Empat saat yang selalu diawasi oleh manusia yang berakal.Biar pun dia sibuk dengan urusan-urusan yang lain tetapi tidak sekali-kali manusia lalai dengan empat perkara ini:
1. Saat untuk menyembahkan hajat kepada Tuhannya.
2. Saat untuk menilik dan menilai diri sendiri.
3. Saat untuk membuka rahsia dirinya kepada sahabatnya yang setia,menyatakan aib-aib dan kelemahan supaya dapat ditegur dan diperbetulkan oleh sahabat setia itu dengan terus terang.
4. Saat untuk bersunyi-sunyi dan bersendirian. Duduk bersoal jawab dengan dirinya menanyakan mana yang baik dan mana yg indah,mana yang sesuai dan mana yang tidak...
Antara semuanya,saat yang keempatlah saat yang paling penting kerana jiwa kita perlukan istirehat dan hati juga perlukan ketenangan.
Allah telah berfirman : Hanya dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang.
Masya Allah. Kalau kite renung balik tazkirah kat atas ni, kekadang manusia apabila ditimpa satu masalah die akan takut untuk bersendirian. Sbb takut akan terfikir bukan bukan dan untuk mengelakkan daripada duduk bersendirian tu yang kekadang die akan cube bersosial ataupun berbuat ape2 aktiviti lain.
Ini juga antare care care yang digalakkan TAPI sedar atau tak kekadang aktiviti yang kite lakukan tu sebenarnye boleh menjauhkan lagi kite daripada Allah SWT sedangkan Allah dah berfirman "Hanya dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang".
Secare rasional nye kalau berdasarkan hadis ni, lebih baik kite duduk bersendirian mengenang kesalahan kite dan di samping itu meminta ampunan daripada Allah SWT. Sentiasa mengingati Nya....Insya Allah kalau kite sentiasa meminta hidayah, satu hari nanti Allah akan berikan juga kepada kite sbg bekalan untuk meneruskan perjuangan di muka bumi ini. Insya Allah.
Monday, August 20, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment