Saturday, March 7, 2009

Catatan Diari Hidup

Bismillahirrahmanirrahim…

Di pagi yang sunyi, sunyi tanpa bicara…

Hee pagi ni sangat2 lah sejuk kt luar tu. Patutnya beberapa hari ni dah mula masuk spring tapi kenapa entah asyik sejuk je cuaca kat luar. Tapi takpelah, ni pun satu ujian dari Allah sbnrnya untuk diri yang lemah ni supaya tak hanya berada dalam keadaan yang selesa. Biasanya kalau duduk dalam keadaan yang selesa, byk la pula kelalaian nya. Ish ish manusia…manusia… huhu

Erm sekejap lagi ada perjumpaan untuk Chorob Nonmun. Kelas projek dan kena buat thesis. Actually sem ni insya Allah ingat nak habiskan semua subject wajib yang ada, so next sem kalau ada rezki boleh terus buat internship. Hee kalau dapat la kan. Apa-apapun semua bergantung kepada rezki dan kita hanya boleh merancang dan berusaha.

Then lepas tu ada Post Mortem untuk orientation. Alhamdulillah orientation kali ni nampak ada sedikit perubahan walaupun mungkin tak banyak. Biasalah tu kan, setiap perubahan memerlukan satu tempoh masa. Bukan boleh berlaku dalam sekelip mata. Tapi secara peribadi sy sangat bersyukur kerana perancangan yg diatur telah disempurnakan oleh Allah SWT. Memang sangat lemah lah diri kita ni kan kl tak mendapat bantuan daripada Allah SWT. Bayangkan kalaulah Allah SWT satu hari tak turunkan pertolongan kpd kita, entah macamanalah kita nak melangkah wlpn hanya setapak. Mungkin nak bangun pun tak boleh kot apetah lagi berkata-kata. Semuanya adalah rezki dan juga rahmat kasih sayang dari Allah untuk hamba-hambaNya yang lemah ini.

Berfikir

Hurm.. Sebenarnya pagi tadi, sedang berborak-borak dengan Pijun tiba-tiba terkeluar satu benda dari mulut dia yang membuatkan saya terfikir panjang. “Cari perempuan yang sederhana untuk dibuat isteri, supaya dapat mengimbangkan kehidupan seorang lelaki yg sentiasa sibuk ataupun dlm erti kata lain ‘workaholic’ tak kesahlah dlm bidang agama mahupun bidang pekerjaan duniawi”.

Actually apa sebenar rasional nya kat sini ??

Biasanya kalau boleh, kebanyakkan jiwa lelaki yang terlibat dalam bidang dakwah ni mesti berkehendakkan perempuan yang ada fikrah dan hebat, yang sama berjuang dalam bidang dakwah. Barulah ada keyakinan untuk membina rumah tangga yang ada keberkatan dan keredhaan di sisi Allah dgn izin Allah SWT.

Persoalannnya, bagaimana pula kesahnya perempuan yang ‘baik’ tetapi tidak meletakkan dirinya dalam bidang dakwah.

Image Hosted by ImageShack.us


Sering kita dengar orang-orang yang berfikrah ni berkahwin atas dasar perjuangan, dasar untuk berdakwah. Sehinggakan selepas berkahwin juga, suami dan isteri masing-masing masih dengan dasar mereka untuk keluar berjuang. Keadaan seperti ini, walaupun mungkin tidak sampai mengabaikan anak namun timbul juga persoalan, dimanakah kesejahteraan atau kemanisan dalam rumah tangga tu sendiri? Dan bagaimana keadaan pada anak mereka?

Hee sy tak bermaksud untuk mengatakan salah mencari seorang isteri yang hebat fikrahnya dan hebat dalam bidang dakwah. Memang tak salah, dan obviously sangat menguntungkan dalam beberapa aspek. Namun tepuk lah dada tanya lah diri sampai mana keutuhan diri kita sendiri untuk menjadi seorang suami yg hebat dan dapat menyeimbangkan untuk membentuk keluarga yg juga hebat.

Ciri-ciri bakal isteri idaman.

Bagi sy sendiri cukuplah andai bakal isteri nanti seorang yang boleh menjadi penyokong kepada diri ini. Seorang yang sejuk wajahnya apabila dipandang, indah akhlaknya wlpn tidak berkecimpung dlm bidang berdakwah namun boleh menjadi contoh untuk ikutan anak-anak. Cerdas mindanya dalam erti kata lain bijak dan ada keazaman yang kuat untuk mendidik anak-anak disamping kerja-kerja rumah yang lain.

