Saturday, November 29, 2008

Forum dan Debat Orientasi

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh~

"Teori kain putih. Jika satu kain putih yang pada asalnya putih namun apabila terdapat tumpahan kotoran cat hitam di atasnya, dan jika kain putih ini ingin mengajak kain putih yang lain untuk melakukan hatta kebaikan sekalipun, pastinya kain putih yang baru itupun akan mendapat tompokan cat hitam itu walaupun secara tidak sengaja." sedutan kata-kata Ajoi.

Tertarik saya apabila mendengar ungkapan teori kain putih daripada Ajoi semasa Forum dan Debat Orientasi tadi. Rasional daripada teori yang Ajoi sebutkan ini kalau kita fikir kembali sebenarnya berkisar rapat dengan teori "Kepimpinan Melalui Teladan". Sebabnya kalau kita lihat secara mendalam perbezaan antara kepimpinan melalui 'teladan' dan juga kepimpinan melalui 'arahan' adalah sangat ketara dari segi kaedah dan juga implikasinya terhadap si penerima.

Sememangnya jelas terbukti daripada kepimpinan yang ada pada diri Rasulullah S.A.W sendiri ketika mana pada suatu masa Baginda selalu di herdik dan dibaling sesuatu oleh seorang Yahudi. Namun Rasulullah sedikit pun tidak membalasnya kembali tetapi pada ketika si Yahudi itu sakit, Rasulullah lah yang selalu datang melawatnya. Begitu juga kisahnya Sayidina Umar al Khattab yang begitu tegas dan garang orangnya. Namun disebalik sifat nya yang tegas itu, Umar juga mempunyai budi pekerti yang luhur dan sangat rendah diri walaupun dirinya bergelar seorang Khalifah.

Di sini suka untuk saya ingatkan sahabat2 semua tentang kisah sayidina Umar yang mana apabila beliau keluar meronda untuk melihat keadaan rakyatnya, Beliau dan pembantunya sampai ke sebuah khemah yang mana dalam khemah itu terdapat seorang ibu yang sedang memasak sesuatu dan 3 orang anak yang sedang menangis kelaparan. Si ibu berkata, "Wahai anakku tidurlah dulu nanti apabila makanan sudah masak, ibu akan mengejut kamu semua." Tetapi si anak itu masih menangis kerana kelaparan yang amat sangat. Masya Allah.... Sayidina Umar dan pembantunya juga sangat hairan melihat keadaan tersebut. Setelah anak2nya masuk tidur, Sayidina Umar dan pembantunya meminta kebenaran untuk masuk lalu beliau bertanya,"Wahai ibu apakah yang sedang kamu masak untuk anakmu." Maka si ibu menjawab ," Aku hanya merebus seketul batu yang sememangnya tak akan masak untuk menyenangkan hati anak2ku.". Sayidina Umar tersentak, rupa2nya masih ada lagi rakyatnya yang kebuluran di kala dia berusaha menjaga kebajikan rakyat2nya. Lalu Sayidina Umar terus berangkat ke Baitul Mal dan menyediakan beberapa tepung gandum dan beras untuk diberikan kepada si keluarga tersebut. Melihat keadaan itu, pembantunya berkata ."Wahai Amirul Mukminin, biarlah aku yang mengangkatnya kerana engkau seorang khalifah, aku adalah pembantumu." Sayidina Umar dengan nada marah berkata ,"Ya pembantu ku ! Apakah kamu mahu mengendong dosa-dosaku di akhirat kelak ketika mana aku disoal tentang kebajikan rakyat-rakyat ku ?". Terdiam pembantu Umar dan menangis dirinya apabila melihat ketinggian akhlak dan kehebatan seorang khalifah ar-Rasyidin, Sayidina Umar al-Khattab. Allahuakbar !!!.

Masya Allah, seorang khalifah sanggup mengangkat sendiri berkilo2 makanan untuk diberikan kepada rakyatnya. Sungguh rendah diri dan tawadduk sifat yang ada pada Sayidina Umar. Apakah wujud lagi sifat sedemikian dalam diri kita wahai sahabat2 yang bergelar senior sekalian? Apakah mampu untuk kita rendahkan diri serendah2 Sayidina Umar dan mempamerkan sifat2 yang boleh dicontohi oleh junior ketika mereka menjejakkan kaki di Bumi Korea ini selain dari hanya berkata-kata ??

Janganlah kita hanya berkata sesuatu sedangkan kita juga termasuk di kalangan orang yang melakukannya kerana Allah sangat melarang keras perkara sebegini...

Firman Allah,

Surah As-Saff, ayat 2,3
"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."

Surah Al-Baqarah, ayat 44
"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir."

Wahai insan yang bergelar abang, yang bergelar kakak, didiklah adik2mu dan hormatilah adik2mu jika kamu mahu dihormati. Sesungguhnya tiada penghormatan ke atas mereka yang melontarkan kata2 marah ke atas satu jiwa lain melainkan perasaan takut yang lahir dan akan menimbulkan ketidaksenangan di dalam lubuk hati seorang insan yang bernama junior. Suka untuk saya petik kata2 bekas Dato Duta kita di dalam majlis perpisahan beliau tempoh hari. "If you want to gain a RESPECT, you must give a RESPECT first".

Muliakanlah hak-hak adik2mu yang baru menjejakkan kaki di Bumi Korea, hak seorang musafir kerana itulah yang lebih utama buat dirimu. Jika kamu merasakan perlu untuk menegaskan sesuatu, maka buatlah penegasan dengan sebaik2 mungkin kerana sesungguhnya Allah menilai setiap perbuatan dan kata2mu.

Akhir kata, sama-samalah kita cuba buat yang terbaik untuk orientasi pada tahun ini semoga segala usaha kita akan diberkati Allah. Ingatlah wahai sahabat2 sekalian, sesungguhnya Allah tidak melihat pada kejayaan dan kegagalan sesebuah perkara tetapi Allah melihat pada usaha-usaha untuk menjayakan perkara tersebut.

Insya Allah semoga kita tergolong dalam golongan yang sama2 mendapat faedah daripada kebaikan yang kita lakukan.

Wassalam.....

5 comments:

bintang said...

mudah-mudahan junior dapat merasa huluran tangan hangat senior tanda mengalukan kedatangan tatkala hati sedang resah berdepan suasana asing dan berpisah dengan keluarga, tempat bergantung selama ini.
tak perlu mengorbankan diri, memberi layanan seselesa menyambut yb, cukup sekadar memberi tunjuk ajar dan menghulurkan senyuman mesra, kerna juniormu masih mentah.
aarghh, kenangan pahit itu terimbau kembali.
tak sanggup untuk biarkan adik-adik merasainya.
sesungguhnya memori itu sungguh terkesan, takkan terpadam.

syifa penawar said...

Janganlah kita hanya berkata sesuatu sedangkan kita juga termasuk di kalangan orang yang melakukannya kerana Allah sangat melarang keras perkara sebegini...

Kamil said...

Perbandingan yang menarik daripada Ajoi dan ulasan yang begitu bernas oleh Tuan Presiden =)

Seperti kata kak syifa', semoga kata-kata kita selaras dengan amalannya..semoga orientasi tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya...

Wslam

masihmencari said...

insyaAllah..itulah care yg tbaik=)
semoga kte jadikan 'semalam' sbgai pngajaran utk mnghadapi 'hari ni'..

EmEd said...

nak jd ajk makanan utk orientasi taun dpn..keh keh