Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Sunday, August 23, 2009

Ketegasan Aqidah, Keluasan Feqah

Bismillahirrahmanirrahim

Sekadar perkongsian bersama-sama sahabat di luar sana berkenaan dengan keluasan fiqah dalam Islam. Pidato ini telah disampaikan oleh Dr Asri (DRMAZA) dalam Pidato Perdana yang bertajuk 'Ketegasan Aqidah Keluasan Feqah'. Banyak kandungan-kandungan isi ceramah beliau yang sangat menarik dan boleh membuka minda dan pemikiran kita sebagai seorang Muslim. Diharapkan agar ilmu-ilmu yang didapati daripada ceramah ini akan bermanfaat kepada kita semua.

Selamat menonton...

Muqaddimah



Dr Maza dan Tun Dr Mahathir



Umat Islam, Perpecahan dan Politik



Perpecahan Umat Islam di Zaman Khalifah



Peperangan Jamal



Syiah - Isu Politik - Isu Aqidah (Bhg 1)



Kepimpinan Islam - Kemahiran dan Amanah



Syiah - Isu Politik - Isu Aqidah (Bhg 2)



Khawarij - Isu Politik - Isu Aqidah



Kelemahan tidak bermakna anti agama



Islam mesti di atas Politik, Mazhab dan Raja



Keluasan Feqah Zaman Sahabat



Munculnya Mazhab-mazhab dalam Agama



Keluasan Fiqah, Anjing dan Khinzir



Keluasan Fiqah Beri Ruang Untuk Orang Islam Hidup



Isu Makanan Halal dan Haram



Pengharaman SIS oleh PAS ?



Kata-kata Penutup



Wassalam

Thursday, August 13, 2009

Al Fatihah untuk Ust Asri Ibrahim

Bismillahirrahmanirrahim

Sesungguhnya kematian tidak pernah menunggu kita....

Beruntunglah kepada sesiapa yang sentiasa berjaga-jaga....

Dan amat rugilah kepada sesiapa yang sentiasa melengah-lengahkan untuk bertaubat....



Justeru marilah sama-sama kita sedekahkan do'a kepada Ust Asri Ibrahim,

Beliau ialah solo kumpulan Rabbani yang disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital kerana sakit jantung,

Semoga roh beliau berada di kalangan orang-orang muslim yang bertaqwa,

Amin ya Rabbal A'lamin

Al Fatihah~

Nasyid Munajat buat ratapan kita semua

Wednesday, August 12, 2009

Marhaban ya Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi, kerana tidak lama lagi kita akan dipertemukan kembali setelah setahun lamanya berpisah dengan bulan yang mulia, iaitu Bulan Ramadhan. Suatu bulan yang penuh dengan keistimewaan dan juga keberkatan sebagai mana sabdaan Nabi SAW.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.

Juga telah diciptakan satu malam yang sangat istimewa bagi umat-umat Islam iaitu Malam Lailatul Qadar, malam yang mempunyai kebaikan melebihi seribu bulan seperti mana firman Allah dalam surah Al-Qadr, ayat 3 :-

"Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan"

Inilah bukti rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada hamba-hamba Nya. Diberikan satu bulan khas untuk kita merasai kelazatan beribadah, tanpa kekacauan syaitan durjana dan juga diganda-gandakan kebaikan kepada sesiapa yang berusaha mencari kebaikan tersebut.

Insya Allah di Korea juga kita telah merangka beberapa program berbentuk ilmu, khas untuk bersama-sama mencari dan merasai kelazatan ibadah dalam bulan Ramadhan yang bakal menjelma nanti.

Antara program-program yang telah dirangka untuk sebulan nanti adalah

1. Ahlan Wasahlan ya Ramadhan

Kita akan berbuka puasa bersama-sama dan kemudian membacakan doa selamat kepada ayah seorang saudara kita yang sedang dalam kesakitan. Selepas itu akan diteruskan dengan Isyak, Terawikh dan tadarus Alquran.

2. Grand Enrichment Class (GEC)

Program ini menyaksikan kehebatan penceramah jemputan yang dijemput di kalangan pelajar di Korea. Penceramah-penceramah ini bakal mengupas tajuk-tajuk yang juga tidak kurang hebatnya. Antaranya ialah berkaitan dengan 'Freemason' , 'Quran and Modern Science' dan juga 'Aktifkan Ramadhanmu'.

3. Unity For Peace

Unity For Peace ialah program berbentuk forum yang akan membincangkan isu berkaitan Comparative Religion. Dalam forum ini kita akan cuba mencari beberapa isu penting dan akan membincangkan dari sudut pandangan setiap agama masing-masing. Ahli-ahli panel yang dijemput juga adalah seorang yang hebat mewakili agama Islam, Kristian dan juga Hindu.

4. Karnival Keseniaan Islam

Beberapa pertandingan dan persembahan berteraskan kepada keseniaan Islam akan dijalankan semasa Karnival Keseniaan Islam ini. Antaranya ialah Pertandingan Hafazan, Tilawah dan juga Tulisan Khat. Kami juga ada menjemput kumpulan nasyid yang tidak asing lagi di Korea Selatan iaitu kumpulan yang diketuai oleh saudara Azharul untuk menyampaikan nasyid semasa karnival tersebut. Beberapa bazar juga akan dibuka oleh para pelajar untuk memeriahkan lagi karnival keseniaan Islam nanti.


Akhir kata, semoga program-program yang telah disusun ini mampu membantu kita dalam proses untuk mentarbiyyah diri kita semula dan tidak lupa kepada proses mencari ilmu-ilmu yang menjadi teras kepada ketamadunan Islam suatu masa dahulu.

Wassalam

Saturday, August 1, 2009

Agama dan Politik

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT

Sebenarnya hari ini saya terdetik juga nak komen tentang penyataan yang dibuat oleh TG Nik Aziz tentang isu 'pergi jahanamlah UMNO'. Aha...sure sahabat-sahabat di luar sana pun ada terbaca tentang ini kan.

Jadi sebelum kita pergi lebih jauh, marilah sama-sama kita rujuk pernyataan-pernyataan dan juga hadis di bawah ini.

Kata Al-Imam Sufyan al-Thauri (meninggal 161H):

“Aku tidak melihat paling kurangnya kezuhudan itu melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya” (al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 7/262).

Firman Allah : (maksudnya)

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas”. (Surah al-Baqarah: ayat 190)

Secara peribadinya saya kurang setuju dengan penyataan yang dibuat oleh TG Nik Aziz. Sebab apabila seseorang Muslim membawa msg Islam, dia perlu menyampaikan secara Islamic, supaya tidak timbul sebarang keraguan daripada orang yang mendengarnya. Islam tidak menyuruh kita mengutuk orang lain, atau mendoakan keburukan kepada orang lain (melalui percakapan). Contoh yang begitu jelas adalah cara Islam seperti yang dibawa oleh Nabi SAW dan juga para sahabat yang sangat ideal dan tulen untuk dicontohi.



Tetapi saya juga yakin, dalam masa yang sama, jika sahabat-sahabat ada melihat video di atas, TG Nik Aziz mempunyai sebab-sebabnya yang tersendiri mengapa perkataan tersebut keluar daripada mulutnya. Seorang ulama biasanya cukup berhati-hati dengan perkataan yang keluar dari mulutnya, begitu juga dengan TG Nik Aziz. Dengan ilmunya yang juga sangat hebat saya kira, pastinya beliau sudah consider beberapa perkara untuk tidak mahu menarik balik pernyataan beliau. Saya cuma berharap, untuk kemaslahatan semua, TG Nik Aziz dapat menceritakan sebabnya supaya jelas pada pemikiran orang ramai terhadap pernyataan yang telah dibuat dan tidak timbul sebarang salah faham. Ini adalah penting kerana kita bukan berjuang untuk diri sendiri, kita bukan berjuang untuk fahaman politik kita, tetapi kita berjuang untuk kemaslahatan seluruh umat Islam khususnya.



Dan seperkara lagi, khas untuk ustaz dalam video di atas. Saya memang terus terang tidak bersetuju dengan pernyataan yang ustaz buat. Tak tahulah kalau memang terkandung beberapa isu politik terhadap pernyataan-pernyataan ini untuk memburukkan TG Nik Aziz. Sebagai seorang Muslim (lagi-lagi andai sudah bergelar Ustaz), kita perlu ambil satu pendekatan menyeluruh yang terbaik untuk semua side. Bukan sahaja untuk side yang kita pilih, tetapi juga untuk kebaikan side yang berlawanan juga.

Suka saya nak tekankan di sini kemahiran kita untuk iqra keadaan sekeliling. UMNO dan PAS, isunya sangat sensitif. Kedua-duanya ada pro dan con. Rasanya tak perlu saya ceritakan di sini, kerana sahabat-sahabat pun sudah faham tentang keadaan yang berlaku. Cuma sepatutnya sebagai seorang 'Ustaz', bincanglah dulu dengan TG Nik Aziz mengapa dan kenapa beliau membuat pernyataan tersebut. Adakah kerana keadaan semasa ketika ini yang menekan beliau dan beliau perlu untuk ambil tindakan tersebut, sepertimana isu bom di Gaza (walaupun mungkin tidak seteruk itu). Andaikata kamu merasakan kamu betul, beritahu TG bahawa tindakan nya salah, beritahu hadisnya. Bukan terus membuat pernyataan 'TG Nik Aziz adalah TG yang paling celupar mulutnya'. Ini adalah seperti mahu memalukan seseorang itu, dan juga untuk mempertahankan fahaman kita sendiri, bukan untuk kemaslahatan bersama.

Cuba sama-sama kita fahamkan, apa sebenarnya tindakan yang boleh membawa kebaikan untuk kemaslahatan umat Islam bersama. Bukan sekadar untuk fahaman kita sahaja. Dan ini sememangnya berkait rapat juga dengan isu ISA. Serius saya katakan, saya tidak faham apa yang hendak dibawa oleh PEWARIS terhadap isu ISA. Mengapa sebegitu hendak PRO terhadap isu ISA sedangkan kita tahu ISA ini secara jelasnya adalah tidak adil (kerana tidak terdapat sebarang perbicaraan untuk penangkapan yang dibuat). Ia hanyalah untuk memudahkan kerajaan mempertahankan kerusinya daripada dicabar oleh pihak pembangkang.

Siapa yang perlu ambik tindakan di sini? Jelas kalau kita tengok isu ISA ini adalah isu keadilan dalam ISLAM, jadi pihak mufti perlulah mengeluarkan FATWA terkini berkenaan dengan isu ini (sepertimana yang diperkatakan oleh DR Asri).

"Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa mengenai ISA. Ini kerana isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama. Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa. Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan."

Dan apabila pihak mufti telah mengeluarkan fatwa, maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk mematuhinya. Ini adalah prasyarat yang telah di perkatakan oleh Nabi SAW bahawa ulama-ulama adalah pengganti Baginda SAW. Andaikata kebaikan untuk diteruskan lebih banyak daripada keburukan, maka teruskan. Tetapi jika sebaliknya, maka pihak kerajaan perlu memainkan peranan untuk membatalkannya. Tiada gunanya menegakkan benang yang basah semata-mata untuk kepentingan sendiri.

Percayalah bahawa tidak bernama peraturan, tidak bernama undang-undang sesuatu yang tidak dipersetujui oleh rakyat.

Erm...bukan tujuan saya menulis ini kerana saya minat berpolitik. Bukan juga untuk memburukkan mana-mana side. Saya bukan orang PAS, juga bukan orang UMNO walaupun pernah mewakili Korea pergi Perhimpunan Agung Umno (PAU) dulu. Cuma terdetik, dimanakah silapnya. Apakah kerana kelemahan kita tidak mampu mengislamkan politik sehingga kita telah mempolitikkan Islam.

Marilah sama-sama kita berfikir semula sahabat-sahabat. Jangan kerana semangat Melayu, Islam tergadai. Usah juga kerana semangat Politik, Islam juga tergadai.

Di sini saya juga hendak minta idea-idea atau pendapat sahabat-sahabat mengenai pergolakkan yang sedang berlaku untuk sama-sama kita perbincangkan. Tidak perlu segan silu untuk menyatakan pendapat masing-masing. Semoga sama-sama dapat menyumbang kepada kemaslahatan dunia Islam khususnya di Malaysia.

Tuesday, July 28, 2009

Syaaban oh syaaban

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT



Pertama-tama sekali marilah sama-sama kita mengucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya maka alhamdulillah sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan Syaaban pada tahun ini. Bulan Syaaban ini adalah bulan untuk kita melihat kembali ke dalam diri kita dan membaiki segala kelemahan yang telah kita lakukan sebelum-sebelum ini sebagai langkah persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda:“Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”

Aha tetapi bukanlah bermakna, bulan-bulan lain kita tidak perlu untuk melihat dan membaiki diri kita. Sebenarnya proses ini memerlukan satu jangka masa yang panjang. Kalau kita merasakan bahawa apabila sudah hampir tiba waktu ramadhan, maka kita perlu untuk berubah, daripada yang kurang solatnya kepada penuh solat kembali, daripada tidak membaca al Quran kepada membaca al Quran, daripada kurang beramal kepada lebih beramal, saya yakin bahawa perubahan-perubahan seperti ini tidak langsung akan berkekalan selepas habisnya bulan Ramadhan nanti.

Ha, tapi bukanlah tujuan saya untuk merendahkan sesiapa yang ingin berubah apabila tiba waktu-waktu seperti ini. Silakan. Cuma maksud saya lebih baik andai perubahan yang sahabat-sahabat ingin lakukan itu bermula daripada sekarang, walaupun bukan pada bulan rejab, bukan pada bulan syaaban dan bukan pada bulan Ramadhan. Dan niatkan perubahan ini adalah semata-mata untuk Allah, bukan kerana perlu berubah apabila masuknya bulan-bulan tersebut kemudian melupakan apabila telah tamat bulan-bulan tersebut.

Erm yelah sebab ada certain sahabat-sahabat yang berfikiran naif seperti itu. Tiba je masuk bulan Ramadhan, maka baru ada semangat padanya untuk membaca al Quran, melakukan solat. Hurm...kesian dirinya. Mungkin pada bulan Ramadhan, syaitan-syaitan telah diikat, so mudahlah sikit untuk dirinya beramal tetapi pada bulan lain tidak berkemampuan untuk melawan nafsu-nafsu syaitan yang direjam itu. Na'uzubillah.

Tapi tidak mengapa, sebagai seorang sahabat, kita perlu bagi sokongan pada dirinya. Jika waktu itu dia boleh menjadi baik, maka teruskan memberi sokongan. Jangan sesekali kita cuba melabel dia, hari ramadhan je baru nak berubah. Usah. Kerana apabila kita berkata demikian, ditakuti nanti akan lari hatinya untuk terus berubah. Bagi semangat padanya, ceritakan padanya andaikata dia mampu buat perkara-perkara yang dibuatnya sekarang selepas habis bulan Ramadhan nanti, maka sudah tentu dia akan menjadi lebih bagus dari dirinya yang sekarang.