Nasihat untuk bakal para suami

Untuk menjadi suami yang hebat contohilah Nabi SAW kerana dalam kisah kehidupan seharian nabi sendiri banyak memberi panduan kepada kita untuk menjadi seorang suami yang hebat. Misalnya Nabi banyak menolong isterinya dalam hal-hal di rumah di samping keluar berdakwah dan kerja-kerja lain. Nabi juga sangat berlemah lembut dengan isteri, dalam percakapan seharian hatta untuk menegur isteri.

Satu benda yang perlu kita letak dalam minda, seorang isteri tu apabila dia dah redha kita menjadi suaminya maka bermakna dia telah meninggalkan segala-galanya, family, kerja dan pelbagai lagi semata-mata untuk seorang lelaki yang bergelar suami. Maka menjadi kewajipan kepada kita untuk membalasnya dengan sepenuh kebaikan dan jgnlah sesekali mengecewakan hati seorang isteri. Berilah kasih sayang yg tulus kepadanya semoga dgn apa yang diberikan akan membantu utk membina keluarga yang hebat dan cemerlang dunia akhirat.

Image Hosted by ImageShack.us


Akhir kata cintailah Allah, cintailah Rasulullah, cintailah Agama. Kerana dengan asbab menyintai kesemuanya, insya Allah kita juga akan menyintai isteri kita kerana itu sudah semestinya menjadi tuntutan agama kepada diri ini yang bakal bergelar seorang suami.

10 comments:

kher said...

salam....

wah Ammar, dalam sungguh maknanya tuh. hehehehe.....

insyAllah perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. itu janji-NYA di dalam Al-Quran.

jadi rasanya untuk mendapat apa yang kita inginkan (isteri solehah) diri kita nie kenalah jadi soleh. betul tak? heheheheh

insyAllah moga dipertemukan dengan pilihan yang sesuai untuk ko. setiap apa yang berlaku itu adalah ketentuan-NYA. kita berusaha, DIA juga yang menentukan segalanya.

'Ammar Abdullah said...

Wslm nuek

Insya Allah. Semoga sama-sama kita dipertemukan dgn bakal isteri yg solehah dan menepati ciri-ciri.

Betul tu nuek, kalau nak yang solehah mestilah kena didik diri jd soleh kan. Yang penting kenalah fikir sejauh mana kekuatan kita untuk bawa keluarga nanti selepas berkahwin.

hee byk pulak bercerita kat sini kan. Apa-apapun sekadar renungan kita bersama la ni. Masing-masing dah nak grad kan, so kenalah start fikir.

Ingatlah Allah sentiasa beri yang terbaik untuk kita, tinggal kita je untuk belajar bagaimana untuk menghargai pemberian Allah SWT nnti. Semoga sama-sama masuk dalam golongan yang beruntung. Amin

ummu nur said...

tak bersetuju sepenuhnya...kalau isteri itu tidak terlibat dgn dakwah..bagaiman utk pastikan anak2 akan peroleh fikrah n tercerna kesolehannya..tentunya slps masuk ipt etc..yg perempuan..kita akan mengharapkan akan ada tangan2 wanita solehah membimbingnya...sepertimana mana kita dahulu membimbing anak2 org lain...atau apakah yg akan mendidik generasi muslimah d ipt2 adalah seorang lelaki? seerah membuktikan bagaimana isteri2 rasul menjadi guru pada sahabiah2 lain n berdakwah selain menyokong rasul!

'Ammar Abdullah said...

Hurm betul la seperti yang Ummu Nur ckpkan, Seerah telah membuktikan.

Hee tp maksud sy bukanlah perempuan tu tak terlibat lgsg dlm bidang dakwah. Sepatutnya dia terlibat secara langsung dlm usrah ataupun apa-apa yg berkaitan cume mungkin penglibatannya tak ditahap seorang Da'i yg hebat.

Apa2pun mcm yg sy kate, utk seorang suami, tepuk dada tanyalah diri sekuat mana kekuatan iman dalam diri masing-masing kan.

Memang bagus pun seorang perempuan yang keluar berdakwah. Namun pd pemikiran sy, selepas berkahwin dakwahnya lebih tertumpu kepada pembentukkan anak-anaknya di rumah selain dari kerja dakwah di luar. Kerana dakwah di luar pd sy merupakan tugas seorang lelaki dan isteri sebagai supporter bg suaminya.

Bayangkan kalau dua-dua selalu keluar untuk berdakwah selepas berkahwin, mcm mana keadaan anak di rumah? Dan bagaimana keadaan rumah tangga itu sendiri. Erm tu sekadar persoalan lah. Sebab ditakuti apabila keadaan ini berlaku nanti si suami yg sepatutnya merasa tenang untuk keluar berdakwah pun secara tidak langsung akan menjadi 'lemah' untuk meneruskan tugasnya di luar. Itulah sebabnya mengapa penting seorang isteri utk menjadi support bg suaminya dlm hal-hal rumah tangga.

