Monday, September 24, 2007

~Tulus dan Ikhlas~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum WBT

Semalam kiteorang berusrah melalui skype kat sini. Bukan ape sebab bilik Malaysia berkunci kan, so nak tak nak just melalui internet jer la. Huhu walaupun tak dihadiri secare majoriti tapi tajuk yang disampaikan pada malam tadi memang quite interesting. Usrah satu hala ini disampaikan oleh Akh Din, ex student SDAR yang belajar di Jepun. Syukran Akh for sharing the info ^_^

Tajuk usrah malam tadi ialah "ikhlas". Sebenarnya kalau diikutkan dalam kehidupan seharian kita, ikhlas ni pun sering menjadi tanda tanya diri kita sendiri terhadap amalan-amalan yang dilakukan. Apakah benar benar ikhlas atau if there any other reason walaupun sekecil zarah. Jadi kat sini untuk lebih memahami mari kite berfikir sejenak tentang dua situasi ni.

1) Ade seorang hamba Allah yang baru balik kerja. Sebelum menunaikan solat Isyak die terus tidur kerana kepenatan dan kemudian dikejutkan oleh isterinya untuk menunaikan solat isyak di tengah malam. Dengan perasaan berat hati dia pun bangun lalu menunaikan solat Isyak. Adakah si hamba Allah ini dikira ikhlas dalam perbuatannya?

2) Seorang hamba Allah sanggup pergi ke program Agama (Contohnya program Nur RAmadhan kat Dongyang hari tu) sebab majlis berbuka puasa disertakan sekali pada waktu berbuka nanti. Macamana pula dengan si hamba Allah ini?

Hurm...Sebelum menjawab dua persoalan ini, Akh Din ade menerangkan pasal perbezaan tulus dan ikhlas. Tulus ni maksudnya ialah rela hati manakala Ikhlas pula maksudnya niat kerana Allah. Jadi kalau kita tengok dalam persoalan yang pertama, walaupun hamba Allah tu berat hati tapi die tetap menunaikan kewajipan itu dan insya Allah solatnya diterima kerana niat nya melakukan kerana Allah SWT. Manakala dalam persoalan yang kedua, hamba Allah ini tidak ikhlas tetapi hanya tulus untuk datang ke majlis tersebut. Reason disebabkan oleh niatnya hendak pergi ialah kerana adanya majlis berbuka puasa di majlis tersebut. As a result, apa yang dia dapat hanyalah makanan tersebut tetapi keseluruhannya, dari segi ilmu pengisian atau lain lainnya adalah sangat merugikan.

Ibarat air kosong yang jernih di dalam gelas. Andaikata dicampurkan sebutir garam maka hilanglah kejernihannya. Begitu jualah dengan keikhlasan, andaikate terdetik satu niat yang terpesong,maka ia boleh menyebabkan keseluruhannya menjadi terpesong.

Jadi betapa pentingnya untuk kita menjage niat kita agar tidak lari jauh dari matlamat hidup yang sebenar. Insya Allah. Tetapi andaikata kalau kita sedang membuat sesuatu kebajikan tetapi tiba2 niat kita lari sedikit, janganlah terus kita berhenti tetapi cubalah untuk mengubah niat kita kembali insya Allah.

Sebelum menutup tazkirah ini, marilah same2 kita merenung firman Allah dalam Surah Yusuf, ayat 24; yang mane Allah telah menyelamatkan Nabi Yusuf daripada perbuatan Zulaikha kerana Nabi Yusuf termasuk dikalangan orang2 yang dipilih (dalam ayat ditulis perkataan mukhlasin yang bermaksud ikhlas):-

"Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf pun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andaikata dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih."

Insya Allah sampai di sini sahaja. Banyak lagi rasa nak cerita tapi mata dah mengantuk. Huhu so nnti bile bile saye sambung lagi jika diizikan oleh Nya ^_^

Ok till then~

No comments: