Sunday, February 15, 2009

Tahniah untuk adik-adik batch 83

축하해 Batch 83 학생. 이젠 대학생 됐내 모두 다...




Tahniah buat semua pelajar Batch 83

Teruskan kecemerlangan antum setelah bergelar Mahasiswa/mahasiswi nanti

Ingatlah harapan dan amanat ibu bapa, supaya anaknya ini cemerlang di dunia dan di akhirat.

Peganglah tuntutan agama mengharapkan kejayaan antum untuk mengembalikan kegemilangan Islam suatu masa nanti.

Hayatilah kehebatan sarjana-sarjana dan ilmuan Islam pada zaman dahulu.

Mereka inilah sumber kekuatan ketamadunan Islam pada ketika itu dan antum lah pewarisnya.

Jauhilah segala punca kegelapan yang boleh menutupi jalan kejayaan di hadapan antum.

Renungilah mereka yang berjaya di sekeliling antum, contohilah dan pelajarilah.

"Man Jadda Wa Jadda"



Sekadar renungan...

Dalam berita hari itu ada menceritakan kebanyakkan bantuan yang dihantar ke Gaza tersekat di Mesir kerana jalan ditutup. Sehingga kebanyakkan bantuan berbentuk makanan itu rosak dan tidak dapat dihantar. Maka apakah peranan kita? Adakah hanya menyalurkan duit sedangkan tidak memberi kesan yang maksima. Salah satu yang dapat kita buat ialah membantu melahirkan insan-insan yang berpotensi untuk menjadi kekuatan dunia Islam suatu hari nanti, dan itulah peranan anda dan peranan kita semua. Maka jangan sesekali berputus asa, berjuanglah untuk kejayaan di dunia dan akhirat khususnya.


....

No comments: