Tuesday, January 6, 2009

Tahniah buat Shahril dan Hasanah

"Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah..."


Image Hosted by ImageShack.us


Alhamdulillah dan ucapan sekalung tahniah khas buat Shahril dan juga Hasanah yang baru saja melangsungkan perkahwinan mereka di Malaysia. Semoga sentiasa berbahagia disamping pasangan tercinta.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Pesanan buat adik Shahril dan juga Hasanah, didiklah pasanganmu dalam mencari keredhaan Allah. Jadikanlah satunya menjadi pelengkap kepada yang satu lagi. Semoga sama-sama mempunyai kekuatan dlm membentuk institusi keluarga yang berteraskan kepada Cara Hidup Islam yang sebenar.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya."

Akhir kata, sy dedicate lagu ini khas untuk kedua pasangan semoga ia boleh menjadi panduan dalam kehidupan bekeluarga nanti, Insya Allah.


Kasihmu Amanahku - In-Team

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum : 21)

....

Monday, January 5, 2009

Dedicated to Da'I

Doa Rabithah
by Izzatul Islam

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

(8:63)


"Dan yang mempersatukan hati mereka orang2 yang beriman, walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di Bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.."

...

Sunday, January 4, 2009

Qunut Nazilah

Image Hosted by ImageShack.us



Ameen ya Rabbal A'lamin

"Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera." (Al-Insan : 12)

...

Saturday, January 3, 2009

Perancangan Allah Paling Sempurna...hayatilah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Wbt…

Setelah beberapa lama tidak menulis, akhirnya hari ni terasa pula nak menulis. Alhamdulillah diberi sedikit kekuatan di pagi yg hening ni untuk menulis. Entry kali ni mungkin bercampur2 sedikit sebab tiada tajuk yang khusus namun mungkin lebih ke arah penghijrahan dan juga Palestine. Jd sebelum memulakan penulisan marilah sama-sama kita membaca doa di pagi hari.

bismikallahumma nada`u = in the name of Allah
fi ghuduwiw wa rawah = we pray,in the morning and evening
laka minna kullu hamdin = for u all the praise
fi masaiw wa sobah = in the morning and evening
hablana minka roshada h = give us the guide
wahdiina subulasolah = show us the right path
inna taqwa allahi nurun = truly, taqwa to Allah
wa toriqul lil falah = is the light and way to success


Di bulan Muharram yang mulia ini, Rasulullah telah berhijrah bersama para sahabat bukanlah bererti untuk berundur ataupun lari dari medan peperangan. Tetapi sebagai satu cara untuk menghimpunkan semula kekuatan yang telah sedia ada di samping merancang satu strategi baru dalam usaha dakwah dan salah satu kekuatan yang telah berjaya dibina ialah dengan membuka Kota Madinah yang menjadi kota terpenting dalam sejarah peradaban dunia Islam.

Bercakap tentang makna hijrah itu sendiri, sebenarnya dengan cara apa dan bagaimanakah kita perlu berhijrah? Semalam sy mendengar ceramah dari Ust Akhil Hayy yang mana terdapat satu ungkapan menarik dalam ceramah beliau yg biasa kita dgr.

"Kalau kita sama dengan hari semalam, maka kita adalah orang yg rugi. Tetapi jika kita lebih teruk dari hari semalam, maka kita adalah orang2 yang terkutuk”

Melihat kepada situasi ungkapan di atas, sebenarnya jelas kepada kita bhw tiada cara lain melainkan dengan hanya berubah untuk menjadi lebih baik dari hari semalam sahaja yang boleh mendatangkan kebaikan dan juga keuntungan kepada kita. Suka untuk saya kaitkan dengan scenario yang kini sedang teruk melanda umat Islam di Gaza.

"Barangsiapa yang tiada rasa kerisauan terhadap apa yang berlaku kepada saudara seislamnya, maka tidak sempurnalah keislamannya “ (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Saban hari kita dengar di kaca televisyen dan surat khabar, serangan bertali arus yang dikenakan oleh pihak zionis terhadap penduduk Palestine semakin hari semakin teruk. Namun di tahap manakah kesedaran yang ada pd diri kita terhadap saudara2 kita di sana ? Adakah hanya dengan melaungkan “ Hidup Palestine ! Hidup Palestine ! “ dengan penuh semangat kemudian balik rumah tidur umpama tiada sesuatu pun yang berlaku ?!

