Peperangan Jamal



Syiah - Isu Politik - Isu Aqidah (Bhg 1)



Kepimpinan Islam - Kemahiran dan Amanah



Syiah - Isu Politik - Isu Aqidah (Bhg 2)



Khawarij - Isu Politik - Isu Aqidah



Kelemahan tidak bermakna anti agama



Islam mesti di atas Politik, Mazhab dan Raja



Keluasan Feqah Zaman Sahabat



Munculnya Mazhab-mazhab dalam Agama



Keluasan Fiqah, Anjing dan Khinzir



Keluasan Fiqah Beri Ruang Untuk Orang Islam Hidup



Isu Makanan Halal dan Haram



Pengharaman SIS oleh PAS ?



Kata-kata Penutup



Wassalam

Friday, August 21, 2009

Harapan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim



Di kesempatan ini, ingin menjemput sahabat-sahabat untuk sama-sama menghidupkan suasana malam Ramadhan, terawikh dan tadarus Al Quran di Bilik Malaysia Korea University.

Insya Allah sepertimana Ramadhan sebelumnya, kita akan cuba menghabiskan satu juzuk satu malam.

Jemput ramai-ramai untuk hadirkan diri ^^

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita semua. Dan semoga kita termasuk di dalam golongan hamba-hambaNya yang bertaqwa.

Sama-samalah kita cuba menghindarkan maksiat walaupun hanya sebesar zarah, dan sama-samalah berusaha menambah amalan walaupun hanya sebesar zarah.

Amin ya Rabbal A'lamin.

Wassalam.

Thursday, August 20, 2009

Thursday, August 13, 2009

Al Fatihah untuk Ust Asri Ibrahim

Bismillahirrahmanirrahim

Sesungguhnya kematian tidak pernah menunggu kita....

Beruntunglah kepada sesiapa yang sentiasa berjaga-jaga....

Dan amat rugilah kepada sesiapa yang sentiasa melengah-lengahkan untuk bertaubat....



Justeru marilah sama-sama kita sedekahkan do'a kepada Ust Asri Ibrahim,

Beliau ialah solo kumpulan Rabbani yang disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital kerana sakit jantung,

Semoga roh beliau berada di kalangan orang-orang muslim yang bertaqwa,

Amin ya Rabbal A'lamin

Al Fatihah~

Nasyid Munajat buat ratapan kita semua

Wednesday, August 12, 2009

Marhaban ya Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi, kerana tidak lama lagi kita akan dipertemukan kembali setelah setahun lamanya berpisah dengan bulan yang mulia, iaitu Bulan Ramadhan. Suatu bulan yang penuh dengan keistimewaan dan juga keberkatan sebagai mana sabdaan Nabi SAW.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.

Juga telah diciptakan satu malam yang sangat istimewa bagi umat-umat Islam iaitu Malam Lailatul Qadar, malam yang mempunyai kebaikan melebihi seribu bulan seperti mana firman Allah dalam surah Al-Qadr, ayat 3 :-

"Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan"

Inilah bukti rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada hamba-hamba Nya. Diberikan satu bulan khas untuk kita merasai kelazatan beribadah, tanpa kekacauan syaitan durjana dan juga diganda-gandakan kebaikan kepada sesiapa yang berusaha mencari kebaikan tersebut.

Insya Allah di Korea juga kita telah merangka beberapa program berbentuk ilmu, khas untuk bersama-sama mencari dan merasai kelazatan ibadah dalam bulan Ramadhan yang bakal menjelma nanti.

Antara program-program yang telah dirangka untuk sebulan nanti adalah

1. Ahlan Wasahlan ya Ramadhan

Kita akan berbuka puasa bersama-sama dan kemudian membacakan doa selamat kepada ayah seorang saudara kita yang sedang dalam kesakitan. Selepas itu akan diteruskan dengan Isyak, Terawikh dan tadarus Alquran.

2. Grand Enrichment Class (GEC)

Program ini menyaksikan kehebatan penceramah jemputan yang dijemput di kalangan pelajar di Korea. Penceramah-penceramah ini bakal mengupas tajuk-tajuk yang juga tidak kurang hebatnya. Antaranya ialah berkaitan dengan 'Freemason' , 'Quran and Modern Science' dan juga 'Aktifkan Ramadhanmu'.