Erm tp betul lah, untuk muslimah sepatutnya memerlukan seorang muslimah lain untuk menjadi pendakwah. Sy tak katakan salah. Dan tak juga berkata tidak boleh. Lagipun sekarang ini byk je pusat-pusat penjagaan dan pengasuhan anak yg telah dibuka oleh Persatuan2 Islam.

Tp sprtimana yang sy katekan pd awalnya, semua bermula dari diri masing-masing. Dan perkara ni tak perlulah menjadi bhn pertengkaran.

Andaikata dirasakan mampu, maka itulah kekuatan yg ada pd kita dan teruskan. Andaikata dirasakan sebaliknya, maka lihatlah kembali sejauh mana kemampuan diri untuk bergerak.

Apa-apapun yg kita lakukan letaklah seratus peratus tawakkal kepada Allah SWT kerana manusia ni hanya mampu merancang.

ummu nur said...

saya rasa..mungkin kena ubah sikit kot..bukan keterlibatan dalam dakwah tetapi selepas berkahwin cara tue lain..bukan dgn keluar masuk sepanjang masa...tetapi dakwah tue diubah caranya..lebihkan masa dgn anak2 ataupun kalau ada program jgn sampai mengabaikan anak2..perlu imbangi tuntutan keluarga dan mungkin juga berhenti kerja..bukan berhenti dakwah! 4sure dakwah wajib utk lelaki dan perempuan ..yg berbeza adalah caranya..zaman rasulullah lelaki berperang..yg perempuan merawat luka etc..tentunya ibu yg ada fikrah n pengalaman dakwah yg akan lahirkan anak2 dan didik anak2 lelakinya memahami perjuangan...bagaimana dgn akhawat2 yg terlibat dgn dakwah? adakah akan berkahwin dgn suami yg tak terlibat dgn dakwah? kerana perempuan baik berkahwin dgn lelaki berfikrah? tentunya perempuan baik tidak akan mudah2 memberi suaminya keluar rumah n berdakwah sekiranya dia sendiri tidak memahami fikrah ini!

'Ammar Abdullah said...

yup saya pun sependapat dengan saudari Ummu Nur.

Ubah cara utk berdakwah, bykkan kepada pembentukkan anak-anak di rumah.

Hee syukran kepada ukht yg telah membaca dan membetulkan yg mane menjadi kekurangan.

Semoga sama-sama mendapat manfaat.

Insya Allah

kher said...

wah panjang nyer perbincangan. rasanya saya setuju dengan pendekatan seorang wanita dakwahnya adalah lebih kepada anak-anak.

kenapa? jawapannya amat mudah. kerana memberikan perhatian kepada anak-anak sehingga melahirkan da'ie yang cemerlang adalah lebih baik. sekaligus sebenarnya wanita itu telah melakukan dakwah yg lebih luas berbanding lelaki. darimana lahirnya seorang da'ie yg cemerlang jikalau tidak dilahirkan dan dibesarkan oleh seorang insan bernama ibu.

bukan berkata tidak boleh. tetapi keutamaan adalah di rumah. utamakan tanggungjawab utama kita. insyAllah jikalau semua pihak memainkan peranan dakwah islam itu akan lebih luas.

puteri said...
This comment has been removed by the author.
puteri said...
This comment has been removed by the author.
puteri said...

erm..btul kata kher tu.klu tanye pendapat puteri mmg bagus lepas kawin perempuan lebih kan pada rumah tangga dan jaga anak2.tp dlm masa yang sama boleh juga berdakwah.contohnye di kawasan rumah sy di msia,waktu petang ramai suri rumah belajar tentang agama di surau2.tu salah satu riadah di waktu petang sambil jalin hubungan antara jiran dan tambah ilmu agama di dada.tak kan perempuan nak jaga anak je spanjang hari kan??..so rasanya boleh dibahagikan masa tu.tp utamakan tanggungjwb pada suami dan anak2.klu isteri terlalu sibuk berdakwah kononnye mahu penuhi tuntuan agama smp tak terjaga anak2..macam mane pula anak2 nak berdakwah di masa dpn andai tidak didiik pada waktu kecil..apa pon setiap manusia ada cara dan idea tersendiri.seorg perempuan yang dah berkawin boleh berdakwah tp jangan lupe pada tanggungjwb haknya..itu pandangan puteri aje...