Wednesday, June 17, 2009

Aku yang melihat

Aku selalu melihat....

Manusia sangat berkehendakkan untuk menjaga sesuatu yang bukan miliknya

Aku juga melihat....

Manusia sangat bersungguh-sungguh melakukan sesuatu, agar mendapat kebaikan yang tidak hakiki

Aku kerap memerhati....

Manusia berusaha dan terus berusaha, tetapi hanya mengejar sesuatu yang sia-sia




Sedangkan wahai manusia,

Mengapa tidak sahaja kamu berkehendakkan sesuatu yang memang milik kamu?

Mengapa tidak kamu bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kebaikan yang lebih hakiki?

Mengapa kamu berusaha mengejar sesuatu yang sia-sia dalam hidup kamu?

Mengapa, wahai manusia?

.................................................................................................

Adakah kamu mengerti apakah milikmu yang paling berharga wahai manusia ?

Itulah dia kasih sayang dan rahmat Tuhan kepadamu,

Itulah dia nikmat iman dlm diri kamu,

Itulah dia bakal pasangan, bakal isterimu, bakal suamimu yang sebetulnya,

Itulah dia zuriat mu yang menjadi penyejuk di hati kamu,

Jadi apakah tidak kamu merasa sia-sia meletakkan harapan kepada seseorang yang tidak pasti menjadi milik kamu, dengan menolak tepi kasih sayang Tuhan mu?

Apakah tidak akan timbul penyesalan di hati kamu kerana pernah memberi hati kamu pada tempat yang tidak sepatutnya?

Sesungguhnya aku tahu kita insan yang lemah

Yang sentiasa cuba untuk merasai kenikmatan sementara yang sebenar-benarnya adalah maya dan mungkin jua palsu, tanpa menyedarinya

Pastinya bukanlah tujuanku untuk memburukkan dirimu, malah bukanlah tujuanku untuk bermadah sia-sia

Tetapi sekadar mengajak kamu berfikir, memerhati alam yang lebih luas dengan skop yang lebih besar

Dan terpulang kepada dirimu untuk menafsirkan yang terbaik buat dirimu

............................................................................................

Wahai manusia,

Seperkara lagi ingin aku peringatkan

Berubahlah dan terus berubah

Kerana perubahan itu mampu menjadikan seorang lebih sempurna

Bukanlah seperti air yang bertakung, yang hanya menunggu waktu untuk rosak

Tetapi jangan sesekali berubah kerana manusia

Kerana 'teman teristimewa' yang menyuruhmu berubah

Kerana 'kawan' mu merasakan tidak senang dengan dirimu

Sebaliknya, berubahlah di atas nama Yang Maha Esa

Yang sentiasa memberikan apa yang terbaik untuk diri mu

Yang tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada kurniaan rezki Nya kepadamu

Inilah satu-satunya yang mampu memberi keutuhan dalam dirimu untuk berubah

Tanpa memikirkan penerimaan manusia sepenuhnya....

Wallahua'lam

Tuesday, June 16, 2009

Human Inter Relation

Secebis pemikiran untuk dikongsi bersama....

Kadangkala ada waktu di mana kita lebih suka berseorangan dan tidak suka untuk berbicara dengan orang lain.

Ada juga waktu ketika mana kita merasa tidak selesa untuk berbicara dengan seseorang.

Ada juga waktu apabila kita sengaja menutup perbicaraan kerana tidak mahu berlebih-lebihan.

Apa jua sebab yang kita ada, yang pasti sebagai seorang manusia, jagalah hubungan antara manusia.

Kadang-kadang tidak semua fikiran kita boleh dibaca oleh setiap orang.

Seorang pemimpin yang selalu berdiam dan berharap rakyatnya faham apa sahaja tindakannya adalah seorang pemimpin yang gagal.

Begitu juga hidup kita yang memang tidak dapat dilarikan daripada realiti kehidupan sebagai seoarang manusia.

Apa itu realiti kehidupan seorang manusia?

Satunya ialah sentiasa memerlukan antara satu sama lain.

Kita memerlukan orang di sebelah kita sebagai mana mereka juga memerlukan kita.

Jadi wujudkanlah satu medium yang selesa antara keduanya untuk berbicara.

Jika berasa tidak selesa dengan keadaan yang berlaku, kerana sebab-sebab di atas misalnya, maka perjelaskan kepada orang tersebut.

Usah wujudkan satu dinding ataupun barrier yang boleh memutuskan terus ataupun mewujudkan keadaan tidak selesa antara keduanya.

