Monday, July 6, 2009

Java ep1

Bismillahirrahmanirrahim

Okeh mari kita mulakan pembelajaran JAVA kita hari ini. Cuti summer ni saya dengan vincent ambil kelas JAVA programming. Heh saja konon2nya nak memantapkan skill programming lah nih.

Orite untuk siapa-siapa yang hendak belajar, mari kita bermula dari scratch. But at least pastikan ada basic skill programming C language atau apa-apa yang lain dulu baru boleh ikut. Kalau tak penat nak explain dari awal balik.

Em so first and foremost mari kita install dulu programming Java nih. Btw Java yang digunakan ialah Standard Edition (akan di terangkan nanti perbezaan edisi-edisi JAVA yang ada).

Ikut langkah-langkah berikut. (Chewah ayat skema je, sorry ye)
........................................................................................................
1. Pergi ke laman web http://java.sun.com/


2. Kemudian lihat bahagian tepi kanan, Popular Download ---> ambil Java SE

3. Then under Java SE Development Kit (JDK) ---> click JDK 6 Update 14 (download)
4. Platform pilih platform yang digunakan (Eg: windows) ---> click agree ---> continue

5. Install seperti biasa sampai akhir sekali click Finish

6. Kemudian untuk verify JAVA sudah sempurna installation, pergi kat Start ---> Run ---> cmd ---> kemudian type C:\> java


7. Then pergi My Computer ---> drive C ---> Program Files ---> Java ---> jdk1.6.0_14 ---> bin ---> copy di bahagian address


8. Pergi My Computer ---> tekan belah kanan mouse ambil Properties ---> ambil Advance ---> kemudian ambil Environment Variables ---> click New ---> buat macam di bawah

9. Kemudian pergi semula Start ---> Run ---> cmd ---> cd Desktop ---> type javac -version ---> kalau keluar seperti contoh di bawah maka Java dah settle untuk digunakan



Okeh baru ajar macam mana nak install dah penat. Lain kali kita sambung ok ^^
..
Wassalam

Friday, June 26, 2009

Coretan subuh hari

Bismillahirrahmanirrahim

Tabuh berbunyi gemparkan alam ini...

Berkumandang sahutan ayam...

Tetapi insan, kalaupun ada hanya...

Mata yang celik, dipejam lagi...

Hatinya penuh benci, berdengkurlah kembali...

Begitulah suara insan di alam mimpi...

Setiap pagi, setiap hari...

-Sedutan daripada nasyid raihan-

Kekuatan umat Islam sebenarnya dilihat daripada keupayaan mereka untuk bangkit di Subuh hari berjemaah sama ada di rumah-rumah ataupun di masjid-masjid.

Seandainya umat Islam mampu untuk bangun ramai-ramai berjemaah di masjid hatta di rumah sekali pun, maka akan gerunlah orang kafir dengan kekuatan umat-umat Islam.

Andainya rumah-rumah umat Islam dan juga masjid-masjid cerah bergemerlapan di kala subuh hari, maka akan tenggelam lah orang kafir berselindung di tempat-tempat gelap sambil mengakui kehebatan umat-umat Islam.

Tetapi seandainya rumah umat-umat Islam gelap, tidak bercahaya, tidak langsung kedengaran bunyi azan mahupun bacaan alquran di kala Subuh hari, begitu juga dengan masjid-masjid, maka pada saat itu, terjadilah keadaan di mana umat Islam sentiasa dipijak-pijak.

Umat Islam dijadikan bagaikan tidak punya perasaan, tidak punyai maruah, dibunuh sesuka hati, dimaki difitnah sesuka hati, kerana melihatkan ketiadaan upaya yang membela nasib umat-umat Islam sendiri.

Begitulah keadaan kita wahai sahabat-sahabat sekalian. Aku menulis tentang ini bukan kerana aku mahu menceritakan kelemahan umat Islam, tetapi aku takut, engkau langsung tidak menyedari tentang perkara ini lantas sentiasa terbuai dek angan-anganmu setiap hari.

Pernah seorang rakanku menceritakan bahawa dirinya adalah pelaburan terbaik yang pernah ayahnya lakukan. Sedangkan aku melihat dirinya dimakan oleh dunia tanpa berfikir apakah pulangan yang dapat dilakukan oleh dirinya kepada Tuhan Rabbul A'lamin. Aku juga melihat dirinya ditiup oleh tiupan-tiupan angin kejayaan duniawi yang sangat indah sehingga melenyapkan gambaran-gambaran keindahan syurga yang sepatutnya lebih diusahakan olehnya.