Dalam siri Al Kuliyyah pd hari jumaat 2 Jan smlm yg berkisarkan tentang Palestine, ada seorang pakcik bertanya kepada ahli panel, apakah hukum seorang Islam yang membunuh diri dengan meletupkan diri sendiri sedangkan membunuh diri itu dilarang sama sekali di dalam Islam. Menjawab pertanyaan tersebut, Ustaz Abdullah telah mengaitkan dengan keadaan di mana kita hidup dalam dua situasi berbeza. Kalau di Malaysia, kita boleh melaungkan hidup Palestine ! hidup Palestine ! kemudian bila balik di rumah, kita boleh melelapkan mata secara aman tanpa perlu bimbang sedikit pun apa2 yang berlaku. Namun keadaan yang berlaku di Gaza adalah amat berlainan, sehinggakan mereka tidak mampu untuk melelapkan mata wlpn hanyalah sedetik sebab bila2 sahaja boleh berlaku letupan yang tentu sahaja boleh mengorbankan nyawa. Di Malaysia kita boleh lagi bergembira tatkala melihat bunga-bunga api dilepaskan di udara tetapi di Palestine sana, orang-orang dewasa, budak-budak kecil umpama satu trauma apabila melihat api-api di udara yang bila-bila sahaja boleh mengambil nyawa mereka. Itulah dua keadaan yang berlaku di dua tempat yang berbeza. Satu perkara yang perlu kita tahu bahawa hukum-hakam ini berbeza mengikut tempat. Di Palestine dengan cara mereka, Di Malaysia dengan cara kita. Dr Yusuf Al Qardawi dgn pernilaiannya, mufti2 Malaysia dgn caranya tersendiri. Jd dengan merujuk keadaan yang berlaku, maka adalah tidak menjadi kesalahan kpd orang di Gaza mengebom diri sendiri semata-mata untuk memberi kesedaran kepada orang Kafir bahwa tidak semudah itu mereka boleh mengambil tanah orang Islam. Dgn syarat niat mereka itu bukanlah kerana ‘putus asa’ tetapi tidak lain dan tidak bukan adalah kerana ‘lillahirrabbil a’lamin’.

Ok berbalik kepada isu dimanakah umat Islam lain dikala umat Islam di Gaza sedang sibuk dilanda peperangan yg dasyat. Pernah dlm satu ceramah di Surau Nur Iman yang mana telah disampaikan oleh Ust Zamani. Satu pernyataan yang menarik perhatian sy berkenaan dengan isu Baitul Maqdis. Merujuk kepada sirah ataupun sejarah-sejarah yang berlaku di zaman Nabi dan zaman2 selepas itu jelas sebenarnya membuktikan bahawa Baitul Maqdis bukanlah milik orang Palestine semata-mata namun adalah milik seluruh umat Islam di dunia ini. Lihat sahaja sejarah Sayidina Umar ketika mana semasa menjadi khalifah, beliau sangat bersungguh-sungguh untuk menawan Baitul Maqdis dari tangan orang kafir sehinggalah akhirnya berjaya menawannya. Begitu juga dengan Salahuddin Al-Ayubi yang berusaha sedaya upaya membawa tenteranya untuk menawan kembali Baitul Maqdis setelah ditawan semula oleh orang kafir. Kedua-dua pemimpin Agung ini bukanlah kelahiran Bumi Palestine namun oleh kerana kesedaran yang ada dalam diri keduanya itu telah menghasilkan satu kekuatan untuk mengambil dan menyucikan Baitul Maqdis dari tangan orang-orang kafir. Kesedaran inilah yang perlu kita ada untuk membina kembali sebuah ketamadunan Islam yang dahulunya pernah memiliki 2/3 dunia namun kini telah jatuh ditelan dek zaman oleh kerana kurangnya kesedaran dalam diri kita.


Amrullah (Baitul Maqdis) - Muadz

Erm kesimpulannya di sini, semoga sahabat2 sekalian termasuk juga diri ini tidaklah hanya menyibukkan diri dgn urusan yang hanya berlaku di sekeliling kita sahaja. Tanamlah sedikit demi sedikit benih-benih kasih sayang dan juga kasihan terhadap saudara2 kita di Gaza dan juga di mana-mana yang sedang mengalami kesusahan. Hulurkanlah bantuan sebanyak mana yang kita mampu semoga ia menjadi pengukuran oleh Allah SWT di hari tiada siapa yang boleh memberikan bantuan kecuali dengan amalan diri kita sendiri. Insya Allah.

"Ya Allah sesungguhnya hamba Mu ini selalu terlalai dlm melaksanakan urusan sebagai seorang hamba di muka Bumi ini. Ampunilah diri ini dan juga semua muslimin muslimat sama ada yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Bantulah umat2 Islam di Bumi Palestine khususnya, berilah kekuatan kepada mereka untuk terus berjuang menegakkan kalimah Mu. Hancurkan usaha-usaha kaum musyrikin untuk mengambil Bumi Palestine sebagaimana Engkau patahkan usaha kaum musyrikin utk membunuh kekasih Mu di kala hendak keluar berhijrah. Sesungguhnya perancangan Engkau lah yang Maha Sempurna. Amin ya Rabbal A’lamin …”