Insya Allah berkat daripada penerimaan kita terhadap dirinya, akan lebih memudahkan dirinya untuk kembali memartabatkan Islam sepenuhnya. Tetapi awas ! Andaikata kita menolak, satu hari nanti dia yang akan menuntut kembali pada kita kerana kita gagal menjalankan tugas sebagai seorang Da'i dan juga sebagai seorang sahabat. Satu penerimaan yang kita buat terhadap diri orang lain akan menyebabkan penerimaannya terhadap diri kita juga. Insya Allah perkara ini akan lebih memudahkan urusan kita untuk menasihati dan memberi tunjuk ajar pada dirinya.

Jadi marilah sama-sama kita perbanyakkan munajat dan juga berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:

“Allhuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan“,

Maksudnya : “Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan).”

Insya Allah semoga sama-sama kita tergolong dalam golongan yang beruntung.

Friday, July 24, 2009

Ini Sejarah Kita

Bismillahirrahmanirrahim

Khas buat sahabat-sahabat di luar sana untuk sama-sama mengenali sejarah kita, iaitu sejarah terunggul Islam pada suatu masa dahulu. Buat sesiapa yang sudah menjalani program ISK ini, boleh lah tengok sebagai untuk proses mengingati kembali.

Sebagai pendahuluan, Dr Tariq Suwaidan adalah merupakan seorang Engineer dan beliau sangat berminat untuk mendalami sejarah kegemilangan Islam pada suatu masa dahulu. Berikut merupakan ceramah hasil daripada pemerhatian dan kajian mendalam yang dibuat oleh beliau sendiri.

Secara kasarnya, sahabat-sahabat boleh lah merujuk gambar yang dipaparkan di bawah ini.




Baiklah, selamat mendengar dan semoga video ini mampu memberi input yang terbaik kepada kita semua dalam usaha untuk menjadi seorang Muslim yang sejati.

Part 1



Part 2



Part 3



Part 4



Part 5



Part 6



Part 7



Part 8



Part 9



Part 10



Part 11



Part 12



Part 13



Wassalam

Monday, July 20, 2009

Kisah Umar Abdul Aziz

Bismillahirrahmanirrahim

Part 1



Part 2



Part 3




Sinopsis

Umar Abdul Aziz merupakan cicit kepada Sayidina Umar Al-Khattab daripada anaknya, 'Asim(terpelihara) yang telah berkahwin dengan seorang perempuan yang hebat. Dalam kesah perempuan tersebut, di mana ketika ibunya meminta dia mencampurkan susu lembu dengan air, maka dia membalas dengan kata-katanya yang terkenal :

"Wahai ibuku, jika Amirul Mu'minin tidak nampak, TUHAN Amirul Mu'minin nampak".

Hasil daripada perkahwinan 'Asim dengan perempuan hebat tersebut, lahirlah seorang anak perempuan solehah bernama Laila. Laila ini pula berkahwin dengan seorang tokoh daripada Bani Umaiyah bernama Abdul Aziz, Gabenor Mesir pada ketika itu dan melahirkan anak bernama Umar.

Umar Abdul Aziz ketika kecilnya sangat suka belajar ilmu Fiqh dan Hadis daripada ulama-ulama Madinah dan sangat disayangi oleh penduduk-penduduk di Madinah sehinggakan pada suatu ketika dirinya dipilih menjadi Gabenor Madinah.

Umar Abdul Aziz juga rapat bersama Khalifah Sulaiman Abdul Malik pada ketika itu. Mereka merupakan sepupu jauh yang telah kenal sejak kecil lagi.

Pada suatu hari Umar dibawa oleh Khalifah ke markas tenteranya. Maka ditanya oleh Khalifah kepada Umar, "Apa yang engkau lihat wahai Umar?"

Dijawab oleh Umar Abd Aziz,

"Aku sedang lihat dunia itu sedang memakan satu antara satu sama lain. Dan engkaulah orang yang bertanggungjawab dan akan dipersoalkan oleh Allah mengenainya."

"Kau tidak kagumkah dengan pemerintahan kita ini?" Tanya khalifah lagi.

Lalu dijawab oleh Umar Abdul Aziz.

"Bahkan yang paling mengkagumkan ialah orang yang mengenali Allah, kemudian menderhakaiNya. Mengenali syaitan, kemudian mengikutinya. Mengenali dunia, kemudian ia condong kepada dunia."

Sulaiman bin Abd Malik kagum dengan jawapan Umar Abd Aziz. Sehingga pada waktu kematian Sulaiman bin Abdul Malik, ketika dia sedang sakit, dia bertanya kepada Raja' Ibn Haiwah, menteri yang baik dan hebat dalam sejarah Islam.

"Aku sedang berfikir bagaimana aku hendak menyerahkan urusan pentadbiran kaum muslimin selepas ketiadaan ku nanti."

Jawab Raja' Ibn Haiwah,

"Wahai Amirul Mu'minin, antara perkara yang boleh menyebabkan engkau selamat dalam kubur dan mendapat syafaat di hari akhirat, engkau tinggalkan urusan pentadbiran ini kepada khalifah yang adil."

"Siapa?" tanya khalifah.

"Aku lihat Umar Abdul Aziz." jawab penasihatnya.

Maka ditulisnya di dalam surat lalu dipanggilnya semua ketua pentadbiran dan juga tentera-tentera lalu disuruhnya mengangkat baiah terhadap nama yang tertera di dalam surat tersebut.

Selepas kematiannya, maka semua orang berkumpul di dalam masjid untuk mengetahui siapakah yang akan menjadi khalifah selepas itu, lalu Raja' Ibn Haiwah membaca isi dalam surat tersebut. "Bangkit wahai Umar Abd Aziz. Engkaulah nama yang berada dalam surat ini."

Umar terperanjat lalu dia pun bangkit dan berkata kepada orang ramai.

"Wahai manusia, sesungguhnya jawatan ini telah diberikan kepadaku tanpa bermesyuarat dengan ku dan dengan kamu semua. Sesungguhnya aku mencabut baiah taat setia daripada tengkuk-tengkuk kamu maka kamu pilihnya sesiapa yang kamu mahu."

Semua orang yang hadir pada ketika itu menolak dan tetap kepada pemilihan Umar Abdul Aziz sebagai khalifah.

Kemudian pulanglah Umar Abdul Aziz ke rumah. Lalu berfikirlah dia apa yang perlu dilakukan olehnya sebagai khalifah sambil berehat di atas katil. Kemudian masuk anaknya, Abd Malik yang berusia 15 tahun.

"Wahai ayahku apa yang engkau sedang buat?"

Di jawab oleh Umar Abdul Aziz,

"Wahai anakku, ayahmu terlalu letih menguruskan jenazah. Dan ayahmu tidak pernah merasai satu keadaan yang tubuhku terlalu penat dengan jawatan seperti hari ini."

"Jadi apa yang engkau akan buat wahai ayah?"

"Ayahmu akan tidur sekejap sehingga masuk waktu zuhur, kemudian ayah akan keluar bersembahyang dengan orang ramai."

Maka jawab anaknya,

"Wahai Amirul Mu'minin, siapa yang menjamin Amirul Mu'minin hidup sehingga waktu zuhur. Sedangkan sekarang ialah waktu Amirul Mu'minin keluar untuk mengembalikan hak-hak orang yang telah dizalimi."

Tersentak dan terbangun Umar Abdul Aziz mendengar kata-kata anaknya. Lalu dipanggil anaknya datang menghampirinya dan dicium kedua mata anaknya.

"Alhamdulillah kerana telah dikeluarkan dariku, orang yang akan menolong aku di atas agamaku."

