Wednesday, April 8, 2009

Seimbangkan Ilmu, Lebihkan ilmu ukhrawi

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullah pembuka bicara,

ALLAHUMMA SALLI'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD
SOLA-TAN TU'AS SI-'UBI HA ALAIY-NAL AR-ZAQ
WA TU HASSINU BIHAA, LA-NAL AKHLAQ
WA'ALA ALIYHI WASSOHBIHI WASSALLIM...

(Petikan lagu Selawat Murah Rezki dari Album Nowseeheart)


Hurm dah pukul 3.30 pagi skrang, tp still belum hadir pun rasa untuk melelapkan mata ni. Alang-alang baik tunggu subuh terus, takut tak terbangun pula kl tidur nanti. Actually kebelakangan ni mcm bz sikit sbb byk projek2 berbentuk programming, plus dgn amanah2 sampingan yang lain kn. Sekarang pun baru balik dari yollamsil nih buat projek programming utk coding MY SHELL. Heh sukar juga buat OS sendiri (baru sedar kununnye haih ^^;).

Setitik air di lautan



Cuba bayangkan betapa hebatnya otak yg dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hamba2nya sehingga mampu menghasilkan 'windows' berwajahkan GUI (Graphic User Interface), yg memang ternyata byk mendatangkan manfaat kpd orang2 lain dlm menyelesaikan tugasan seharian. Setinggi-tinggi terima kasihlah kepada mereka yang telah sukses mengaplikasikan kebijaksanaan yg dikurniakan oleh Allah SWT untuk menciptanya terutama Bill Gates dan kawan2nya.

Semoga satu hari nanti kamu sedar dan bersyukur bahawa idea2 ini sebenarnya datang daripada Allah SWT sedangkan ilmu manusia ini sbnrnya hanyalah umpama setitik air dilautan berbanding dgn ilmu Allah SWT. Sepatutnya semakin berisi kita, semakin tunduklah kita kepada kehebatan dan ketinggian Allah yg telah mengajar kita tanpa berhajatkan sebarang balasan hatta sebesar zarah sekalipun.

Ilmu bermanfaat


Sebaik-baik ilmu adalah apabila kita mempelajarinya, maka akan bertambah ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Dalam mengkaji ilmu2 duniawi ini sebenarnya kita perlu mengaitkan dgn kebesaran-kebesaran Allah. Contohnya kl kita mengkaji ilmu2 elektrik elektronik misalnya, sejarah bagaimana manusia mengetahui apa itu elektrik, iaitu dari kejadian petir yg dikaji oleh Benjamin Franklin. Dan kemudian manusia mampu menggunakan pengetahuan tentang eletrik itu untuk mengalirkan current menghidupkan lampu seperti yg dilakukan oleh Thomas Edison. Andaikata Allah tidak mendatangkan ilham kpd manusia dari kejadian alam itu boleh ditukarkan kepada sumber elektrik yg pd masa kini sangat bermanfaat kpd manusia, maka sudah tentu manusia akan terus hidup dlm keadaan serba kekurangan dan serba jahil.

Banyak lagi contoh2 kebesaran Allah jika manusia mengkaji ilmu duniawi ini dengan bersandarkan kepada rujukan2 dari dalam Al Quran. Kejadian hujan, kejadian manusia itu sendiri sejak dari dalam kandungan lagi. Semuanya telah dijelaskan oleh Allah SWT satu persatu khas untuk panduan kita sebagai insan yang lemah ini. Jadi menjadi tanggungjawab kepada kita untuk terus mengkaji dan menyebarkan kepada umat manusia yang lain mengenai kebesaran2 Allah sebagai bukti kewujudan Allah SWT. Barulah dengan izin Allah akan wujud satu perasaan takut dan tunduk kepada kebesaran dan kekuasaanNya yang meliputi segala2nya.

