Saturday, September 22, 2007

~Petua Mendapat Pasangan~

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT sahabat sahabat di luar sane....

Sebagai mukadimah,

"Jodoh kita Insya Allah ada. Soalannya adakah kita bersedia untuk dapat jodoh itu, adakah kita layak untuk Allah berikan jodoh. Allah beri jodoh, rezeki pada orang yang Allah fikir layak untuk menerimanya...." sedutan ceramah dari Dato Dr. Fadzilah Kamsah.

Jadi dikesempatan ini, ingin sye berkongsi dgn sahabat2 forum yang disampaikan oleh dua penceramah terkenal iaitu DATO Dr. Mashitah Ibrahim dengan DATO Dr. Fadzilah Kamsah bertajuk Petua Mendapat Pasangan. Yang mana di dalamnya terkandung pelbagai ilmu dan pemikiran tentang sesuatu yang berharga dan patut diambil tahu dari sudut psikologi, saintifik dan agama.

Perasaan itu datangnya dari Allah dan ia sangat suci kerana Allah menyukai benda benda yang suci. Tetapi andainya dikotori dengan kemaksiatan make bertukarlah ia menjadi segumpal debu yg menyalahi fitrah kehidupan manusia yang beriman.

Firman Allah dalam Surah An Nuur (cahaya), ayat ke 26.....

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (syurga)."

Ayat ini menunjukkan kesucian 'Aisyah r.a. dan Shafwan dari segala tuduhan yang ditujukan kepada mereka. Rasulullah adalah orang yang paling baik maka pastilah wanita yang baik pula yang menjadi isteri baginda.

Insya Allah segala ilmu dan pengetahuan yang terkandung dalam ceramah/forum ini dapat digunakan bersama dalam melayari kehidupan kita bersama as student dan juga hamba Allah yang lemah di atas muka bumi ini.






"Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami. Sesungguhnya kami lah hamba Mu yang lemah dan tiada daya melainkan dengan meminta dari Mu.".....ameen ya rabbal 'alamin

3 comments:

lailafillah said...

salam akhi... cam ner plak kalau seorang muslimat ade perasaan kat seorang mislimin...adekah sume tu nafsu semate atau ikhlas dari hati yang Allah kurniekan.. coz tak halal seseorang mencintai seseorang yang tak halal baginyer...

humaira' said...

ammar'
laila ats nie ke???hehe

lailafillah said...
This comment has been removed by the author.