Salah satu khutbah Umar Abdul Aziz yang terkenal iaitu pada hari kedua dia menjadi khalifah :

"Wahai manusia, tidak ada kitab selepas al-Quran dan tidak ada nabi selepas Muhammad SAW. Aku bukan penentu hukum, aku pelaksana hukum Allah. Aku bukan ahli bid'ah, aku seorang yang mengikut sunnah. Aku bukan orang yang paling baik di kalangan kamu, cuma aku orang yang paling berat tanggungannya di kalangan kamu. Aku mengucapkan ucapan ku ini sedangkan aku tahu bahawa aku orang yang paling berdosa di sisi Allah."

Selepas itu, Khalifah Umar pulang ke rumah dan menangis mengenangkan ujian Allah yang sangat besar. Kemudian isterinya duduk di sebelahnya dan bertanya. "Apa yang Amirul Mu'minin tangiskan?"

Lalu dijawab oleh Khalifah,

"Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini. Dan aku teringat orang-orang miskin, aku teringat ibu-ibu yang janda, anaknya ramai tetapi rezkinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, aku teringat para fuqara' kaum muslimin. Aku tahu bahawasanya mereka semuanya ini, akan berdiri mendakwaku pada hari akhirat kelak dan aku tidak dapat menjawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah. Kerna aku tahu pembela mereka pada ketika itu ialah Nabi Muhammad SAW."

2 tahun 5 bulan 5 hari mentadbir, maka terjadilah keadaan yang kita selalu dengar iaitu tiada orang-orang miskin yang layak menerima zakat lagi wujud pada waktu itu.

Ketika Khalifah Umar Abd Aziz hendak meninggal, orang-orang yang datang berziarah semua melihat keadaan khalifah yang sangat miskin, hanya memiliki sehelai baju. Lalu bertanya kepada Khalifah, "Wahai Khalifah, tidakkah engkau mahu mewasiatkan sesuatu kepada anak-anakmu?"

Maka jawab Khalifah Umar Abd Aziz,

"Anak-anakku jika mereka orang-orang soleh, Allah lah yang menguruskan orang-orang soleh. Jika mereka orang-orang yang tidak soleh, aku tidak ingin meninggalkan hartaku kepada orang-orang yang menderhakai Allah."

Lalu dipanggil anak-anakanya masuk lalu dikatanya,

"Wahai anak-anakku sesungguhnya bapamu telah diberikan dua pilihan. Yang pertama menjadikan kamu semua kaya, dan bapamu masuk ke dalam neraka. Yang kedua kamu menjadi miskin seperti sekarang dan bapamu masuk ke dalam syurga. Sesungguhnya bapamu memilih untuk masuk ke dalam syurga."

Selepas kematian Umar Abdul Aziz, ketika mana kejatuhan Bani Umaiyyah, anak-anak Umar Abdul Aziz menjadi kaya raya sedangkan anak-anak khalifah yang kaya sebelum itu semuanya telah jatuh miskin.

Begitulah kehebatan tawakkal Umar Abdul Aziz terhadap kuasa Allah SWT. Semoga sama-sama dapat kita mengambil iktibar daripada kisah ini. Insya Allah.

Wassalam WBT.

Friday, July 17, 2009

Isra' Mikraj

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, sekadar perkongsian bersama tentang peristiwa Isra' Mikraj. Semoga banyak memberi manfaat kepada kita semua. Insya Allah

Part 1



Part 2



Part 3



Part 4



...............................................................................

Nasyid Isra' Mikraj

Tuesday, July 14, 2009

Pemergian seorang ayah

Bismillahirrahmanirrahim

Khas buat sahabatku di UK sana,


Semoga Allah SWT melindungimu, keluargamu, dan arwah ayahmu. Amin Ya Rabbal A'lamin.



Pemergian seorang ayah

Ayahku,

Engkaulah insan yang banyak berjasa dalam hidupku,
Tanpamu wahai ayah,
Mana mungkin diriku mampu menjadi seperti hari ini,
Tanpamu jua wahai ayah,
Mana mungkin aku mampu berdiri seteguh ini.

Ayahku,

Kutahu kedegilanku sewaktu kecil banyak menyusahkan dirimu,
Kutahu betapa aku sering tidak mendengar nasihatmu dahulu,
Tetapi engkau hanya bersabar,
Engkau tetap cuba untuk menasihati diriku,
Agar aku menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.

Ayahku,

Kini ku tahu betapa beratnya tanggunganmu terhadap diriku,
Kini ku mengerti betapa payahnya dirimu sanggup berusaha,
Betapa beratnya beban yang engkau pikul,
Semata-mata untuk memberikanku sesuap makanan,
Dan mencukupkan bekalanku untuk kesekolah,
Namun tidak sesekali engkau menyuarakan pada diriku.

Ayahku,

Seandainya mampu kubelikan gunung intan permata untuk membalas jasamu,
Akan ku usaha sedaya upayaku untuk membeli gunung intan permata,
Untuk ku hadiahkan kepadamu,
Namun mana mungkin sekali dapat ku balas,
Harga setitik keringatmu yang jatuh untuk membesarkanku.

Ayahku,

Kini ku tidak lagi dapat melihat dirimu,
Aku tidak lagi dapat merasakan kelembutan genggaman tanganmu,
Ku tidak lagi dapat mendengar kemesraan gelak tawamu,
Tidak lagi dapat ku berbual mesra denganmu.

Ayahku,

Aku mendoakan kesejahteraan dirimu,
Aku sedekahkan Fatihah untuk dirimu,
Hanya inilah yang dapat kuberikan sebagai hadiah ,
Daripada anakmu yang kerdil ini,
Sebagai pengubat rindu di hatiku.

..............................

Ya Allah,

Sesungguhnya aku banyak berdosa pada ayahku,
Engkau ampunilah diriku ya Allah,
Engkau ampunilah diri ayahku ya Allah,

Ya Allah,

Tiada mampu yang dapat kusedekahkan kepada ayahku,
Melainkan doa ini dan bacaan-bacaan alquran,
Maka Engkau sampaikanlah sedekahku ini kepada ayahku.

Ya Allah,

Jauhkanlah ayahku dari seksaan kubur yang amat pedih,
Amankanlah dirinya sehingga tiba ke hari kiamat nanti ya Allah,
Tempatkanlah dirinya bersama golongan orang-orang yang soleh,
Sesungguhnya dirinya sudah banyak berkorban untuk mendidik ku,
Menjadi seorang pejuang di jalan Mu ya Allah

Amin. Ya Rabbal A'lamin...

Al-Fatihah

*Ingatlah, pemergian ayahmu bukanlah sesuatu untuk ditangisi, tetapi untuk dijadikan sebagai satu sumber kekuatan dalam dirimu, untuk terus melangkah seiring dengan harapan ayahmu terhadap dirimu. Pengorbanannya tidak sesekali dipinta untuk dikenang, tetapi semata-mata untuk melihat dirimu berjaya. Itulah kasih sayang ikhlas seorang ayah. Maka tetapkan hatimu, langkah dengan penuh semangat, berjuanglah sebagai seorang muslimin yang sejati. Semoga Allah merahmati dan memberkati ayahmu kerana telah melahirkan seorang muslimin yang hebat berjuang di jalan Nya. Insya Allah



Wassalam

Friday, June 26, 2009

Coretan subuh hari

Bismillahirrahmanirrahim

Tabuh berbunyi gemparkan alam ini...

Berkumandang sahutan ayam...

Tetapi insan, kalaupun ada hanya...

Mata yang celik, dipejam lagi...

Hatinya penuh benci, berdengkurlah kembali...

Begitulah suara insan di alam mimpi...

Setiap pagi, setiap hari...

-Sedutan daripada nasyid raihan-

Kekuatan umat Islam sebenarnya dilihat daripada keupayaan mereka untuk bangkit di Subuh hari berjemaah sama ada di rumah-rumah ataupun di masjid-masjid.

