Friday, January 16, 2009

Salam Takziah buat adik Azrina sekeluarga

Bismillahirrahmanirrahim

DALAM RAHIM IBU

“Tiap-tiap yang bernyawa akan mati” (Surah Ali-Imran : 180)

Begitulah lumrah kehidupan. Semua janji-janji Allah SWT telah tertulis di Lauh Mahfuz tentang jodoh kita, tentang ajal kita, yg mana pastinya tidak akan dilambatkan atau dipercepatkan sedikitpun oleh Allah SWT. Maka berbahagialah jiwa yang telah banyak membuat amal jariah di atas muka Bumi ini, dan menangislah jiwa yang telah banyak berbuat kerosakkan di atas muka Bumi ini. Sesungguhnya pengadilan Allah Maha Adil, tidak akan terkurang ataupun terlebih timbangan amalannya melainkan hanya yang tepat2 belaka.

“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) ! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (8)

(Surah Al-Zalzalah : 7, 8)


Di ketika ini, Bumi Korea telah dikejutkan oleh pemergian seorang ibu kepada adik Azrina yg telah terlantar koma selama beberapa hari disebabkan penyakit breast cancer. Suasana muram, suasana sedih, suasana kelam yang tiba2 menyelubungi alam Korea ini dapat dirasai bukan sahaja oleh pemilik jiwa namun juga oleh setiap jiwa yang telah diikat tali ikatan ukhuwah sejak mula-mula menjadi salah seorang ahli dalam keluarga di Korea ini. Semoga roh Allahyarhamah ibu kepada adik Azrina kita sentiasa dicucuri rahmat dan keampunan daripada Allah SWT disamping amal2 jariahnya yang tersendiri, sedekah doa2 dan juga sedekah bacaan2 ayat al-Quran yang kita sedekahkan kepada beliau. Insya Allah.

“Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya.” (Maksud Hadis)


Pesanan abg buat adik2 di Korea dan di mana jua

Pemergian ibu bapamu yang amat disayangi bukanlah bererti telah hilangnya erti dalam hidupmu.
Pemergian mereka bukanlah sekadar hanya untuk ditangisi dan diratapi semata2.
Pemergian mereka bukanlah bererti kamu tidak akan menemui mereka selama-lamanya.
Pemergian mereka bukanlah bererti telah putusnya kasih-sayang Allah kepada mu.

Namun sebaliknya adik2 yg abg sayangi, pemergian mereka sebenarnya merupakan satu bentuk ujian daripada Allah SWT ke atas dirimu, ke atas ahli keluargamu, ke atas sahabat2 rapatmu untuk menilai sejauh mana keutuhan keimanan yang telah disemai sejak dari dalam rahim ibumu lagi. Ingatlah dan kenanglah setiap bicara lembut dan juga azimat kata2 ibubapamu ketika kamu masih kecil, ketika kamu tidak langsung berbicara mengenai dunia. Ibumu lah malaikat Allah SWT di dunia yang menjaga dan memberimu makan, memberimu kasih sayang, memberimu kesejahteraan agar kamu bisa bangkit dengan kekuatan untuk menjadi seorang anak yang soleh dan solehah.

Wahai adik2 yang dikasihi, fahamilah sewaktu Allah SWT sedang berbicara denganmu ketika Dia menjemput kedua ibubapamu pulang bertemu denganNya. Bukanlah bermakna hilangnya sumber kasih sayang pd dirimu di dunia yang sementara ini. Tetapi kerana kasihnya Allah SWT ke atas dirimu lantas memberi kesedaran bahawa manusia ini tidak kekal tetapi akan tetap pulang setelah lamanya mengembara di atas dunia yang penuh dengan cabaran dan ujian ini.

“Sesungguhnya orang yang paling bijak ialah orang yang mengingati mati” (Maksud Hadis)

Akhir kata marilah sama-sama kita panjatkan doa semoga roh Allahyarhamah ibu kepada adik azrina kita sentiasa dalam keberkatan dan kerahmatan Allah SWT.

Al-Fatihah~

......

No comments: