Saturday, March 7, 2009

Catatan Diari Hidup

Bismillahirrahmanirrahim…

Di pagi yang sunyi, sunyi tanpa bicara…

Hee pagi ni sangat2 lah sejuk kt luar tu. Patutnya beberapa hari ni dah mula masuk spring tapi kenapa entah asyik sejuk je cuaca kat luar. Tapi takpelah, ni pun satu ujian dari Allah sbnrnya untuk diri yang lemah ni supaya tak hanya berada dalam keadaan yang selesa. Biasanya kalau duduk dalam keadaan yang selesa, byk la pula kelalaian nya. Ish ish manusia…manusia… huhu

Erm sekejap lagi ada perjumpaan untuk Chorob Nonmun. Kelas projek dan kena buat thesis. Actually sem ni insya Allah ingat nak habiskan semua subject wajib yang ada, so next sem kalau ada rezki boleh terus buat internship. Hee kalau dapat la kan. Apa-apapun semua bergantung kepada rezki dan kita hanya boleh merancang dan berusaha.

Then lepas tu ada Post Mortem untuk orientation. Alhamdulillah orientation kali ni nampak ada sedikit perubahan walaupun mungkin tak banyak. Biasalah tu kan, setiap perubahan memerlukan satu tempoh masa. Bukan boleh berlaku dalam sekelip mata. Tapi secara peribadi sy sangat bersyukur kerana perancangan yg diatur telah disempurnakan oleh Allah SWT. Memang sangat lemah lah diri kita ni kan kl tak mendapat bantuan daripada Allah SWT. Bayangkan kalaulah Allah SWT satu hari tak turunkan pertolongan kpd kita, entah macamanalah kita nak melangkah wlpn hanya setapak. Mungkin nak bangun pun tak boleh kot apetah lagi berkata-kata. Semuanya adalah rezki dan juga rahmat kasih sayang dari Allah untuk hamba-hambaNya yang lemah ini.

Berfikir

Hurm.. Sebenarnya pagi tadi, sedang berborak-borak dengan Pijun tiba-tiba terkeluar satu benda dari mulut dia yang membuatkan saya terfikir panjang. “Cari perempuan yang sederhana untuk dibuat isteri, supaya dapat mengimbangkan kehidupan seorang lelaki yg sentiasa sibuk ataupun dlm erti kata lain ‘workaholic’ tak kesahlah dlm bidang agama mahupun bidang pekerjaan duniawi”.

Actually apa sebenar rasional nya kat sini ??

Biasanya kalau boleh, kebanyakkan jiwa lelaki yang terlibat dalam bidang dakwah ni mesti berkehendakkan perempuan yang ada fikrah dan hebat, yang sama berjuang dalam bidang dakwah. Barulah ada keyakinan untuk membina rumah tangga yang ada keberkatan dan keredhaan di sisi Allah dgn izin Allah SWT.

Persoalannnya, bagaimana pula kesahnya perempuan yang ‘baik’ tetapi tidak meletakkan dirinya dalam bidang dakwah.

Image Hosted by ImageShack.us


Sering kita dengar orang-orang yang berfikrah ni berkahwin atas dasar perjuangan, dasar untuk berdakwah. Sehinggakan selepas berkahwin juga, suami dan isteri masing-masing masih dengan dasar mereka untuk keluar berjuang. Keadaan seperti ini, walaupun mungkin tidak sampai mengabaikan anak namun timbul juga persoalan, dimanakah kesejahteraan atau kemanisan dalam rumah tangga tu sendiri? Dan bagaimana keadaan pada anak mereka?

Hee sy tak bermaksud untuk mengatakan salah mencari seorang isteri yang hebat fikrahnya dan hebat dalam bidang dakwah. Memang tak salah, dan obviously sangat menguntungkan dalam beberapa aspek. Namun tepuk lah dada tanya lah diri sampai mana keutuhan diri kita sendiri untuk menjadi seorang suami yg hebat dan dapat menyeimbangkan untuk membentuk keluarga yg juga hebat.

Ciri-ciri bakal isteri idaman.

Bagi sy sendiri cukuplah andai bakal isteri nanti seorang yang boleh menjadi penyokong kepada diri ini. Seorang yang sejuk wajahnya apabila dipandang, indah akhlaknya wlpn tidak berkecimpung dlm bidang berdakwah namun boleh menjadi contoh untuk ikutan anak-anak. Cerdas mindanya dalam erti kata lain bijak dan ada keazaman yang kuat untuk mendidik anak-anak disamping kerja-kerja rumah yang lain.

Nasihat untuk bakal para suami

Untuk menjadi suami yang hebat contohilah Nabi SAW kerana dalam kisah kehidupan seharian nabi sendiri banyak memberi panduan kepada kita untuk menjadi seorang suami yang hebat. Misalnya Nabi banyak menolong isterinya dalam hal-hal di rumah di samping keluar berdakwah dan kerja-kerja lain. Nabi juga sangat berlemah lembut dengan isteri, dalam percakapan seharian hatta untuk menegur isteri.

Satu benda yang perlu kita letak dalam minda, seorang isteri tu apabila dia dah redha kita menjadi suaminya maka bermakna dia telah meninggalkan segala-galanya, family, kerja dan pelbagai lagi semata-mata untuk seorang lelaki yang bergelar suami. Maka menjadi kewajipan kepada kita untuk membalasnya dengan sepenuh kebaikan dan jgnlah sesekali mengecewakan hati seorang isteri. Berilah kasih sayang yg tulus kepadanya semoga dgn apa yang diberikan akan membantu utk membina keluarga yang hebat dan cemerlang dunia akhirat.

Image Hosted by ImageShack.us


Akhir kata cintailah Allah, cintailah Rasulullah, cintailah Agama. Kerana dengan asbab menyintai kesemuanya, insya Allah kita juga akan menyintai isteri kita kerana itu sudah semestinya menjadi tuntutan agama kepada diri ini yang bakal bergelar seorang suami.