Seandainya umat Islam mampu untuk bangun ramai-ramai berjemaah di masjid hatta di rumah sekali pun, maka akan gerunlah orang kafir dengan kekuatan umat-umat Islam.

Andainya rumah-rumah umat Islam dan juga masjid-masjid cerah bergemerlapan di kala subuh hari, maka akan tenggelam lah orang kafir berselindung di tempat-tempat gelap sambil mengakui kehebatan umat-umat Islam.

Tetapi seandainya rumah umat-umat Islam gelap, tidak bercahaya, tidak langsung kedengaran bunyi azan mahupun bacaan alquran di kala Subuh hari, begitu juga dengan masjid-masjid, maka pada saat itu, terjadilah keadaan di mana umat Islam sentiasa dipijak-pijak.

Umat Islam dijadikan bagaikan tidak punya perasaan, tidak punyai maruah, dibunuh sesuka hati, dimaki difitnah sesuka hati, kerana melihatkan ketiadaan upaya yang membela nasib umat-umat Islam sendiri.

Begitulah keadaan kita wahai sahabat-sahabat sekalian. Aku menulis tentang ini bukan kerana aku mahu menceritakan kelemahan umat Islam, tetapi aku takut, engkau langsung tidak menyedari tentang perkara ini lantas sentiasa terbuai dek angan-anganmu setiap hari.

Pernah seorang rakanku menceritakan bahawa dirinya adalah pelaburan terbaik yang pernah ayahnya lakukan. Sedangkan aku melihat dirinya dimakan oleh dunia tanpa berfikir apakah pulangan yang dapat dilakukan oleh dirinya kepada Tuhan Rabbul A'lamin. Aku juga melihat dirinya ditiup oleh tiupan-tiupan angin kejayaan duniawi yang sangat indah sehingga melenyapkan gambaran-gambaran keindahan syurga yang sepatutnya lebih diusahakan olehnya.

Apakah pelaburan yang terbaik seorang ayah, seorang ibu melainkan daripada memperolehi anak yang soleh, solehah yang dapat mendoakan diri mereka ketika mereka di alam barzakh. Sedarlah wahai sahabatku, doa anak yang soleh tiada hijab untuk terus sampai kepada ibu bapa mu, dan dunia yang dikejar olehmu hanyalah bersifat sementara. Jangan menunggu waktu tuamu, kerana hidayah Allah apabila sudah datang tetapi tidak diambil, maka tidak tentu lagi akan datang untuk kali keduanya.

Setiap hari ayahku mengejutku subuh ketika di rumah, bangun untuk pergi ke masjid solat berjemaah. Kadang-kadang aku terbangun sendiri, dan apabila tidak sempat untuk kemasjid kerana ayahku sudah siap untuk bertolak, maka akan kukejutkan adik-adik untuk sama-sama solat subuh berjemaah di rumah. Kemudian aku bawakan zikir munajat alunan Ustaz Badrul Amin ataupun Al-Ma'thurat. Sekiranya aku tiada di rumah, maka adikku yang di bawah yang akan membawa apa yang telah ku bawa.

Bukan aku ingin menunjuk-nunjuk ataupun membangga diri, tetapi aku ingin memberitahu mu bahawa tugasmu sebagai seorang abang, sebagai seorang kakak bukanlah sekadar seperti yang engkau rasakan. Tidak semudah itu wahai sahabat-sahabat.

Jika engkau merasakan tugasmu sebagai seorang abang, seorang akak, hanyalah untuk berkongsi gembira duka bersama adik-adik, maka engkau sudah silap, engkau sudah salah. Sedarlah wahai sahabat-sahabat !! Kita punyai tugas yang lebih besar dari itu. Tugas kita bukan sekadar berkongsi pengalaman bersama adik-adik tetapi juga menolong ibu bapa mendidik adik-adik. Engkaulah tempat di mana adikmu melihat untuk memperoleh sumber rujukan. Walaupun engkau berada jauh dari adik-adik, tetapi engkaulah yang menjadi sumber inspirasi mereka. Seandainya tidak engkau tunjukkan sifat, ataupun sikap yang boleh menjadi contoh model kepada adik-adik, maka engkau telah khianati tugasmu sebagai seorang abang, sebagai seorang kakak.

Ajarlah adik-adikmu untuk bangun subuh, berjemaah sama-sama yang menjadi tunjang kekuatan kepada seorang umat Islam. Didiklah mereka sifat-sifat ataupun pengetahuan yang perlu ada di dalam Islam yang perlu mereka ketahui. Tunjuklah kepada mereka bagaimana mereka sepatutnya perbuat, apa yang sepatutnya mereka perlu lakukan.

Sekali lagi bukan aku bermaksud untuk menyalahkan diri sesiapa, tetapi sekadar memperingatkan antara satu sama lain. Tugas kita bukan sekadar seperti apa yang kita fikir, tetapi lebih besar daripada itu. Terpulang kepada kita bagaimana untuk mentafsirkannya.

Semoga sama-sama sentiasa di bawah redha dan kasih sayang Allah...

Wednesday, June 24, 2009

Debu yang berterbangan

Bismillahirrahmanirrahim

Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Saya akan beritahukan kepada kalian suatu kaum dari kalangan umatku. Mereka datang pada hari kiamat dengan kebaikan sebesar gunung. Namun Allah menjadikan kebaikan tersebut seperti debu yang berterbangan.”

Tsauban berkata,

“Ya Rasulullah! Terangkan sifat-sifat mereka pada kami, sehingga kami tidak termasuk dari golongan mereka, sedangkan kami tidak menyadarinya.”

Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Mereka adalah saudara kalian, dari kalangan kalian pula. Mereka mengisi waktu malam dengan beribadah, seperti yang kalian biasa lakukan. Namun mereka jika sedang bersendirian dan mempunyai kesempatan melakukan perbuatan haram, maka mereka melakukannya”

(hadith riwayat Ibnu Majah)

Na'uzubillah, kami minta dijauhkan ya Allah drpd perkara ini... amin

*Dipetik dari blog umair

Paling baik dan paling buruk

Bismillahirrahmanirrahim

Sekadar perkongsian bersama.....

Luqman, seorang lelaki berkulit hitam dan berbibir tebal. Tak ada lagi orang melihat dari segi tubuhnya. Namun begitu, kecerdasan, ucapan serta budi pekertinya, menjadi daya tarik bagi mereka yang sudah mengenalnya. Dia seorang yang sederhana. Ia tidak mempunyai pekerjaan tetap. Terkadang ia mencari nafkah dengan mengumpulkan kayu-kayu bakar dari hutan untuk dijual, terkadang menjahit pakaian orang dengan imbalan uang. Selain itu, ada kalanya ia menggembala kambing.

Walaupun begitu, dengan kesederhanaannya orang sangat menyukai dan menghormatinya. Tutur kata dan nasihat-nasihatnya penuh hikmah, memberi kesan yang mendalam bagi yang mendengarkan. Tingkah lakunya enak dipandang. Dia juga seorang dermawan, suka menolong orang-orang yang dianggap sangat memerlukan pertolongan.

Luqman telah dianugerahi Tuhan akal yang cerdas, hati yang bersih dan budi pekerti yang halus. Demikian juga keyakinannya terhadap agama begitu kuat.

Pada suatu hari, salah seorang sahabat Luqman bertanya kepadanya: "Tahukah engkau apakah menurutmu sesuatu yang paling baik? Saya berikan kesempatan untukmu menjawab sampai esok," kata sang sahabat.

Jawab Luqman: "Baiklah."

Keesokan harinya Luqman menyembelih seekor kambing. Hati dan lidahnya diambil, kemudian diberikan kepada sahabatnya tadi. Dengan ucapan terima kasih, barang tersebut siterima.
Pada lain kesempatan, sahabatnya berkata lagi kepada Luqman.