Seimbangkan ilmu duniawi, lebihkan ilmu agama



Perbezaan antara orang Islam dengan orang bukan Islam adalah ilmu agama yang dipelajari. Andaikata kita hanya mempelajari ilmu duniawi dan dlm masa yang sama meletak tepi ilmu berkaitan keakhiratan, maka tentunya ilmu duniawi tadi sekali-kali tidak akan mampu memberi manfaat kepada diri kita sendiri sepertimana yang berlaku kepada orang2 kafir. Lihat saja Bill Gates umpamanya. Adakah ilmu duniawi yang ada padanya mampu memberikan kebaikan padanya di akhirat nanti? Apakah visi ataupun misi hidupnya setelah meninggalkan dunia nanti dengan berbekalkan ilmu yg ada pd dirinya? Ternyata amat rugilah dirinya kerana ilmu duniawi yg diagung2kan itu tidak dpt dijadikan sebagai jambatan bg dirinya untuk merapatkan diri dengan Tuhan pencipta alam.

Namun tidaklah juga boleh untuk kita meninggalkan ilmu duniawi, kerana ia sebenarnya adalah jambatan untuk kita menuju kepada Nya. Bayangkan jika semua umat Islam ini hanya mempelajari ilmu agama dan meninggalkan ilmu2 berkaitan duniawi. Apakah akan wujud kekuatan untuk membela nasib saudara sendiri, jika peperangan meletus? Apakah mampu untuk kita membela nasib kita sendiri ketika berada di depan mata pedang orang kafir tanpa berbekalkan apa jua senjata di tangan? Sirah membuktikan bahawa umat Islam pada zaman dahulu sangat hebat bermain pedangnya, menunggang kudanya, memanahnya. Sehingga banyak kejayaan2 yang berjaya dijulang oleh umat Islam sendiri dalam peperangan2 yang meletus. Tetapi dalam masa yang sama, tidak langsung mereka meninggalkan Qiamullail, berpuasa, menuntut ilmu2 ukhrawi yang menjadi asas kekuatan dalam pembentukkan jati diri seorang Muslim yang sejati.

Jadi marilah sama-sama kita berusaha untuk lebih meningkatkan diri kita menuntut ilmu2 ukhrawi dan dlm masa yang sama berusaha juga untuk mendapat seberapa banyak ilmu duniawi supaya kekuatan2 Islam pada zaman dahulu dapat kembali tegar dan hidup untuk mengisi dan menampal ruang-ruang kosong dunia yang kini sedang diisi dengan kezaliman dan kehancuran.

Nasihat Luqmanul Hakim

Wahai anakku,"Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu,dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar drpdnya. Sesungguhnya nasihat drpd mereka bagaikan mutiara hikmat yang bercahaya, dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering yang disirami air hujan."

Akhir kalam, janganlah mencari alasan menuntut ilmu ukhrawi sehingga meninggalkan ilmu duniawi dan janganlah mencari alasan mencari ilmu duniawi sehingga mengabaikan ilmu ukhrawi.

Wallahualam, wassalam

...

6 comments:

ulsanian said...

kalo u sunyi pg2 bute tuh..i bole temankan..hahaha..
gd lak mar

'Ammar Abdullah said...

haha tak payah la susah2 kan ^^;

hehe thanks la anyway, gud luck exam juga k utk sume ulsanian yg jauh nun di sana..xpe wlpn jauh di mata namun tetap dekat di hati kan..chewah..ayat dramastik pule kn..erm jemput2 la datang Minggu Warisan Keseniaan bile ada masa nnti yer..

puteri said...

byk sgt pikir tu..smp tak leh tido~

puteri said...

ammar..tak de dah ke playlist lagu nasyid.dlu slalu dgr kat sni je..skrg takde dah ek?

'Ammar Abdullah said...

heh xdela byk fikir tu puteri aya...saje je tak ngantuk kn..ha psl playlist tu, sbb mase tukar layout baru hari tu lupe nak kekalkan pule playlist tu. heh pastu da malas nak letak ^^; xpe2 nnti akan dicube utk diletak semula k ^^

puteri said...

hehe^^takpe2..ada masa nti letak la lagu2..skrg ni susah nak dgr nasyidfm.slalu je buffer..kene cari alternatif lain ni nak dgr lagi..hehe