Wednesday, April 8, 2009

Seimbangkan Ilmu, Lebihkan ilmu ukhrawi

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullah pembuka bicara,

ALLAHUMMA SALLI'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD
SOLA-TAN TU'AS SI-'UBI HA ALAIY-NAL AR-ZAQ
WA TU HASSINU BIHAA, LA-NAL AKHLAQ
WA'ALA ALIYHI WASSOHBIHI WASSALLIM...

(Petikan lagu Selawat Murah Rezki dari Album Nowseeheart)


Hurm dah pukul 3.30 pagi skrang, tp still belum hadir pun rasa untuk melelapkan mata ni. Alang-alang baik tunggu subuh terus, takut tak terbangun pula kl tidur nanti. Actually kebelakangan ni mcm bz sikit sbb byk projek2 berbentuk programming, plus dgn amanah2 sampingan yang lain kn. Sekarang pun baru balik dari yollamsil nih buat projek programming utk coding MY SHELL. Heh sukar juga buat OS sendiri (baru sedar kununnye haih ^^;).

Setitik air di lautan



Cuba bayangkan betapa hebatnya otak yg dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hamba2nya sehingga mampu menghasilkan 'windows' berwajahkan GUI (Graphic User Interface), yg memang ternyata byk mendatangkan manfaat kpd orang2 lain dlm menyelesaikan tugasan seharian. Setinggi-tinggi terima kasihlah kepada mereka yang telah sukses mengaplikasikan kebijaksanaan yg dikurniakan oleh Allah SWT untuk menciptanya terutama Bill Gates dan kawan2nya.

Semoga satu hari nanti kamu sedar dan bersyukur bahawa idea2 ini sebenarnya datang daripada Allah SWT sedangkan ilmu manusia ini sbnrnya hanyalah umpama setitik air dilautan berbanding dgn ilmu Allah SWT. Sepatutnya semakin berisi kita, semakin tunduklah kita kepada kehebatan dan ketinggian Allah yg telah mengajar kita tanpa berhajatkan sebarang balasan hatta sebesar zarah sekalipun.

Ilmu bermanfaat


Sebaik-baik ilmu adalah apabila kita mempelajarinya, maka akan bertambah ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Dalam mengkaji ilmu2 duniawi ini sebenarnya kita perlu mengaitkan dgn kebesaran-kebesaran Allah. Contohnya kl kita mengkaji ilmu2 elektrik elektronik misalnya, sejarah bagaimana manusia mengetahui apa itu elektrik, iaitu dari kejadian petir yg dikaji oleh Benjamin Franklin. Dan kemudian manusia mampu menggunakan pengetahuan tentang eletrik itu untuk mengalirkan current menghidupkan lampu seperti yg dilakukan oleh Thomas Edison. Andaikata Allah tidak mendatangkan ilham kpd manusia dari kejadian alam itu boleh ditukarkan kepada sumber elektrik yg pd masa kini sangat bermanfaat kpd manusia, maka sudah tentu manusia akan terus hidup dlm keadaan serba kekurangan dan serba jahil.

Banyak lagi contoh2 kebesaran Allah jika manusia mengkaji ilmu duniawi ini dengan bersandarkan kepada rujukan2 dari dalam Al Quran. Kejadian hujan, kejadian manusia itu sendiri sejak dari dalam kandungan lagi. Semuanya telah dijelaskan oleh Allah SWT satu persatu khas untuk panduan kita sebagai insan yang lemah ini. Jadi menjadi tanggungjawab kepada kita untuk terus mengkaji dan menyebarkan kepada umat manusia yang lain mengenai kebesaran2 Allah sebagai bukti kewujudan Allah SWT. Barulah dengan izin Allah akan wujud satu perasaan takut dan tunduk kepada kebesaran dan kekuasaanNya yang meliputi segala2nya.

Seimbangkan ilmu duniawi, lebihkan ilmu agama



Perbezaan antara orang Islam dengan orang bukan Islam adalah ilmu agama yang dipelajari. Andaikata kita hanya mempelajari ilmu duniawi dan dlm masa yang sama meletak tepi ilmu berkaitan keakhiratan, maka tentunya ilmu duniawi tadi sekali-kali tidak akan mampu memberi manfaat kepada diri kita sendiri sepertimana yang berlaku kepada orang2 kafir. Lihat saja Bill Gates umpamanya. Adakah ilmu duniawi yang ada padanya mampu memberikan kebaikan padanya di akhirat nanti? Apakah visi ataupun misi hidupnya setelah meninggalkan dunia nanti dengan berbekalkan ilmu yg ada pd dirinya? Ternyata amat rugilah dirinya kerana ilmu duniawi yg diagung2kan itu tidak dpt dijadikan sebagai jambatan bg dirinya untuk merapatkan diri dengan Tuhan pencipta alam.