"Jika engkau mengetahui sesuatu yang paling buruk, jelaskan kepada saya."

Demikian esok harinya Luqman memotong kambing lagi, sebagaimana dilakukannya beberapa hari yang lalu. Kemudian memberikan dua potong benda seperti yang pernah dilakukannya tempo hari kepada sahabatnya.

Kawan Luqman merasa sangat heran. Ia lalu berkata: "Aneh sekali. Saat aku menanyakan sesuatu yang paling baik, engkau membawakan dua potong benda itu dan ketika aku meminta sesuatu yang paling buruk, engkau pun membawakan lagi kepadaku."

Luqman menjelaskan: "Kau tak usah merasa heran. Hati dan lidah itu, dapat menjadi sesuatu yang paling baik, sebagaimana juga bisa menjadi sesuatu yang paling buruk. Karena apabila hati dan lidah itu baik, maka segala sesuatu akan menjadi baik. Sedangkan kalau hati dan lidah itu buruk, maka segala sesuatu juga akan menjadi buruk."

Hati yang bersih dan lidah yang terjaga dari kata-kata yang buruk, akan membawa keselamatan dan kebahagiaan bagi diri seseorang, serta akan memberi pengaruh baik kepada orang lain. Tetapi hati yang jahat dan lidah yang tidak terpelihara dari kata-kata buruk akan mengakibatkan kecelakaan bagi diri seseorang dan juga orang lain. Bila hati seseorang memancarkan kebaikan, maka akan menjadi baiklah dalam kehidupannya, karena akan luas pergaulannya. Sebaliknya, bila hati seseorang menggambarkan keburukan, maka hidupnya akan mengalami kesukaran.

Seseorang yang menampilkan keburukan, ia akan jauh dari pergaulan masyarakat yang baik. Namun jika seseorang biasa mengucapkan dengan kata-kata yang sopan dan baik, banyak orang yang menyukai. Sedangkan kalau seseorang menggunakan lisannya dengan bicara kotor dan jahat, ia akan dibenci orang.

...........................................................

Tuesday, June 23, 2009

Tidak ku maafkan dosa ini

Bismillahirrahmanirrahim

Sesungguhnya bahagialah orang yang mati berjuang di jalan Allah.....~



Aku melihat keadaan yg berlaku,

Aku sedih....

Aku menitis air mata....

Apakah yang berlaku kepada saudara-saudaraku....

Sedangkan aku hanya duduk di sini tak berbuat apa-apa....

Aku mencari ilmu, aku cuba meningkatkan kekuatan diri....

Namun apakah cukup untuk ku berjuang mempertahankan mereka ini nanti....

Ya Allah, sesungguhnya aku menyimpan matlamat yang sangat besar....

Kerana itu aku berusaha bersungguh-sungguh menimba seberapa banyak ilmu yang boleh ku timba....

Untuk ku gunakan mempertahankan kalimah Mu....

Mempertahankan saudara-saudara ku....

Agar tidak ku melihat kematian mereka bersahaja di hadapan ku satu masa nanti....

Ya Allah, aku mohon jangan Engkau persia-siakn usahaku ini....

Walaupun kadang kala aku merasa letih....

Namun aku letak tepi dan cuba mencari sumber-sumber yang memberiku kekuatan....

Ya Allah seandainya aku tersasar walaupun sedikit, maka dekatkan aku kembali pada Mu....

Agar matlamat ku tidak luntur, agar semangatku tidak goyah, agar aku sentiasa dalam naungan Mu....

Ya Allah ku mohon, Engkau berilah juga kesedaran ini dalam diri sahabat-sahabatku....

Agar kami sama-sama dapat memantapkan diri....

Menimba ilmu, menimba pengalaman....

Untuk kami persiapkan diri berjuang di jalan Mu satu hari nanti....

Sesungguhnya hanya padaMu aku bermohon, hanya kepada Mu aku menitiskan air mata....

Amin, Ya Rabbal A'lamin

Sunday, June 21, 2009

Wahai umat Islam !!



Wahai umat Islam sekalian !!!

Aku bukan hendak mengarah dirimu,

Tetapi sekadar menyeru supaya kita sama-sama berfikir untuk bangkit bersama,

Kehidupan kita bukan sekadar untuk belajar,

Kehidupan kita bukan sekadar untuk beribadat,

Kehidupan kita bukan sekadar untuk bahagia bersama keluarga tersayang,

Kehidupan kita bukan sekadar untuk membesarkan anak-anak,

Tetapi sedarlah,

Kehidupan kita adalah merangkumi semua nya,

Kehidupan kita menuntut kita supaya berusaha,

Berusaha menuntut pelbagai jenis ilmu,

Bukan sahaja ilmu dunia, bahkan jua ilmu agama,

Bukan sekadar ilmu agama, tetapi juga ilmu dunia,

Belajarlah untuk iqra,

Bukan sekadar iqra bhn2 bertulis, tetapi juga iqra keadaan di sekitar kita,

Jangan hanya mengharapkan orang lain untuk membantu kita,

Tetapi usahalah untuk diri kita jua,

Supaya kita boleh bangkit dan memperjuangkan Islam satu hari nanti,

Agar dirimu sentiasa dipandang tinggi,

Dan sentiasa diterima orang,

Ingat lah !!!

Kita bukan hanya berusaha untuk diri kita sendiri,

Tetapi kita berusaha untuk membina kembali tamadun kegemilangan Islam !!

Sebagaimana kehebatan tamadun Islam di zaman dahulu,

Buang tepi kegembiraan mu yang hanya sementara,

Buang tepi kesukaanmu untuk menghabiskan masa bersama rakan-rakan,

Buang tepi sifat malasmu yang telah membunuhmu sekian lama,

Kembalilah dengan semangat untuk merubah,

Semangat reformasi,

Semangat untuk berjuang,

Kerna inilah sahaja, cara untuk kita mempertahankan Islam,

Dan meninggikan kalimah Islam di mata dunia

Tanpa perlu merasa takut atau gentar....

...........

*Sesuatu yang biasa kita dengar, tetapi sering dilupakan oleh kita sebagai umat Islam...

Wednesday, June 17, 2009

Aku yang melihat

Aku selalu melihat....

Manusia sangat berkehendakkan untuk menjaga sesuatu yang bukan miliknya

Aku juga melihat....

Manusia sangat bersungguh-sungguh melakukan sesuatu, agar mendapat kebaikan yang tidak hakiki

Aku kerap memerhati....

Manusia berusaha dan terus berusaha, tetapi hanya mengejar sesuatu yang sia-sia




Sedangkan wahai manusia,

Mengapa tidak sahaja kamu berkehendakkan sesuatu yang memang milik kamu?

Mengapa tidak kamu bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kebaikan yang lebih hakiki?

Mengapa kamu berusaha mengejar sesuatu yang sia-sia dalam hidup kamu?

Mengapa, wahai manusia?

.................................................................................................

Adakah kamu mengerti apakah milikmu yang paling berharga wahai manusia ?

Itulah dia kasih sayang dan rahmat Tuhan kepadamu,

Itulah dia nikmat iman dlm diri kamu,

Itulah dia bakal pasangan, bakal isterimu, bakal suamimu yang sebetulnya,

Itulah dia zuriat mu yang menjadi penyejuk di hati kamu,

Jadi apakah tidak kamu merasa sia-sia meletakkan harapan kepada seseorang yang tidak pasti menjadi milik kamu, dengan menolak tepi kasih sayang Tuhan mu?

Apakah tidak akan timbul penyesalan di hati kamu kerana pernah memberi hati kamu pada tempat yang tidak sepatutnya?