3. Unity For Peace

Unity For Peace ialah program berbentuk forum yang akan membincangkan isu berkaitan Comparative Religion. Dalam forum ini kita akan cuba mencari beberapa isu penting dan akan membincangkan dari sudut pandangan setiap agama masing-masing. Ahli-ahli panel yang dijemput juga adalah seorang yang hebat mewakili agama Islam, Kristian dan juga Hindu.

4. Karnival Keseniaan Islam

Beberapa pertandingan dan persembahan berteraskan kepada keseniaan Islam akan dijalankan semasa Karnival Keseniaan Islam ini. Antaranya ialah Pertandingan Hafazan, Tilawah dan juga Tulisan Khat. Kami juga ada menjemput kumpulan nasyid yang tidak asing lagi di Korea Selatan iaitu kumpulan yang diketuai oleh saudara Azharul untuk menyampaikan nasyid semasa karnival tersebut. Beberapa bazar juga akan dibuka oleh para pelajar untuk memeriahkan lagi karnival keseniaan Islam nanti.


Akhir kata, semoga program-program yang telah disusun ini mampu membantu kita dalam proses untuk mentarbiyyah diri kita semula dan tidak lupa kepada proses mencari ilmu-ilmu yang menjadi teras kepada ketamadunan Islam suatu masa dahulu.

Wassalam

Saturday, August 1, 2009

Agama dan Politik

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT

Sebenarnya hari ini saya terdetik juga nak komen tentang penyataan yang dibuat oleh TG Nik Aziz tentang isu 'pergi jahanamlah UMNO'. Aha...sure sahabat-sahabat di luar sana pun ada terbaca tentang ini kan.

Jadi sebelum kita pergi lebih jauh, marilah sama-sama kita rujuk pernyataan-pernyataan dan juga hadis di bawah ini.

Kata Al-Imam Sufyan al-Thauri (meninggal 161H):

“Aku tidak melihat paling kurangnya kezuhudan itu melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya” (al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 7/262).

Firman Allah : (maksudnya)

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas”. (Surah al-Baqarah: ayat 190)

Secara peribadinya saya kurang setuju dengan penyataan yang dibuat oleh TG Nik Aziz. Sebab apabila seseorang Muslim membawa msg Islam, dia perlu menyampaikan secara Islamic, supaya tidak timbul sebarang keraguan daripada orang yang mendengarnya. Islam tidak menyuruh kita mengutuk orang lain, atau mendoakan keburukan kepada orang lain (melalui percakapan). Contoh yang begitu jelas adalah cara Islam seperti yang dibawa oleh Nabi SAW dan juga para sahabat yang sangat ideal dan tulen untuk dicontohi.



Tetapi saya juga yakin, dalam masa yang sama, jika sahabat-sahabat ada melihat video di atas, TG Nik Aziz mempunyai sebab-sebabnya yang tersendiri mengapa perkataan tersebut keluar daripada mulutnya. Seorang ulama biasanya cukup berhati-hati dengan perkataan yang keluar dari mulutnya, begitu juga dengan TG Nik Aziz. Dengan ilmunya yang juga sangat hebat saya kira, pastinya beliau sudah consider beberapa perkara untuk tidak mahu menarik balik pernyataan beliau. Saya cuma berharap, untuk kemaslahatan semua, TG Nik Aziz dapat menceritakan sebabnya supaya jelas pada pemikiran orang ramai terhadap pernyataan yang telah dibuat dan tidak timbul sebarang salah faham. Ini adalah penting kerana kita bukan berjuang untuk diri sendiri, kita bukan berjuang untuk fahaman politik kita, tetapi kita berjuang untuk kemaslahatan seluruh umat Islam khususnya.



Dan seperkara lagi, khas untuk ustaz dalam video di atas. Saya memang terus terang tidak bersetuju dengan pernyataan yang ustaz buat. Tak tahulah kalau memang terkandung beberapa isu politik terhadap pernyataan-pernyataan ini untuk memburukkan TG Nik Aziz. Sebagai seorang Muslim (lagi-lagi andai sudah bergelar Ustaz), kita perlu ambil satu pendekatan menyeluruh yang terbaik untuk semua side. Bukan sahaja untuk side yang kita pilih, tetapi juga untuk kebaikan side yang berlawanan juga.

