Wednesday, July 29, 2009

Mencari Yang Hilang, Ketika Cinta Bertasbih

Bismillahirrahmanirrahim

Erm baru-baru ni terminat pula dengar lagu-lagu ni. Lirik dia bagus lah untuk dihayati.




Mencari Yang Hilang
Oleh : Farah Leia Az-Zahra

Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim

Di jalanan ini
Apakah yang ku cari
Dunia segala yang ada
Kesepian mencengkam dada

Mereka sedang bersuka
Menikmati kemanisan dunia
Mengapa sunyi kurasa
Ku mencari satu yang kekal
Yang telah lama hilang
Ditelan cinta dunia

Cari yang hilang
Ku kembali pada yang Esa
Dia dari Dia yang hakiki kekal abadi

Mereka sedang bersuka
Menikmati kemanisan dunia
Mengapa sunyi kurasa
Ku mencari satu yang kekal
Yang telah lama hilang
Ditelan cinta dunia

Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim

.............

Ha lagi satu ni ialah lagu daripada Ketika Cinta Bertasbih bagi sesiapa yang ada baca novelnya. Ceritanya akan keluar tak lama lagi kot kalau tak salah. Hehe..tak tau lah bila nak keluar.




Ketika Cinta Bertasbih
Oleh : Melly Goeslaw feat Amee

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padaMu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padaMu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padaMu atas segala cinta

...........


Ok, Wassalam

Tuesday, July 28, 2009

Syaaban oh syaaban

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT



Pertama-tama sekali marilah sama-sama kita mengucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya maka alhamdulillah sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan Syaaban pada tahun ini. Bulan Syaaban ini adalah bulan untuk kita melihat kembali ke dalam diri kita dan membaiki segala kelemahan yang telah kita lakukan sebelum-sebelum ini sebagai langkah persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda:“Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”

Aha tetapi bukanlah bermakna, bulan-bulan lain kita tidak perlu untuk melihat dan membaiki diri kita. Sebenarnya proses ini memerlukan satu jangka masa yang panjang. Kalau kita merasakan bahawa apabila sudah hampir tiba waktu ramadhan, maka kita perlu untuk berubah, daripada yang kurang solatnya kepada penuh solat kembali, daripada tidak membaca al Quran kepada membaca al Quran, daripada kurang beramal kepada lebih beramal, saya yakin bahawa perubahan-perubahan seperti ini tidak langsung akan berkekalan selepas habisnya bulan Ramadhan nanti.

Ha, tapi bukanlah tujuan saya untuk merendahkan sesiapa yang ingin berubah apabila tiba waktu-waktu seperti ini. Silakan. Cuma maksud saya lebih baik andai perubahan yang sahabat-sahabat ingin lakukan itu bermula daripada sekarang, walaupun bukan pada bulan rejab, bukan pada bulan syaaban dan bukan pada bulan Ramadhan. Dan niatkan perubahan ini adalah semata-mata untuk Allah, bukan kerana perlu berubah apabila masuknya bulan-bulan tersebut kemudian melupakan apabila telah tamat bulan-bulan tersebut.

Erm yelah sebab ada certain sahabat-sahabat yang berfikiran naif seperti itu. Tiba je masuk bulan Ramadhan, maka baru ada semangat padanya untuk membaca al Quran, melakukan solat. Hurm...kesian dirinya. Mungkin pada bulan Ramadhan, syaitan-syaitan telah diikat, so mudahlah sikit untuk dirinya beramal tetapi pada bulan lain tidak berkemampuan untuk melawan nafsu-nafsu syaitan yang direjam itu. Na'uzubillah.

Tapi tidak mengapa, sebagai seorang sahabat, kita perlu bagi sokongan pada dirinya. Jika waktu itu dia boleh menjadi baik, maka teruskan memberi sokongan. Jangan sesekali kita cuba melabel dia, hari ramadhan je baru nak berubah. Usah. Kerana apabila kita berkata demikian, ditakuti nanti akan lari hatinya untuk terus berubah. Bagi semangat padanya, ceritakan padanya andaikata dia mampu buat perkara-perkara yang dibuatnya sekarang selepas habis bulan Ramadhan nanti, maka sudah tentu dia akan menjadi lebih bagus dari dirinya yang sekarang.