Sesungguhnya aku tahu kita insan yang lemah

Yang sentiasa cuba untuk merasai kenikmatan sementara yang sebenar-benarnya adalah maya dan mungkin jua palsu, tanpa menyedarinya

Pastinya bukanlah tujuanku untuk memburukkan dirimu, malah bukanlah tujuanku untuk bermadah sia-sia

Tetapi sekadar mengajak kamu berfikir, memerhati alam yang lebih luas dengan skop yang lebih besar

Dan terpulang kepada dirimu untuk menafsirkan yang terbaik buat dirimu

............................................................................................

Wahai manusia,

Seperkara lagi ingin aku peringatkan

Berubahlah dan terus berubah

Kerana perubahan itu mampu menjadikan seorang lebih sempurna

Bukanlah seperti air yang bertakung, yang hanya menunggu waktu untuk rosak

Tetapi jangan sesekali berubah kerana manusia

Kerana 'teman teristimewa' yang menyuruhmu berubah

Kerana 'kawan' mu merasakan tidak senang dengan dirimu

Sebaliknya, berubahlah di atas nama Yang Maha Esa

Yang sentiasa memberikan apa yang terbaik untuk diri mu

Yang tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada kurniaan rezki Nya kepadamu

Inilah satu-satunya yang mampu memberi keutuhan dalam dirimu untuk berubah

Tanpa memikirkan penerimaan manusia sepenuhnya....

Wallahua'lam

Tuesday, June 16, 2009

Human Inter Relation

Secebis pemikiran untuk dikongsi bersama....

Kadangkala ada waktu di mana kita lebih suka berseorangan dan tidak suka untuk berbicara dengan orang lain.

Ada juga waktu ketika mana kita merasa tidak selesa untuk berbicara dengan seseorang.

Ada juga waktu apabila kita sengaja menutup perbicaraan kerana tidak mahu berlebih-lebihan.

Apa jua sebab yang kita ada, yang pasti sebagai seorang manusia, jagalah hubungan antara manusia.

Kadang-kadang tidak semua fikiran kita boleh dibaca oleh setiap orang.

Seorang pemimpin yang selalu berdiam dan berharap rakyatnya faham apa sahaja tindakannya adalah seorang pemimpin yang gagal.

Begitu juga hidup kita yang memang tidak dapat dilarikan daripada realiti kehidupan sebagai seoarang manusia.

Apa itu realiti kehidupan seorang manusia?

Satunya ialah sentiasa memerlukan antara satu sama lain.

Kita memerlukan orang di sebelah kita sebagai mana mereka juga memerlukan kita.

Jadi wujudkanlah satu medium yang selesa antara keduanya untuk berbicara.

Jika berasa tidak selesa dengan keadaan yang berlaku, kerana sebab-sebab di atas misalnya, maka perjelaskan kepada orang tersebut.

Usah wujudkan satu dinding ataupun barrier yang boleh memutuskan terus ataupun mewujudkan keadaan tidak selesa antara keduanya.

Manusia mampu memahami andaikata diperjelaskan, itulah juga kelebihan manusia kerana diciptakan perasaan dan akal untuk membatasinya.

Seseorang manusia pastinya akan dihormati andaikata dia mampu mengawal keadaan yang berlaku di sekitarnya tanpa mewujudkan ketegangan walaupun dengan sesiapa sahaja.

Begitulah juga seseorang manusia itu akan dilabel sebagai seoang yang tidak suka bersosial ataupun seorang yang suka bersendiri dan secara tidak langsung akan mengurangkan kehormatan orang padanya andaikata dia cuba untuk mengawal keadaan dengan mewujudkan ketegangan berlaku di sekitarnya walaupun pada dasarnya perkara itu adalah perkara yang baik.

Jadilah diri kita sendiri. (Be yourself)

Ya, jadilah diri kita sendiri, usah terlalu terikutkan keadaan yang berlaku di sekeliling kita.

Kalau orang mengajak kita membuang masa, maka katakan tidak, kerana memang kewajipan kita untuk menghargai masa.

Tetapi ambil lah pendekatan fleksibel untuk menjaga hubungan antara manusia.

Contohnya jika kawan mengajak kita untuk berborak di kedai-kedai kopi.

Walaupun pada dasarnya kita ialah seorang yang tidak suka membuang masa.

Namun atas dasar kawan kita juga adalah aset yang bernilai kepada kita selain daripada masa, maka jadilah fleksibel, luangkanlah masa padanya. Kerana pada ketika itulah segala nasihat darimu akan diambil berat olehnya.

Itulah yang dinamakan hubungan antara manusia.

Itulah juga yang dinamakan 'tanggungjawab' antara manusia.

We are not surviving by ourselves, but we have others to rely on.

Doing something good to others will add value on us.

Think~

Ok semoga berjumpa lagi...

“Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat ? Jawab para sahabah: Bahkan. Sabda baginda: “Mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)” (.Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

Sunday, May 17, 2009

Doa Munajat



Tangisilah dosa-dosa kita wahai sahabat-sahabat.

Semoga ia menjadi penyelamat kita ketika di akhirat kelak.

Di mana tiada siapa pun mampu memberi pertolongan kepada kita,

Melainkan amalan kita dan juga syafaat dari nabi SAW.

"Ya Allah, mampukah aku mendapat syafaat kekasih Mu, sedangkan kecintaan ku kepadanya tidak setanding langsung kecintaan sahabat2 Nabi pd ketika dulu. Permudahkanlah diri ini ya Allah, permudahkanlah juga untuk semua saudara seagamaku..."

Diri yang penuh kelalaian,

TT

............

Thursday, April 23, 2009

Quran recitation by Ahmad Saud

Surah Al-Muzammil



Yasin



Al-Ahzab (verses 1~17)



At-Tur



Al-Qiyamah



Al-Furqan (verses 66~77)



Surah Shams



Doa

Wednesday, April 22, 2009

Jadilah penasihat yang jujur~

Nasihat Syaiban al-Ra‘i kepada Harun al-Rasyid

“Wahai Amir al-Mukminin, andainya engkau bersahabat dengan orang yang menjadikan engkau rasa takut sehingga engkau merasa aman lebih baik dari engkau bersahabat dengan orang yang menjadi engkau rasa aman sehingga menyebabkan engkau mendapat ketakutan”. Tanya Harun al-Rasyid: “Jelaskan maksudnya untukku”.

Jawab Syaiban: “Sesiapa yang berkata kepada engkau: “engkau bertanggungjawab terhadap rakyatmu, takutlah Allah” lebih baik dari orang yang berkata “Kamu daripada kaum keluarga Nabi diampunkan dosa kamu, kamulah kerabat Nabi!”. Maka menangislah Harun al-Rasyid sehingga mereka yang berada di sekelilingnya bersimpati kepadanya.

Kata Syaiban lagi: “Wahai Amirul Mukminin, apabila saya bercakap, saya bimbangkan tindakan kamu terhadap saya. Jika saya diam, saya bimbangkan bahaya menimpa kamu. Maka saya utamakan kebimbangan bahaya menimba kamu lebih daripada kebimbangan tindakan kamu ke atas saya”.

(Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/198, Beirut: Muassasah al-Risalah).

....

Monday, April 20, 2009

KAsih Sayang

Bismillahirrahmanirrahim,

Pembuka Bicara...



Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti

Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Sorotan dari nasyid Raihan - Kasih Sayang



Kasih sayang dan Cinta


Cinta dan kasih sayang itu adalah sesuatu yang suci, bersih dan sangat indah jika kita dapat nilaikan dengan perhitungan yang sebenar-benarnya. Tanpa kasih sayang, seorang anak mana mungkin akan dibelai dengan penuh kasih sayang oleh ibunya. Tanpa kasih sayang juga, mana mungkin seorang ayah sanggup bekerja sehingga lewat malam, semata-mata untuk mencari nafkah untuk anak dan isteri yang tercinta.

