Friday, April 11, 2008

Memori itu

Memori Itu
Album : Kedamaian
Munsyid : Zulfan
http://liriknasyid.com



Tiap bertemu kan berpisah yang awal ada akhirnya
Itulah lumrah dunia ketetapan dari yang esa
Kenangan mengajar kita erti hubungan manusia
Tidak dapat dipisahkan dari rahmat pencipta

Sebuah memori yang tersingkap kembali
Kisah pertemuan kali pertama
Di dalam taman yang mengajar kita
Erti kehidupan penuh pancaroba

Di sini kita berjanji setia
Berjuang menongkah awanan cita
Menanti jernih hujanan kejayaan
Berkat dari usaha doa tulus padanya

Tutur kata guru bagaikan azimat
Sering mendidik jiwa yang lemah ini
Ungkapan hikmahmu tinggi nilainya
Dan menjadi bekalan kami di hari muka

Oh temanku masih kau ingat
Susah senang harungi bersama
Pahit manis kita rasainya
Demi harapan kedua ibu bapa

Sendau gurau,senyum tangis sendu
Masih lagi segar di ingatan
Rindu hati ingin bersemuka
Setelah kita berpisah sekian lama

Kupanjatkan doa agar dipertemukan
Kerana kudratmu tiada batasan
Bertemu, berpisah hanya kerana Allah
Ukhuwah yang terbina anugerah dariNya








"Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " -Imam Umar bin Abdul Aziz

Wednesday, April 9, 2008

Ceramah Ustaz Abdullah Khairi

Assalamualaikum

Erm sini sye ade post full version ceramah from Ustaz Abdullah Khairi. So untuk shbt2 yg berminat, slmt mendengar. ^^

1) Berkenalan dan nyanyian



2) Pembukaan / nyanyian / cerita nabi hendak dibunuh



3) Pembunuhan umat islam di ambon



4) Umat islam ditembak dan di sembelih di pelestin



5) Pembunuhan kejam / hafiz termuda / keajabian allah swt



6) Kisah buaya dan penguin



7) Penciptaan sains melalui tabiat binatang



8) Hukuman sebat / mat rempit accident



9) Siksa dan suara dari kubur



10) Sayangilah ayah anda



11) Sayangilah ibubapa anda



12) Motivasi keluarga



13) Episode akhir

Saturday, April 5, 2008

Sedari

Assalamualaikum shbt2 di luar sana, lama dah tak tulis blog ni. Ingat nak berhenti tapi tetiba terdetik untuk post sesuatu pulak. Huhu.. Actually sajak kat bawah ni sye dapat from my kakak angkat namanya cik Mahizan. Die baru kahwin haritu dengan Abg Hafiz dan alhamdulillah dikurniakan seorang anak. Semoga Allah memberkati kehidupan akak Mahizan dengan Abg Hafiz ameen... ^^

Sajak ni banyak memberi dorongan sebenarnye tatkala diwaktu kesusahan atau pun ape ape. So shbt2, slmt mmbace dan semoga kita sentiasa sedar bahawa Allah sentiasa bersama hambanya tak kira pd bila bila waktu.

BILA ENGKAU MEMANDANG,
SEGALANYA DARI ALLAH,
YANG MENCIPTAKAN SEGALANYA,
YANG MENIMPAKAN UJIAN,
YANG MENYEBABKAN SAKITNYA HATIMU,
YANG MEMBUATKAN KEINGINAN DAN KEMAHUAN,
YANG MEMANDANG RASA KASIH DAN SAYANG,
YANG MENJEMPUT KERINDUAN,
YANG MELAHIRKAN RASA SEBAK DAN PILU,
TERHALANG SERTA MENYUSAHKAN,
PASTINYA,
AKAN DAMAILAH HATIMU,
KERANA.....
MASAKAN ALLAH,
SENGAJA MENTADBIRKAN SEGALANYA,
UNTUK SESUATU YANG SIA-SIA,
BUKAN ALLAH TIDAK TAHU,
DERITANYA HIDUPMU,
SAKITNYA HATIMU,
PARAHNYA KALBUMU,
TAPI MUNGKIN ITULAH YANG DIA MAHU,
KERANA DIA TAHU,
HATI YANG SEBEGINI,
BIASANYA LEBIH LUNAK DAN MUDAH,
UNTUK DEKAT DAN AKRAB PADANYA.


"Janganlah mengharapkan wanita semulia Siti Fatimah Azzahra, seandainya akhlakmu tidak sehebat Saidina Ali Karamullahuwajhah"

Thursday, October 18, 2007

Salam Aidilfitri ^_^

Assalamualaikum WBT






Hehe baru tersedar lame dah tak tulis blog. Sebab macam takde mase sangat kot huhu (sebenar malas pun ader ^^;;) erm takpe takpe.. Sempena hari raya ni sye hendak mengucapkan selamat hari raya pada semua. MAaf zahir batin dan semoga sentiasa bergembira walau di mana saje sahabat2 menyambut bulan syawal ni ^^.

Kiteorang hari tu beraya kat embassy. Datang datang dalam pukul 9.30 start sembahyang raye. Then kiteorang pun bersalam salam bermaafan bersama rakan2 dan pegawai2 embassy. Pastu baru lah makan. Kat sini makanan raya sume ader. Cakap je nasi impit ke, kuih raya ke, dodol ke, kuih gajus ke, kuah kacang n ape ape lagi la. Leh kate lengkap la package cam kat msia hehe. Cume yang kurang sebab tak jumpe orang kat msia (family n rakan2 hehe) tp takpe insya Allah Raya Haji nnti kite jumpe ye ^^.
Pastu kiteorang wat session tangkap gambar. Penat juge bergambar tu yg terngantuk ngantuk tu (pasal wat kuah kacang malam tadi pun ade gak huhu..tido lewat ^^; tapi lagi kesian ajoi terpakse tak tidur tunggu nasi impit nye psl hehe. Alhamdulillah jadi nasi impit ^^ lawa lak tu gemuk gemuk hehe). Then makan tengah hari sesame, sedap gak rendang nasi beryani sume ader, tp cume perut je still kekenyangan so tak lalu sgt huhu.

Erm next week dah exam. So start hari ni dah kene stat study. Bukan ape... sebab rasenye takde mslh untuk jonggong (core subject), cume mslh skrang kat kyoyang (cam kokurikulum). Susah gak la huhu sebab subject literature ngan sejarah. Subject sejarah korea takde masalah sgt sbb lecturer ok (hope so ^^;;). Tapi subject ni still kene bace banyak lebey kurang 20 m/s satu tajuk. Ade dua tajuk so 40 muke. haha cam nak pengsan tengok tulisan korea campur hanja (chinese char). Tapi takpe layan jer. Insya Allah boleh nye ^^. Then subject literature tak tau la camane nak handle. Susah pun susah hehe (bak kate kengkawan sekelas masuk kosong keluar pun kosong ^^;) memang pure la huhu.

Ape2pun please pray for me ye.... Hope dpt result ok ok Insya Allah ^^

Okies sahabat sahabt semua... jumpe di lain siri~