Insya Allah berkat daripada penerimaan kita terhadap dirinya, akan lebih memudahkan dirinya untuk kembali memartabatkan Islam sepenuhnya. Tetapi awas ! Andaikata kita menolak, satu hari nanti dia yang akan menuntut kembali pada kita kerana kita gagal menjalankan tugas sebagai seorang Da'i dan juga sebagai seorang sahabat. Satu penerimaan yang kita buat terhadap diri orang lain akan menyebabkan penerimaannya terhadap diri kita juga. Insya Allah perkara ini akan lebih memudahkan urusan kita untuk menasihati dan memberi tunjuk ajar pada dirinya.

Jadi marilah sama-sama kita perbanyakkan munajat dan juga berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:

“Allhuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan“,

Maksudnya : “Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan).”

Insya Allah semoga sama-sama kita tergolong dalam golongan yang beruntung.

Friday, July 24, 2009

Ini Sejarah Kita

Bismillahirrahmanirrahim

Khas buat sahabat-sahabat di luar sana untuk sama-sama mengenali sejarah kita, iaitu sejarah terunggul Islam pada suatu masa dahulu. Buat sesiapa yang sudah menjalani program ISK ini, boleh lah tengok sebagai untuk proses mengingati kembali.

Sebagai pendahuluan, Dr Tariq Suwaidan adalah merupakan seorang Engineer dan beliau sangat berminat untuk mendalami sejarah kegemilangan Islam pada suatu masa dahulu. Berikut merupakan ceramah hasil daripada pemerhatian dan kajian mendalam yang dibuat oleh beliau sendiri.

Secara kasarnya, sahabat-sahabat boleh lah merujuk gambar yang dipaparkan di bawah ini.




Baiklah, selamat mendengar dan semoga video ini mampu memberi input yang terbaik kepada kita semua dalam usaha untuk menjadi seorang Muslim yang sejati.

Part 1



Part 2



Part 3



Part 4



Part 5



Part 6



Part 7



Part 8



Part 9



Part 10



Part 11



Part 12



Part 13



Wassalam

Tuesday, July 21, 2009

Last Project JAVA

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum semua,

Aha, alhamdulillah siap juga projek terakhir JAVA nih. Projek terakhir kami kena buat coding untuk notepad, macam kat windows tu. Tapi basic function je la, ada Open, Save, Close, Copy, Paste. Huhu tak pe tak pe lepas ni boleh upgrade lagi.


Erm inilah appearance notepad yang dibuat tu. Di bawah ni pula adalah source code dia untuk siapa-siapa yang berminat.

Source Code

Okeh semoga berjumpa lagi.

Wassalam

Monday, July 20, 2009

Kisah Umar Abdul Aziz

Bismillahirrahmanirrahim

Part 1



Part 2



Part 3




Sinopsis

Umar Abdul Aziz merupakan cicit kepada Sayidina Umar Al-Khattab daripada anaknya, 'Asim(terpelihara) yang telah berkahwin dengan seorang perempuan yang hebat. Dalam kesah perempuan tersebut, di mana ketika ibunya meminta dia mencampurkan susu lembu dengan air, maka dia membalas dengan kata-katanya yang terkenal :

"Wahai ibuku, jika Amirul Mu'minin tidak nampak, TUHAN Amirul Mu'minin nampak".

Hasil daripada perkahwinan 'Asim dengan perempuan hebat tersebut, lahirlah seorang anak perempuan solehah bernama Laila. Laila ini pula berkahwin dengan seorang tokoh daripada Bani Umaiyah bernama Abdul Aziz, Gabenor Mesir pada ketika itu dan melahirkan anak bernama Umar.

Umar Abdul Aziz ketika kecilnya sangat suka belajar ilmu Fiqh dan Hadis daripada ulama-ulama Madinah dan sangat disayangi oleh penduduk-penduduk di Madinah sehinggakan pada suatu ketika dirinya dipilih menjadi Gabenor Madinah.

Umar Abdul Aziz juga rapat bersama Khalifah Sulaiman Abdul Malik pada ketika itu. Mereka merupakan sepupu jauh yang telah kenal sejak kecil lagi.

Pada suatu hari Umar dibawa oleh Khalifah ke markas tenteranya. Maka ditanya oleh Khalifah kepada Umar, "Apa yang engkau lihat wahai Umar?"

Dijawab oleh Umar Abd Aziz,

"Aku sedang lihat dunia itu sedang memakan satu antara satu sama lain. Dan engkaulah orang yang bertanggungjawab dan akan dipersoalkan oleh Allah mengenainya."

"Kau tidak kagumkah dengan pemerintahan kita ini?" Tanya khalifah lagi.