Kasih sayang, cinta adalah rahmat daripada Allah SWT yang dimasukkan ke dalam hati seseorang manusia dengan kehendakNya. Sesuatu yang lahir dan datang daripada Allah SWT sudah tentulah tanpa sebarang kesangsian bahawa ia merupakan sesuatu yang suci dan bersih. Sepertinya anak, rahmat dari Allah SWT yang dilahirkan seperti kain yang putih penuh dengan kesucian.


Ungkapan dari Ibn Umar

Teringat saya semasa menyampaikan khutbah tempoh hari tentang 'Uncomparable Love' yang pernah disampaikan oleh Sheikh Yasir Qadhi. Dalam khutbah ini sahabat-sahabat, Sheikh Yasir Qadhi membuat perbandingan dua perspektif yang berbeza berkenaan dengan 'love' seorang anak kepada ibu dan juga 'love' seorang ibu kepada anak dari sudut psikologi.

Perbandingan yang dibuat oleh Sheikh Yasir Qadhi di ambil dari cerita seorang anak membawa ibunya tawaf sekeliling kaabah. Ketika bertawaf si pemuda itu ternampak Ibn Umar lalu segera menghampiri, ikuti dialog mereka.

“Oh ibn Umar,” oh son of Umar ibn al-Khattaab, “Oh ibn Umar, this lady on my back is my mother.” This lady is my mother. “And she had a desire to go do Hajj. And I live in such and such a province,” and he mentioned a far province in the Muslim lands, “And I could not afford a mount.” I could not afford an animal, I could not afford do bring her in any other means except by carrying her on my back, walking from such and such a village. “Oh ibn Umar, have I done my duty as a son?” Is the scale now equivalent? Have all of the good deeds that the mother did, have I now recompensed her the way that she deserves?


Lantas perkara ini dijawab oleh Ibn Umar


“You have done nothing in return.” You’re proud and boastful about this? You have done nothing, your deeds are not worth anything in the scale! You’re comparing a scale of what your mother has done to what you have done back to her?! He says, “You have done nothing in return. But you have done good, and Allah will reward you.”

Si pemuda itu tidak berpuas hati dengan jawapan Ibn Umar, lalu bertanya lagi

“Oh ibn Umar, I have traveled from such and such a province,” what do you mean I’ve done nothing? “I have traveled from the furthest lands, carrying my mother on my back - and you say I have done nothing?”


Kemudian Ibn Umar dengan tenang menjawab semula


“You have done nothing because: when she sacrificed everything for you; when she did everything that she did for you - she gave up her time, her pleasures, her health - she gave up everything she had to raise you as you are - she did it out of a pure love and joy - wanting to see you flourish, waiting so you grow up and you live a full healthy life - she did it for your life - and now that you do it in return, you are waiting for her death - doing it as a pity - doing as an equivalent, doing it in return for the favors - you’re not doing it to see her flourish and live. You’re doing it as a sense of guilt, trying to pay back what she’s done, and waiting for her death, so she is literally off your back.”


Cinta lelaki perempuan sblm kahwin

Kalau seorang anak pun keikhlasan cinta dan kasih sayang dia tak akan setanding dengan ibu bapanya, apalagi cintan cintun antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang belum berkahwin??

Kadang-kala kita selalu tertutup dengan penyataan 'cinta' kepada seseorang. Apakah hanya apabila perasaan 'bergetar' semasa memandang seseorang menyebabkan kita menyangka bahwa kita menyintai ataupun mempunyai perasaan yang ikhlas terhadap si dia ?? Ingatlah bahawa 'cinta' atau perasaan yang diagung-agungkan pada ketika itu sebenarnya bukanlah satu cinta yang ikhlas. Ia lebih merupakan satu cinta 'give and take'. Kita memberi dan mengharapkan pulangan yang setimpal. Jika tidak dapat, maka mulalah berlakunya pertengkaran-pertengkaran kecil dan mungkin lebih teruk dari itu.


Antara Hak dan Tanggungjawab

Cinta ataupun perasaan yang sebenar-benarnya ikhlas dan perlu dijaga ialah apabila kita bergelar seorang suami, ataupun seorang isteri. Kerna disitulah wujudnya satu tanggung jawab untuk kita menyintai pasangan kita kerana tuntutan agama Islam memberi kewajipan untuk kita berbuat demikian. Jika kita mampu menyuburkan cinta bersama pasangan kita dan juga tentunya dengan Allah, pastinya tidak akan wujud persoalan tentang hak masing-masing, di mana hak sebagai seorang isteri, seorang suami dan pelbagai lagi.

Berbalik kepada soal perhubungan antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin. Dari segi pandangan mata manusia, memanglah jika kita memberi, sepatutnya kita mendapat pulangan. Itu adalah hak kita. Begitulah juga jika disinonimkan dengan cinta give and take ini. Walaupun mungkin kita rasa, ada hak pada kita untuk menerima balik 'cinta' yang telah dikirimkan itu. Tetapi sebenarnya sahabat-sahabat sekalian, jika kita renung kembali, tidak wujud satu pun keutamaan dan tanggungjawab bagi kita untuk memenuhi tuntutan tersebut !!! Yang ada hanyalah harapan-harapan diawanan lalu yang langsung tidak menjanjikan kebahagian kepada kita apatah lagi keredhaan dan kemanisan kasih sayang itu sendiri.


Tiupan Kasih Sayang

Usahlah kita mengotori 'perasaan cinta' dan 'kasih sayang' yang ditiupkan oleh Allah ke dalam hati-hati kita ini. Simpanlah ia untuk bakal suami dan bakal isteri kita yang sebenar-benarnya. Andaikata kita merasakan bahawa pasangan kita adalah bakal pasangan kita yang sebenar, teruskan dengan beristikharah, mintak petunjuk dari Allah. Kemudian usahakan sehingga ke ambang perkahwinan. Usah di tahan-tahan di sekat-sekat kerana bimbang bukan sahaja zina hati yang akan menular, bahkan fitnah-fitnah syaitan juga tidak akan duduk tanpa berbicara.

Andaikata sudah diterima, maka belajarlah menerima pasangan kita dalam apa jua aspek. Kerana sudah menjadi lumrah manusia ini tiada yang sempurna peribadinya. Ada sahaja benda yang tidak kena berlaku. Sedangkan pasangan hebat Sayidina Ali dan Sayidatina Fatimah juga pernah berselisih pendapat. Apabila berlaku maka fikirkanlah cara terbaik untuk menenangkannya semula. Semoga sama-sama mendapat kebaikan dan manfaat darinya.

Baiklah sebagai mengakhiri qalam, dipetik juga Doa Istikharah untuk panduan doa kita bersama.


Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan (yang tepat) kepada Engkau dengan ilmu (yang ada pada)-Mu, dan aku memohon kekuasaan-Mu (untuk menyelesaikan urusanku) dengan kodrat-Mu.


Dan aku memohon kepada-Mu sebagian karunia-Mu yang agung, karena sesungguhnya Engkau Mahakuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Mahatahu sedangkan aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui perkara yang gaib.


Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta (lebih baik pula) akibatnya (di dunia dan akhirat), maka takdirkanlah dan mudahkanlah urusan ini bagiku, kemudian berkahilah aku dalam urusan ini.


Dan sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta (lebih buruk pula) akibatnya (di dunia dan akhirat), maka jauhkanlah urusan ini dariku, dan jauhkanlah aku dari urusan ini, dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun, kemudian jadikanlah aku ridha menerimanya.


Wassalam .....