Suka saya nak tekankan di sini kemahiran kita untuk iqra keadaan sekeliling. UMNO dan PAS, isunya sangat sensitif. Kedua-duanya ada pro dan con. Rasanya tak perlu saya ceritakan di sini, kerana sahabat-sahabat pun sudah faham tentang keadaan yang berlaku. Cuma sepatutnya sebagai seorang 'Ustaz', bincanglah dulu dengan TG Nik Aziz mengapa dan kenapa beliau membuat pernyataan tersebut. Adakah kerana keadaan semasa ketika ini yang menekan beliau dan beliau perlu untuk ambil tindakan tersebut, sepertimana isu bom di Gaza (walaupun mungkin tidak seteruk itu). Andaikata kamu merasakan kamu betul, beritahu TG bahawa tindakan nya salah, beritahu hadisnya. Bukan terus membuat pernyataan 'TG Nik Aziz adalah TG yang paling celupar mulutnya'. Ini adalah seperti mahu memalukan seseorang itu, dan juga untuk mempertahankan fahaman kita sendiri, bukan untuk kemaslahatan bersama.

Cuba sama-sama kita fahamkan, apa sebenarnya tindakan yang boleh membawa kebaikan untuk kemaslahatan umat Islam bersama. Bukan sekadar untuk fahaman kita sahaja. Dan ini sememangnya berkait rapat juga dengan isu ISA. Serius saya katakan, saya tidak faham apa yang hendak dibawa oleh PEWARIS terhadap isu ISA. Mengapa sebegitu hendak PRO terhadap isu ISA sedangkan kita tahu ISA ini secara jelasnya adalah tidak adil (kerana tidak terdapat sebarang perbicaraan untuk penangkapan yang dibuat). Ia hanyalah untuk memudahkan kerajaan mempertahankan kerusinya daripada dicabar oleh pihak pembangkang.

Siapa yang perlu ambik tindakan di sini? Jelas kalau kita tengok isu ISA ini adalah isu keadilan dalam ISLAM, jadi pihak mufti perlulah mengeluarkan FATWA terkini berkenaan dengan isu ini (sepertimana yang diperkatakan oleh DR Asri).

"Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa mengenai ISA. Ini kerana isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama. Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa. Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan."

Dan apabila pihak mufti telah mengeluarkan fatwa, maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk mematuhinya. Ini adalah prasyarat yang telah di perkatakan oleh Nabi SAW bahawa ulama-ulama adalah pengganti Baginda SAW. Andaikata kebaikan untuk diteruskan lebih banyak daripada keburukan, maka teruskan. Tetapi jika sebaliknya, maka pihak kerajaan perlu memainkan peranan untuk membatalkannya. Tiada gunanya menegakkan benang yang basah semata-mata untuk kepentingan sendiri.

Percayalah bahawa tidak bernama peraturan, tidak bernama undang-undang sesuatu yang tidak dipersetujui oleh rakyat.

Erm...bukan tujuan saya menulis ini kerana saya minat berpolitik. Bukan juga untuk memburukkan mana-mana side. Saya bukan orang PAS, juga bukan orang UMNO walaupun pernah mewakili Korea pergi Perhimpunan Agung Umno (PAU) dulu. Cuma terdetik, dimanakah silapnya. Apakah kerana kelemahan kita tidak mampu mengislamkan politik sehingga kita telah mempolitikkan Islam.

Marilah sama-sama kita berfikir semula sahabat-sahabat. Jangan kerana semangat Melayu, Islam tergadai. Usah juga kerana semangat Politik, Islam juga tergadai.

Di sini saya juga hendak minta idea-idea atau pendapat sahabat-sahabat mengenai pergolakkan yang sedang berlaku untuk sama-sama kita perbincangkan. Tidak perlu segan silu untuk menyatakan pendapat masing-masing. Semoga sama-sama dapat menyumbang kepada kemaslahatan dunia Islam khususnya di Malaysia.