Lalu dijawab oleh Umar Abdul Aziz.

"Bahkan yang paling mengkagumkan ialah orang yang mengenali Allah, kemudian menderhakaiNya. Mengenali syaitan, kemudian mengikutinya. Mengenali dunia, kemudian ia condong kepada dunia."

Sulaiman bin Abd Malik kagum dengan jawapan Umar Abd Aziz. Sehingga pada waktu kematian Sulaiman bin Abdul Malik, ketika dia sedang sakit, dia bertanya kepada Raja' Ibn Haiwah, menteri yang baik dan hebat dalam sejarah Islam.

"Aku sedang berfikir bagaimana aku hendak menyerahkan urusan pentadbiran kaum muslimin selepas ketiadaan ku nanti."

Jawab Raja' Ibn Haiwah,

"Wahai Amirul Mu'minin, antara perkara yang boleh menyebabkan engkau selamat dalam kubur dan mendapat syafaat di hari akhirat, engkau tinggalkan urusan pentadbiran ini kepada khalifah yang adil."

"Siapa?" tanya khalifah.

"Aku lihat Umar Abdul Aziz." jawab penasihatnya.

Maka ditulisnya di dalam surat lalu dipanggilnya semua ketua pentadbiran dan juga tentera-tentera lalu disuruhnya mengangkat baiah terhadap nama yang tertera di dalam surat tersebut.

Selepas kematiannya, maka semua orang berkumpul di dalam masjid untuk mengetahui siapakah yang akan menjadi khalifah selepas itu, lalu Raja' Ibn Haiwah membaca isi dalam surat tersebut. "Bangkit wahai Umar Abd Aziz. Engkaulah nama yang berada dalam surat ini."

Umar terperanjat lalu dia pun bangkit dan berkata kepada orang ramai.

"Wahai manusia, sesungguhnya jawatan ini telah diberikan kepadaku tanpa bermesyuarat dengan ku dan dengan kamu semua. Sesungguhnya aku mencabut baiah taat setia daripada tengkuk-tengkuk kamu maka kamu pilihnya sesiapa yang kamu mahu."

Semua orang yang hadir pada ketika itu menolak dan tetap kepada pemilihan Umar Abdul Aziz sebagai khalifah.

Kemudian pulanglah Umar Abdul Aziz ke rumah. Lalu berfikirlah dia apa yang perlu dilakukan olehnya sebagai khalifah sambil berehat di atas katil. Kemudian masuk anaknya, Abd Malik yang berusia 15 tahun.

"Wahai ayahku apa yang engkau sedang buat?"

Di jawab oleh Umar Abdul Aziz,

"Wahai anakku, ayahmu terlalu letih menguruskan jenazah. Dan ayahmu tidak pernah merasai satu keadaan yang tubuhku terlalu penat dengan jawatan seperti hari ini."

"Jadi apa yang engkau akan buat wahai ayah?"

"Ayahmu akan tidur sekejap sehingga masuk waktu zuhur, kemudian ayah akan keluar bersembahyang dengan orang ramai."

Maka jawab anaknya,

"Wahai Amirul Mu'minin, siapa yang menjamin Amirul Mu'minin hidup sehingga waktu zuhur. Sedangkan sekarang ialah waktu Amirul Mu'minin keluar untuk mengembalikan hak-hak orang yang telah dizalimi."

Tersentak dan terbangun Umar Abdul Aziz mendengar kata-kata anaknya. Lalu dipanggil anaknya datang menghampirinya dan dicium kedua mata anaknya.

"Alhamdulillah kerana telah dikeluarkan dariku, orang yang akan menolong aku di atas agamaku."

Salah satu khutbah Umar Abdul Aziz yang terkenal iaitu pada hari kedua dia menjadi khalifah :

"Wahai manusia, tidak ada kitab selepas al-Quran dan tidak ada nabi selepas Muhammad SAW. Aku bukan penentu hukum, aku pelaksana hukum Allah. Aku bukan ahli bid'ah, aku seorang yang mengikut sunnah. Aku bukan orang yang paling baik di kalangan kamu, cuma aku orang yang paling berat tanggungannya di kalangan kamu. Aku mengucapkan ucapan ku ini sedangkan aku tahu bahawa aku orang yang paling berdosa di sisi Allah."

Selepas itu, Khalifah Umar pulang ke rumah dan menangis mengenangkan ujian Allah yang sangat besar. Kemudian isterinya duduk di sebelahnya dan bertanya. "Apa yang Amirul Mu'minin tangiskan?"

