Bismillahirrahmanirrahim
Lagu ni terkandung banyak mesej untuk kita sebagai seorang pejuang. Kerana kadangkala kita sering terlupa bahawa perjuangan sebenarnya menuntut kita untuk meningkatkan diri sendiri di samping berjuang di medan dakwah.
Sering menjadi persoalan apabila melihat seorang pendakwah yang mana diri sendiri juga tidak dapat diurus dengan sempurna. Apakah mampu untuk dirinya berdakwah mengajak orang lain menjadi seorang yang hebat sedangkan diri sendiri tidak dapat menjadi contoh terhadap orang lain. Apakah kita lupa bahawa orang akan menilai diri kita dahulu sebelum menerima dakwah yang kita cuba sampaikan.
Jadi marilah sama-sama kita hayati semoga boleh memberi manfaat buat diri ini dan juga sahabat-sahabat seperjuangan. Insya Allah.
Benarkah Kita Berjuang
Berjuang....
Berjuang....
Berjuang....
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
Tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak begitu setiakawan
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang
Menjadi pengikut agak segan
Engkau ingin berjuang
Tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang
Kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan
Engkau ingin berjuang
Masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang
Karenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang
Rumahtangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang
Diri engkau tidak engkau tingkatkan
Engkau ingin berjuang
Disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
Janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang
Kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang
Tetamu engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
Anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang
Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan
Engkau ingin berjuang
Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang
Rasa berTuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
Iman dan takwa engkau lupakan
Yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan...
Benarkah Engkau Berjuang.mp3 -
Sunday, February 22, 2009
Friday, February 20, 2009
Selamat Chorob Senior
Selamat bergraduasi,
Selamat chorob,
Selamat pulang ke Malaysia,
Selamat menempuh alam pekerjaan,
Selamat, selamat dan selamat untuk semua perkara...
Hee...Setelah 5 tahun berada di bumi Korea ini akhirnya chorob juga abang-abang dan akak-akak kita ni.
Well..Nothing much to say just hope you guys may continue all the good achievements attained here.
For the muslims, may Allah always be with you in everything you do.
For all, may the goodness be with you in every aspect of your life.
Keep fighting.
Remember, there's definitely no hope for those who fail to attempt.
Semoga kepulangan kalian ke Malaysia akan memberi manfaat am nya kepada diri sendiri dan ahli keluarga, khusus nya kepada seluruh ummah.
Dan ingatlah bahawa sejarah penting dalam hidup kalian baharu saja bermula...
Semoga tidak kecundang dan tiada istilah mengalah di sisi kalian.
All the best ~
....
Sunday, February 15, 2009
Tahniah untuk adik-adik batch 83
축하해 Batch 83 학생. 이젠 대학생 됐내 모두 다...
Tahniah buat semua pelajar Batch 83
Teruskan kecemerlangan antum setelah bergelar Mahasiswa/mahasiswi nanti
Ingatlah harapan dan amanat ibu bapa, supaya anaknya ini cemerlang di dunia dan di akhirat.
Peganglah tuntutan agama mengharapkan kejayaan antum untuk mengembalikan kegemilangan Islam suatu masa nanti.
Hayatilah kehebatan sarjana-sarjana dan ilmuan Islam pada zaman dahulu.
Mereka inilah sumber kekuatan ketamadunan Islam pada ketika itu dan antum lah pewarisnya.
Jauhilah segala punca kegelapan yang boleh menutupi jalan kejayaan di hadapan antum.
Renungilah mereka yang berjaya di sekeliling antum, contohilah dan pelajarilah.
"Man Jadda Wa Jadda"
Sekadar renungan...
Dalam berita hari itu ada menceritakan kebanyakkan bantuan yang dihantar ke Gaza tersekat di Mesir kerana jalan ditutup. Sehingga kebanyakkan bantuan berbentuk makanan itu rosak dan tidak dapat dihantar. Maka apakah peranan kita? Adakah hanya menyalurkan duit sedangkan tidak memberi kesan yang maksima. Salah satu yang dapat kita buat ialah membantu melahirkan insan-insan yang berpotensi untuk menjadi kekuatan dunia Islam suatu hari nanti, dan itulah peranan anda dan peranan kita semua. Maka jangan sesekali berputus asa, berjuanglah untuk kejayaan di dunia dan akhirat khususnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)