Friday, July 10, 2009

Album Kenangan Di Korea ep2

Event : Berbasikal ke Incheon 2005

Candidates : dari tepi kiri - parid ganu, ayie, mundzir, yus, timi, ajay, ajoi, me, hock siang, solehin, eff


Sebelum bermula penjelajahan


Perhentian pertama kami di Hanggang River


Bersama Ajoi


Kami yang kesesatan...tak jumpa jalan keluar dari Hanggang River


Perhentian kedua, sbb penat kot nih heh


Sekali lagi mengalami kesesatan di Highway


Perhentian seterusnya, di Gimpo mungkin


Akhirnya kami berjaya juga sampai ke Incheon huhu


Breakfast sebelum bertolak balik


Aha sempat kami menjulang bendera Malaysia walau di mana jua


Selamat tiba di Oryu Dong kembali


Ha, kredit kepada tuan punya basikal, Mr Jerry sbb bagi pinjam ^^

Ok tamat sudah event penjelajahan kedua kami di Bumi Sonata. Heh ni cerita lama sebenar, masa baru sampai Korea. Tengah havoc nak menjelajah dunia Korea la kununnye kan. Apa-apapun semoga kenangan-kenangan ini sentiasa tersemat di hati.

Insya Allah

Wassalam



Thursday, July 9, 2009

Album Kenangan Di Korea ep1

Assalamualaikum WBT

Sekadar mengimbau kembali kenangan-kenangan bersama sahabat-sahabat semasa 10 days around Korea (masa belajar dekat SNU lagi ni, so lebih kurang 4 tahun dulu huhu)...


Permulaan kisah (Ipeng, Rangga, Mun, me)


Di Tugu Korea (Apa entah namanya)


Di Daejon


Di Folk House (Tak ingat daerah mana)


Memanjat Jirisan


Bercamping bersama pakcik-pakcik jumpa tepi laut hehe (pakcik ni ajar kami buat chamchi chigae)


Di salah satu Tomb di Kyongju


Di perkampungan nelayan belah-belah Pohang


Di Museum (lupa pulak nama tempat ni, hehe)


Aha sempat pula kami membuat Dojaki, di Icheon

Ok ok banyak lagi gambar-gambar best sebenar, tapi tak nak lah memenuhkan blog ni kan. Erm takpe-takpe lain kali kita masuk gambar pergi tempat lain pulak.

Semoga kenangan-kenangan indah ini kekal insya Allah.

Wednesday, July 8, 2009

Java ep2

Bismillahirrahmanirrahim

Baiklah sekarang mari kita sambung pembelajaran kita tentang Java. Java ini secara kasarnya ada sedikit perbezaan yang ketara kalau dibandingkan dengan C/C++.

Untuk dipermudahkan perbezaannya, mari kita tengok gambar di bawah. Ini adalah kes untuk C/C++.

Ok kalau tengok ini adalah C/C++ source code. Kalau kita compile C/C++ source, terus boleh run direct dalam Operating System. So maknanya, untuk compile, source code yang dibuat perlu match dengan operating system yang digunakan.

Contohnya kalau kita pakai Linux, file library yang digunakan perlu match dengan library yang ada dalam Linux (Eg. unistd ). Begitu juga dengan lain-lain OS.

Gambar di atas ini ialah Java Source Code. Kalau kita tengok, Java apabila compile tak boleh terus pakai atas OS. Dia akan generate Byte Code dan kita perlukan Java Virtual Machine (JVM) untuk translate code tersebut dan membolehkan ia digunakan atas Operating System.

Semua jenis JVM boleh digunakan untuk translate byte code yang sama, tetapi jenis JVM ini bergantung kepada jenis OS yang digunakan. Kalau pakai Windows, jenis JVM yang digunakan adalah berlainan dengan jika kita menggunakan Linux.

Ok kemudian perbezaan antara C language yang biasa kita pakai dengan Java, C++ dan lain-lain adalah jenis program language itu sendiri.

C ialah structure program. Kalau anda yang biasa gunakan jenis structure programming language ni, untuk buat sesuatu program itu sangat mudah, tetapi untuk debug kembali anda perlu check satu persatu, dan kadang-kadang jika perlu untuk buat perubahan kita kena adjust banyak benda kembali. Erm tu adalah kelebihan dan kelemahan jenis structure program language.

Gambar di atas adalah contoh structure program.

Java, C++ pula adalah jenis object oriented program. Object oriented program ini bagi yang tak biasa pakai, kita akan belajar dengan lebih lanjut Insya Allah. Tetapi secara asasnya, object oriented language ini pada permulaan untuk buatnya mungkin sukar sedikit tetapi untuk mengubahnya tidak perlu membuat perubahan yang banyak seperti mana structure program.

Ok tamat cerita perbezaan antara language yang wujud. Sekarang mari kita cerita sikit tentang perbezaan-perbezaan antara edition Java yang wujud.

Ada 3 edition Java yang wujud pada masa kini, iaitu yang pertama J2SE (Standard Edition), kemudian J2EE (Enterprise Edition) dan yang ketiganya J2ME (Micro Edition).

Setiap satu ini ada kegunaannya yang tersendiri bergantung kepada di mana kita hendak gunakannya.

Untuk Standard Edition, target user adalah normal user macam kita, yang sekadar pakai untuk programkan benda-benda untuk kegunaan biasa. Target platform untuk Standard Edition adalah Computer.

Enterprise Edition khusus untuk tujuan business. Basically apa yang terdapat dalam Standard Edition semuanya ada dalam Enterprise Edition. Dan dalam Enterprise Edition juga terkandung beberapa benda tambahan khas untuk tujuan business. Target platform J2EE ini juga adalah computer.

Lastly, Micro Edition. Edisi ini adalah khas untuk gadjet-gadjet kecil seperti handphone dan apa-apa lagi teknologi-teknologi kecil sekarang ini.

Orite, sepertimana yang kita ketahui tadi, untuk compile Java source code ini kita memerlukan compiler kemudian memerlukan virtual machine untuk translate byte code tadi. So dalam version JDK yang kita download (rujuk ep 1) tempoh hari, sudah terkandung kesemuanya. Jadi anda tidak perlu susah-susah mencari compiler dan juga virtual machine yang berlainan untuk tujuan tersebut.

Okes tu sedikit sebanyak tentang Java untuk ep 2. Kita akan sambung next time ye. Hehe cepat pulak penat buat benda alah nih..haih..

Wassalam kawan-kawan ^^

Tuesday, July 7, 2009

Jalanku Pulang



Jalan ku Pulang - UNIC

Tundukku malu di depanMu
Kernaku insan berdosa
Kuadukan sesalanku
Apakah kan Kau terima

Kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
Tinggalkan semalam yang nanah
Lantas sedarkan ingatanku pada sempurnaMu
Terpaut aku tak berpaling

Ku bersyukur hanya padaMu tuhan
Kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
Buatku melepaskan dahaga

Suburkan cahaya menerangi langkahku
Semaikan segala hiasan indah cintaMu

Ku bersyukur hanya padaMu tuhan
Kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
Buatku melepaskan dahaga

Ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
Bimbang Kau singkirkan taubatku
Kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
Kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
Sehingga masanya kau seru hujung nyawaku(x2)

Ku bersyukur hanya padaMu tuhan
Kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
Buatku melepaskan dahaga

Tak kutemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu

.....