Manusia mampu memahami andaikata diperjelaskan, itulah juga kelebihan manusia kerana diciptakan perasaan dan akal untuk membatasinya.

Seseorang manusia pastinya akan dihormati andaikata dia mampu mengawal keadaan yang berlaku di sekitarnya tanpa mewujudkan ketegangan walaupun dengan sesiapa sahaja.

Begitulah juga seseorang manusia itu akan dilabel sebagai seoang yang tidak suka bersosial ataupun seorang yang suka bersendiri dan secara tidak langsung akan mengurangkan kehormatan orang padanya andaikata dia cuba untuk mengawal keadaan dengan mewujudkan ketegangan berlaku di sekitarnya walaupun pada dasarnya perkara itu adalah perkara yang baik.

Jadilah diri kita sendiri. (Be yourself)

Ya, jadilah diri kita sendiri, usah terlalu terikutkan keadaan yang berlaku di sekeliling kita.

Kalau orang mengajak kita membuang masa, maka katakan tidak, kerana memang kewajipan kita untuk menghargai masa.

Tetapi ambil lah pendekatan fleksibel untuk menjaga hubungan antara manusia.

Contohnya jika kawan mengajak kita untuk berborak di kedai-kedai kopi.

Walaupun pada dasarnya kita ialah seorang yang tidak suka membuang masa.

Namun atas dasar kawan kita juga adalah aset yang bernilai kepada kita selain daripada masa, maka jadilah fleksibel, luangkanlah masa padanya. Kerana pada ketika itulah segala nasihat darimu akan diambil berat olehnya.

Itulah yang dinamakan hubungan antara manusia.

Itulah juga yang dinamakan 'tanggungjawab' antara manusia.

We are not surviving by ourselves, but we have others to rely on.

Doing something good to others will add value on us.

Think~

Ok semoga berjumpa lagi...

“Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat ? Jawab para sahabah: Bahkan. Sabda baginda: “Mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)” (.Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

Saturday, June 13, 2009

Selamat mengambil Exam !!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT sahabat2 seperjuangan sekalian.

Alhamdulillah ana baru saja tamat 3 projek in a row (OS, VLSI dgn Thesis). Heh banyakkan untuk selesaikan dalam masa hanya sebulan ni Bukannya sebab menunda kerja, tapi sebab kerja ni semuanya datang dalam masa yang sama and need to rush untuk semua sekali. Heh apa-apapun syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan kekuatan bagi diri ini untuk membuat yang terbaik. I did struggle several night to finish those projects. Minta maaf juga kepada sahabat-sahabat yang di luar sana yang ada tegur, tapi tak berkesempatan untuk membalas. Insya Allah dah habis exam semua sekali nanti kita akan berborak panjang ok ?? ^^

This week ada lagi 2 papers to go. Satu sinho wa sistem (Signal and System) dan lagi satu OS (Operating System). Hurm insya Allah moga2 ada kekuatan untuk menjawabnya.

Actually ada banyak yang tiba-tiba hinggap di fikiran ini untuk diceritakan kepada sahabat2 di luar sana. Bukanlah menarik sangat, tetapi sekadar menjadi perbincangan untuk sama-sama memantapkan diri sendiri. Apa-apa pun nanti lepas habis exam insya Allah kita akan berdiskusi sama-sama ye. ^^

Untuk sahabat-sahabat di Korea ini yang sedang menjalani peperiksaan final sem. All the best, jangan tidur banyak sangat ok !!

Pegang prinsip hidup ini dengan cemerlang (prinsip ini wujud selepas perbincangan dengan mun tiba-tiba hari tu...heh)
  • Berusaha sehingga dapat (될때 까지)
  • Jangan cepat berpuas hati !!!

Okeh sampai sini sahaja,

Semoga Allah mempermudahkan kita bersama. Dan semoga ilmu yang kita belajar ini akan membantu kita terutama sekali untuk mencapai kejayaan di akhirat.

Sentiasalah sama-sama menyeimbangkan usaha dunia dan akhirat insya Allah.

Hwaiting !!!

Hendaklah kamu mendengar, patuh dan taat (kepada pemimpinmu), dalam masa kesenangan (kemudahan dan kelapangan), dalam kesulitan dan kesempitan, dalam kegiatanmu dan di saat mengalami hal-hal yang tidak menyenangkan sekalipun keadaan itu merugikan kepentinganmu. (HR. Muslim dan An-Nasaa'i)

Monday, June 8, 2009

Obama's Speech

In Cairo..

1st series



2nd series



3rd series



4th series



5th series



6th series



...........................