Lalu dijawab oleh Khalifah,

"Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini. Dan aku teringat orang-orang miskin, aku teringat ibu-ibu yang janda, anaknya ramai tetapi rezkinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, aku teringat para fuqara' kaum muslimin. Aku tahu bahawasanya mereka semuanya ini, akan berdiri mendakwaku pada hari akhirat kelak dan aku tidak dapat menjawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah. Kerna aku tahu pembela mereka pada ketika itu ialah Nabi Muhammad SAW."

2 tahun 5 bulan 5 hari mentadbir, maka terjadilah keadaan yang kita selalu dengar iaitu tiada orang-orang miskin yang layak menerima zakat lagi wujud pada waktu itu.

Ketika Khalifah Umar Abd Aziz hendak meninggal, orang-orang yang datang berziarah semua melihat keadaan khalifah yang sangat miskin, hanya memiliki sehelai baju. Lalu bertanya kepada Khalifah, "Wahai Khalifah, tidakkah engkau mahu mewasiatkan sesuatu kepada anak-anakmu?"

Maka jawab Khalifah Umar Abd Aziz,

"Anak-anakku jika mereka orang-orang soleh, Allah lah yang menguruskan orang-orang soleh. Jika mereka orang-orang yang tidak soleh, aku tidak ingin meninggalkan hartaku kepada orang-orang yang menderhakai Allah."

Lalu dipanggil anak-anakanya masuk lalu dikatanya,

"Wahai anak-anakku sesungguhnya bapamu telah diberikan dua pilihan. Yang pertama menjadikan kamu semua kaya, dan bapamu masuk ke dalam neraka. Yang kedua kamu menjadi miskin seperti sekarang dan bapamu masuk ke dalam syurga. Sesungguhnya bapamu memilih untuk masuk ke dalam syurga."

Selepas kematian Umar Abdul Aziz, ketika mana kejatuhan Bani Umaiyyah, anak-anak Umar Abdul Aziz menjadi kaya raya sedangkan anak-anak khalifah yang kaya sebelum itu semuanya telah jatuh miskin.

Begitulah kehebatan tawakkal Umar Abdul Aziz terhadap kuasa Allah SWT. Semoga sama-sama dapat kita mengambil iktibar daripada kisah ini. Insya Allah.

Wassalam WBT.

Friday, July 17, 2009

Isra' Mikraj

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, sekadar perkongsian bersama tentang peristiwa Isra' Mikraj. Semoga banyak memberi manfaat kepada kita semua. Insya Allah

Part 1



Part 2



Part 3



Part 4



...............................................................................

Nasyid Isra' Mikraj

Album Kenangan Di Korea ep6

Event : Bunga Sakura di Yoeido






Bersama Mundzir

Ni lah gambar bunga sakura di Korea ni, takde la lawa sangat sebenar. Hehe tapi sebab first time hari tu kan so ambil la gambar.

Orite

Wassalam

Album Kenangan Di Korea ep5

Event : Melawat Pulau Jeju


Di Gimpo Airport, sebelum bertolak


Dalam gua di Pulau Jeju



Pokok banzai di salah satu tempat pertanian


Ladang teh kot, heh tak ingat


Bersama azman, cuba memberi bear makan


Aha, kereta di Taman Teddy Bear


Subhanallah, keindahan pantai pulau Jeju


Di salah satu site lakonan ni, tak ingat Filem apa



Aha, sini tempat kami bermain puzzle, kumpulan kami kalah huhu


Ni atas mysterious road, kat sini nampak macam kite sedang naik bukit, tapi sebenar tengah turun bukit. (Aha kalau tuang air, nampak air mengalir ke atas)



Batu belakang tu nampak macam naga orang kate (tapi macam tak je huhu)


Di pantai Pulau Jeju

Okes kat sini masa pergi dengan sonsengnim dan juga kawan-kawan satu batch. Lama dah ni. Tapi Pulau Jeju still adalah satu tempat yang menarik untuk dilawati. Kalau datang Seoul tak gi pulau Jeju, macam tak lengkap la kan. Aha, okeh semoga berjumpa lagi.