Namun tidaklah juga boleh untuk kita meninggalkan ilmu duniawi, kerana ia sebenarnya adalah jambatan untuk kita menuju kepada Nya. Bayangkan jika semua umat Islam ini hanya mempelajari ilmu agama dan meninggalkan ilmu2 berkaitan duniawi. Apakah akan wujud kekuatan untuk membela nasib saudara sendiri, jika peperangan meletus? Apakah mampu untuk kita membela nasib kita sendiri ketika berada di depan mata pedang orang kafir tanpa berbekalkan apa jua senjata di tangan? Sirah membuktikan bahawa umat Islam pada zaman dahulu sangat hebat bermain pedangnya, menunggang kudanya, memanahnya. Sehingga banyak kejayaan2 yang berjaya dijulang oleh umat Islam sendiri dalam peperangan2 yang meletus. Tetapi dalam masa yang sama, tidak langsung mereka meninggalkan Qiamullail, berpuasa, menuntut ilmu2 ukhrawi yang menjadi asas kekuatan dalam pembentukkan jati diri seorang Muslim yang sejati.

Jadi marilah sama-sama kita berusaha untuk lebih meningkatkan diri kita menuntut ilmu2 ukhrawi dan dlm masa yang sama berusaha juga untuk mendapat seberapa banyak ilmu duniawi supaya kekuatan2 Islam pada zaman dahulu dapat kembali tegar dan hidup untuk mengisi dan menampal ruang-ruang kosong dunia yang kini sedang diisi dengan kezaliman dan kehancuran.

Nasihat Luqmanul Hakim

Wahai anakku,"Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu,dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar drpdnya. Sesungguhnya nasihat drpd mereka bagaikan mutiara hikmat yang bercahaya, dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering yang disirami air hujan."

Akhir kalam, janganlah mencari alasan menuntut ilmu ukhrawi sehingga meninggalkan ilmu duniawi dan janganlah mencari alasan mencari ilmu duniawi sehingga mengabaikan ilmu ukhrawi.

Wallahualam, wassalam

...

Tuesday, April 7, 2009

Suburkan


Suburkanlah...hati ini,
Ampunkanlah...kesalahanku yang lalu,
Kerna aku hanya,
Seorang hamba bernama,

Manusia~

...

Monday, April 6, 2009

Kaum Pendusta~

Bismillahirrahmanirrahim

“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”. Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”.


(Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).

....

Saturday, March 7, 2009

Catatan Diari Hidup

Bismillahirrahmanirrahim…

Di pagi yang sunyi, sunyi tanpa bicara…

Hee pagi ni sangat2 lah sejuk kt luar tu. Patutnya beberapa hari ni dah mula masuk spring tapi kenapa entah asyik sejuk je cuaca kat luar. Tapi takpelah, ni pun satu ujian dari Allah sbnrnya untuk diri yang lemah ni supaya tak hanya berada dalam keadaan yang selesa. Biasanya kalau duduk dalam keadaan yang selesa, byk la pula kelalaian nya. Ish ish manusia…manusia… huhu

Erm sekejap lagi ada perjumpaan untuk Chorob Nonmun. Kelas projek dan kena buat thesis. Actually sem ni insya Allah ingat nak habiskan semua subject wajib yang ada, so next sem kalau ada rezki boleh terus buat internship. Hee kalau dapat la kan. Apa-apapun semua bergantung kepada rezki dan kita hanya boleh merancang dan berusaha.

Then lepas tu ada Post Mortem untuk orientation. Alhamdulillah orientation kali ni nampak ada sedikit perubahan walaupun mungkin tak banyak. Biasalah tu kan, setiap perubahan memerlukan satu tempoh masa. Bukan boleh berlaku dalam sekelip mata. Tapi secara peribadi sy sangat bersyukur kerana perancangan yg diatur telah disempurnakan oleh Allah SWT. Memang sangat lemah lah diri kita ni kan kl tak mendapat bantuan daripada Allah SWT. Bayangkan kalaulah Allah SWT satu hari tak turunkan pertolongan kpd kita, entah macamanalah kita nak melangkah wlpn hanya setapak. Mungkin nak bangun pun tak boleh kot apetah lagi berkata-kata. Semuanya adalah rezki dan juga rahmat kasih sayang dari Allah untuk hamba-hambaNya yang lemah ini.

