Saturday, April 5, 2008

Sedari

Assalamualaikum shbt2 di luar sana, lama dah tak tulis blog ni. Ingat nak berhenti tapi tetiba terdetik untuk post sesuatu pulak. Huhu.. Actually sajak kat bawah ni sye dapat from my kakak angkat namanya cik Mahizan. Die baru kahwin haritu dengan Abg Hafiz dan alhamdulillah dikurniakan seorang anak. Semoga Allah memberkati kehidupan akak Mahizan dengan Abg Hafiz ameen... ^^

Sajak ni banyak memberi dorongan sebenarnye tatkala diwaktu kesusahan atau pun ape ape. So shbt2, slmt mmbace dan semoga kita sentiasa sedar bahawa Allah sentiasa bersama hambanya tak kira pd bila bila waktu.

BILA ENGKAU MEMANDANG,
SEGALANYA DARI ALLAH,
YANG MENCIPTAKAN SEGALANYA,
YANG MENIMPAKAN UJIAN,
YANG MENYEBABKAN SAKITNYA HATIMU,
YANG MEMBUATKAN KEINGINAN DAN KEMAHUAN,
YANG MEMANDANG RASA KASIH DAN SAYANG,
YANG MENJEMPUT KERINDUAN,
YANG MELAHIRKAN RASA SEBAK DAN PILU,
TERHALANG SERTA MENYUSAHKAN,
PASTINYA,
AKAN DAMAILAH HATIMU,
KERANA.....
MASAKAN ALLAH,
SENGAJA MENTADBIRKAN SEGALANYA,
UNTUK SESUATU YANG SIA-SIA,
BUKAN ALLAH TIDAK TAHU,
DERITANYA HIDUPMU,
SAKITNYA HATIMU,
PARAHNYA KALBUMU,
TAPI MUNGKIN ITULAH YANG DIA MAHU,
KERANA DIA TAHU,
HATI YANG SEBEGINI,
BIASANYA LEBIH LUNAK DAN MUDAH,
UNTUK DEKAT DAN AKRAB PADANYA.


"Janganlah mengharapkan wanita semulia Siti Fatimah Azzahra, seandainya akhlakmu tidak sehebat Saidina Ali Karamullahuwajhah"

1 comment:

kamil said...

ermm..best gak sajak tu.. semua ketentuan Allah tu ada himahnya..yakinlah =)