Wassalam

Thursday, July 16, 2009

Calculator JAVA

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah, akhirnya siap juga projek kedua ni. Projek kedua kelas java ni sebenarnya just untuk buat calculator dengan menggunakan java language. Mula-mula nampak macam senang, hehe macam C/C++, tapi sebenarnya susah juga dan memakan masa benda ni. Banyak betul command lain yang Prof tak ajar, then kena rujuk balik. Lepas tu dengan ketidak kepakaran menggunakan class function lagi. Haih...

Tapi alhamdulillah akhirnya malam ni siap juga benda alah ni. Besok Prof nak tengok, harap-harap dia tak komen banyak nanti. Huhu. Erm gambar kat atas tu ialah perbandingan my calculator dengan calculator yang dah sedia ada dalam window. Heh walaupun buruk tapi boleh la layan. Saja je ambik background warna hitam sebab warna kelabu pun pekat juga kan. Erm so appearance nya tak begitu menarik lah. Huhu

Oklah, saja buat coretan di pagi hari.

Source Code

Wassalam

Tuesday, July 14, 2009

Pemergian seorang ayah

Bismillahirrahmanirrahim

Khas buat sahabatku di UK sana,


Semoga Allah SWT melindungimu, keluargamu, dan arwah ayahmu. Amin Ya Rabbal A'lamin.



Pemergian seorang ayah

Ayahku,

Engkaulah insan yang banyak berjasa dalam hidupku,
Tanpamu wahai ayah,
Mana mungkin diriku mampu menjadi seperti hari ini,
Tanpamu jua wahai ayah,
Mana mungkin aku mampu berdiri seteguh ini.

Ayahku,

Kutahu kedegilanku sewaktu kecil banyak menyusahkan dirimu,
Kutahu betapa aku sering tidak mendengar nasihatmu dahulu,
Tetapi engkau hanya bersabar,
Engkau tetap cuba untuk menasihati diriku,
Agar aku menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.

Ayahku,

Kini ku tahu betapa beratnya tanggunganmu terhadap diriku,
Kini ku mengerti betapa payahnya dirimu sanggup berusaha,
Betapa beratnya beban yang engkau pikul,
Semata-mata untuk memberikanku sesuap makanan,
Dan mencukupkan bekalanku untuk kesekolah,
Namun tidak sesekali engkau menyuarakan pada diriku.

Ayahku,

Seandainya mampu kubelikan gunung intan permata untuk membalas jasamu,
Akan ku usaha sedaya upayaku untuk membeli gunung intan permata,
Untuk ku hadiahkan kepadamu,
Namun mana mungkin sekali dapat ku balas,
Harga setitik keringatmu yang jatuh untuk membesarkanku.

Ayahku,

Kini ku tidak lagi dapat melihat dirimu,
Aku tidak lagi dapat merasakan kelembutan genggaman tanganmu,
Ku tidak lagi dapat mendengar kemesraan gelak tawamu,
Tidak lagi dapat ku berbual mesra denganmu.

Ayahku,

Aku mendoakan kesejahteraan dirimu,
Aku sedekahkan Fatihah untuk dirimu,
Hanya inilah yang dapat kuberikan sebagai hadiah ,
Daripada anakmu yang kerdil ini,
Sebagai pengubat rindu di hatiku.

..............................

Ya Allah,

Sesungguhnya aku banyak berdosa pada ayahku,
Engkau ampunilah diriku ya Allah,
Engkau ampunilah diri ayahku ya Allah,

Ya Allah,

Tiada mampu yang dapat kusedekahkan kepada ayahku,
Melainkan doa ini dan bacaan-bacaan alquran,
Maka Engkau sampaikanlah sedekahku ini kepada ayahku.

Ya Allah,

Jauhkanlah ayahku dari seksaan kubur yang amat pedih,
Amankanlah dirinya sehingga tiba ke hari kiamat nanti ya Allah,
Tempatkanlah dirinya bersama golongan orang-orang yang soleh,
Sesungguhnya dirinya sudah banyak berkorban untuk mendidik ku,
Menjadi seorang pejuang di jalan Mu ya Allah

Amin. Ya Rabbal A'lamin...