Berfikir

Hurm.. Sebenarnya pagi tadi, sedang berborak-borak dengan Pijun tiba-tiba terkeluar satu benda dari mulut dia yang membuatkan saya terfikir panjang. “Cari perempuan yang sederhana untuk dibuat isteri, supaya dapat mengimbangkan kehidupan seorang lelaki yg sentiasa sibuk ataupun dlm erti kata lain ‘workaholic’ tak kesahlah dlm bidang agama mahupun bidang pekerjaan duniawi”.

Actually apa sebenar rasional nya kat sini ??

Biasanya kalau boleh, kebanyakkan jiwa lelaki yang terlibat dalam bidang dakwah ni mesti berkehendakkan perempuan yang ada fikrah dan hebat, yang sama berjuang dalam bidang dakwah. Barulah ada keyakinan untuk membina rumah tangga yang ada keberkatan dan keredhaan di sisi Allah dgn izin Allah SWT.

Persoalannnya, bagaimana pula kesahnya perempuan yang ‘baik’ tetapi tidak meletakkan dirinya dalam bidang dakwah.

Image Hosted by ImageShack.us


Sering kita dengar orang-orang yang berfikrah ni berkahwin atas dasar perjuangan, dasar untuk berdakwah. Sehinggakan selepas berkahwin juga, suami dan isteri masing-masing masih dengan dasar mereka untuk keluar berjuang. Keadaan seperti ini, walaupun mungkin tidak sampai mengabaikan anak namun timbul juga persoalan, dimanakah kesejahteraan atau kemanisan dalam rumah tangga tu sendiri? Dan bagaimana keadaan pada anak mereka?

Hee sy tak bermaksud untuk mengatakan salah mencari seorang isteri yang hebat fikrahnya dan hebat dalam bidang dakwah. Memang tak salah, dan obviously sangat menguntungkan dalam beberapa aspek. Namun tepuk lah dada tanya lah diri sampai mana keutuhan diri kita sendiri untuk menjadi seorang suami yg hebat dan dapat menyeimbangkan untuk membentuk keluarga yg juga hebat.

Ciri-ciri bakal isteri idaman.

Bagi sy sendiri cukuplah andai bakal isteri nanti seorang yang boleh menjadi penyokong kepada diri ini. Seorang yang sejuk wajahnya apabila dipandang, indah akhlaknya wlpn tidak berkecimpung dlm bidang berdakwah namun boleh menjadi contoh untuk ikutan anak-anak. Cerdas mindanya dalam erti kata lain bijak dan ada keazaman yang kuat untuk mendidik anak-anak disamping kerja-kerja rumah yang lain.

Nasihat untuk bakal para suami

Untuk menjadi suami yang hebat contohilah Nabi SAW kerana dalam kisah kehidupan seharian nabi sendiri banyak memberi panduan kepada kita untuk menjadi seorang suami yang hebat. Misalnya Nabi banyak menolong isterinya dalam hal-hal di rumah di samping keluar berdakwah dan kerja-kerja lain. Nabi juga sangat berlemah lembut dengan isteri, dalam percakapan seharian hatta untuk menegur isteri.

Satu benda yang perlu kita letak dalam minda, seorang isteri tu apabila dia dah redha kita menjadi suaminya maka bermakna dia telah meninggalkan segala-galanya, family, kerja dan pelbagai lagi semata-mata untuk seorang lelaki yang bergelar suami. Maka menjadi kewajipan kepada kita untuk membalasnya dengan sepenuh kebaikan dan jgnlah sesekali mengecewakan hati seorang isteri. Berilah kasih sayang yg tulus kepadanya semoga dgn apa yang diberikan akan membantu utk membina keluarga yang hebat dan cemerlang dunia akhirat.

Image Hosted by ImageShack.us


Akhir kata cintailah Allah, cintailah Rasulullah, cintailah Agama. Kerana dengan asbab menyintai kesemuanya, insya Allah kita juga akan menyintai isteri kita kerana itu sudah semestinya menjadi tuntutan agama kepada diri ini yang bakal bergelar seorang suami.