Apakah pelaburan yang terbaik seorang ayah, seorang ibu melainkan daripada memperolehi anak yang soleh, solehah yang dapat mendoakan diri mereka ketika mereka di alam barzakh. Sedarlah wahai sahabatku, doa anak yang soleh tiada hijab untuk terus sampai kepada ibu bapa mu, dan dunia yang dikejar olehmu hanyalah bersifat sementara. Jangan menunggu waktu tuamu, kerana hidayah Allah apabila sudah datang tetapi tidak diambil, maka tidak tentu lagi akan datang untuk kali keduanya.

Setiap hari ayahku mengejutku subuh ketika di rumah, bangun untuk pergi ke masjid solat berjemaah. Kadang-kadang aku terbangun sendiri, dan apabila tidak sempat untuk kemasjid kerana ayahku sudah siap untuk bertolak, maka akan kukejutkan adik-adik untuk sama-sama solat subuh berjemaah di rumah. Kemudian aku bawakan zikir munajat alunan Ustaz Badrul Amin ataupun Al-Ma'thurat. Sekiranya aku tiada di rumah, maka adikku yang di bawah yang akan membawa apa yang telah ku bawa.

Bukan aku ingin menunjuk-nunjuk ataupun membangga diri, tetapi aku ingin memberitahu mu bahawa tugasmu sebagai seorang abang, sebagai seorang kakak bukanlah sekadar seperti yang engkau rasakan. Tidak semudah itu wahai sahabat-sahabat.

Jika engkau merasakan tugasmu sebagai seorang abang, seorang akak, hanyalah untuk berkongsi gembira duka bersama adik-adik, maka engkau sudah silap, engkau sudah salah. Sedarlah wahai sahabat-sahabat !! Kita punyai tugas yang lebih besar dari itu. Tugas kita bukan sekadar berkongsi pengalaman bersama adik-adik tetapi juga menolong ibu bapa mendidik adik-adik. Engkaulah tempat di mana adikmu melihat untuk memperoleh sumber rujukan. Walaupun engkau berada jauh dari adik-adik, tetapi engkaulah yang menjadi sumber inspirasi mereka. Seandainya tidak engkau tunjukkan sifat, ataupun sikap yang boleh menjadi contoh model kepada adik-adik, maka engkau telah khianati tugasmu sebagai seorang abang, sebagai seorang kakak.

Ajarlah adik-adikmu untuk bangun subuh, berjemaah sama-sama yang menjadi tunjang kekuatan kepada seorang umat Islam. Didiklah mereka sifat-sifat ataupun pengetahuan yang perlu ada di dalam Islam yang perlu mereka ketahui. Tunjuklah kepada mereka bagaimana mereka sepatutnya perbuat, apa yang sepatutnya mereka perlu lakukan.

Sekali lagi bukan aku bermaksud untuk menyalahkan diri sesiapa, tetapi sekadar memperingatkan antara satu sama lain. Tugas kita bukan sekadar seperti apa yang kita fikir, tetapi lebih besar daripada itu. Terpulang kepada kita bagaimana untuk mentafsirkannya.

Semoga sama-sama sentiasa di bawah redha dan kasih sayang Allah...

Wednesday, June 24, 2009

Debu yang berterbangan

Bismillahirrahmanirrahim

Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Saya akan beritahukan kepada kalian suatu kaum dari kalangan umatku. Mereka datang pada hari kiamat dengan kebaikan sebesar gunung. Namun Allah menjadikan kebaikan tersebut seperti debu yang berterbangan.”

Tsauban berkata,

“Ya Rasulullah! Terangkan sifat-sifat mereka pada kami, sehingga kami tidak termasuk dari golongan mereka, sedangkan kami tidak menyadarinya.”

Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Mereka adalah saudara kalian, dari kalangan kalian pula. Mereka mengisi waktu malam dengan beribadah, seperti yang kalian biasa lakukan. Namun mereka jika sedang bersendirian dan mempunyai kesempatan melakukan perbuatan haram, maka mereka melakukannya”

(hadith riwayat Ibnu Majah)

Na'uzubillah, kami minta dijauhkan ya Allah drpd perkara ini... amin

*Dipetik dari blog umair

Rindu~



~Me yang merindui~