Al-Fatihah

*Ingatlah, pemergian ayahmu bukanlah sesuatu untuk ditangisi, tetapi untuk dijadikan sebagai satu sumber kekuatan dalam dirimu, untuk terus melangkah seiring dengan harapan ayahmu terhadap dirimu. Pengorbanannya tidak sesekali dipinta untuk dikenang, tetapi semata-mata untuk melihat dirimu berjaya. Itulah kasih sayang ikhlas seorang ayah. Maka tetapkan hatimu, langkah dengan penuh semangat, berjuanglah sebagai seorang muslimin yang sejati. Semoga Allah merahmati dan memberkati ayahmu kerana telah melahirkan seorang muslimin yang hebat berjuang di jalan Nya. Insya Allah



Wassalam

Monday, July 13, 2009

Album Kenangan Di Korea ep4

Event : Pendakian di Soraksan

Candidates : dari tepi - mundzir, me, hadi, eff, azman, rangga, sol (ambil gambar)

Sebelum pendakian bermula


Di tengah2 jalan sebelum mula mendaki (ambik gambar gunung dulu huhu)


Okeh, pendakian kami telah pun bermula


Berehat sebentar sebelum panjat tangga tinggi tu, jumpa seorang ajoshi entah mana-mana datangnya


Aha, ni mase kat atas jugak nih, tapi belum puncak


Heh ni awal-awal tangga 90 dajah tuh, atas tu lagi dasyat. Gerun jugaklah tgk nih


Akhirnya kami berjaya sampai atas, hwaiting semua !!


Ni otw turun, kononnya ikut jalan sukar huhu


Lihatlah betapa tingginya


Kami jumpa ajumma sesat tengah jalan sedang mencari cucu, sian ajumma ni


Selamat bawa ajumma tu sampai ke bawah, huhu


Meneruskan perjalanan ke air terjun


Aha inilah air terjunnya, tapi sebab sangat sejuk maka tidaklah kami pergi mandi


Jambatan pulang dari air terjun



Liku-liku susah dan payah perjalanan



Perjalanan yang sangat jauh


Ni semua kawasan lereng-lereng gunung nih


Perjalanan yang hampir tamat, semua keletihan huhu


Masa pulang tiba-tiba turun salji, wah sungguh gembira kami


Kelihatan kereta kabel untuk ke salah satu puncak soraksan


Aha putih salju di Soraksan membawa seribu kenangan

Alhamdulillah, inilah kenangan ketika berada di Soraksan bersama rakan-rakan. Masa tu tengah cuti 5 Geb di SNU. Ini juga adalah rangka terakhir sesi 10 Days around Korea kami. Sebab pada ketika itu kami tidak cover di bahagian utara, jd semasa pendakian ke Soraksan ini juga kami telah cover beberapa tempat di kawasan utara Korea Selatan ini (bukan Korea Utara k).

Apa-apapun hwaiting untuk semua !!

Wassalam

Saturday, July 11, 2009

Album Kenangan Di Korea ep3

Event : Misi menawan Busan

Candidates : dari tepi kiri - athir, me, mun, ajay, sol, ipeng (ambil gambar masa ni)


Permulaan perjalanan kami, di perhentian sebelum sampai Busan


Di tengah-tengah Busan kot nih,


Ketika di Stadium Busan


Kami yang hilang arah


Tak tau lah macam mana boleh sampai sini, huhu station lama kat Busan nih


Ni antara kubu-kubu lama di Busan suatu ketika dulu


Kami bersama ajumma Korea yang baik, siap suh antar gambar lagi huhu


Atas kabel Car


Ni masa di tugu pahlawan


Tangga nak naik tugu Pahwalan


Aha inilah bekas2 perajurit Korea


Market ikan, Ipeng gaya nak beli


Market ikan yang terbesar di Busan


Jambatan Busan pada waktu siang


Kelihatan jambatan Busan pada waktu malam, sangat cantik sebenar, tapi kamera tak mantap huhu


Di Daejongdae, ada rumah api kat sini


Salah satu pantai di Busan, bukan Haeyundae


Di pantai Busan


Tak ada burung pun nak datang, huhu


Tokong ni atas bukit sebenarnya and nak naik bukit ni adalah sangat tinggi


Aha, pagoda Busan


Kat mana entah ni, tangga tokong kot


Ni adalah yog Busan, masa balik dari Busan hari tu kami naik KTX


Me and Ipeng, kami di Haeyundae

Aha, satu lagi pengembaran semasa di zaman SNU. Busan ini ialah bandar kedua terbesar setelah Seoul. Ia menjadi tempat perlindungan jika Seoul diserang sebab kedudukannya yang berada di belah Selatan Korea. Nak pergi sini dari Seoul kena naik Bas selama lebih kurang 5 jam ataupun naik KTX lebih kurang 3 jam perjalanan. Sangat-sangatlah menarik tempatnya untuk dikunjungi.

Baiklah semoga berjumpa lagi ^^

Wassalam